Chapter I (Day One)
Hari ni, Me nak buat konsep macam baca cerpen
plak la… Cube belajar menulis. Me nak bercerita mengisahkan Pengalaman
Mengembara Di cuti Sekolah 2016.
☺Kisahnya bermula begini. Pada cuti pertengahan
persekolahan 2016, Satu keluarga yang terdiri daripada seorang abah, Me yang
mempunyai isteri yang cantik bernama, Miem serta tiga cahayamata iaitu, Sha (anak
sulung), Hafiy (anak kedua) dan Zahin (anak bongsu) telah merancang sebuah
percutian ke Pulau Pinang. Mereka sekeluarga mengambil peluang cuti
persekolahan kali ini untuk menziarahi makcik Me yang baru lepas urusan
pembedahan minggu lepas. Di samping itu, mereka berpeluang ke Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai Pulau Mutiara sambil menikmati
musim raja segala buah di Malaysia, iaitu buah durian.
“Sayang, lama dah kita tak gi makan durian. Kali
ni pasti kita dapat makan durian bukit kan?” berkata Miem kepada suaminya.
“Abah, kami pon nak makan durian. Hmmmm, sedapnya..” ujar anak² Me.
☺Persiapan untuk bercuti di Pulau Pinang ini
sudah dimulakan dari hari Khamis malam Jumaat lagi. Perancangan setiap aktiviti
telah pun disiapkan. Me dan isterinya, Miem, siap menulisnya di dalam sebuah buku catatan supaya tidak
berlakunya proses pelupaan. Al-maklumlah, Me kini sudah berusia. Malangnya,
semasa perjalanan, buku tersebut tertinggal di rumah mereka di Bangi. Kelakar bukan? Seperti
yang telah diceritakan pada awal tadi. Sudah lanjut usia si Me ini.
☺Perjalanan jauh ini telah dimulakan sejak awal
pagi lagi. Me dan isterinya, Miem telah mengejut bangun anak² mereka seawal pagi
seperti mana hari kebiasaan ke sekolah atau ke tempat kerja. Me telah sibuk
menyiapkan sarapan pagi iaitu roti sandwich bagi mengalas perut semasa di dalam
perjalanan, manakala Miem sibuk menguruskan bagasi² yang ingin dibawa bersama. Perjalanan keluarga Me telah bermula pada jam
8 pagi lagi. Aduhai, hampir terlupa, hari Jumaat kan masih lagi hari bekerja
dan sekolah, jalan² menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya memang la
sangat sibuk dan sesak. Mereka telah menggunakan lebuhraya Elite dan seterusnya ke lebuhraya Guthrie untuk
ke utara Malaysia tanpa melalui Kuala Lumpur bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
“Kalau ikot WAZE pon, dia kate kene ikut jalan
Elite dan Guthrie” kata Me kepada isterinya, Miem.
☺Perjalanan mereka diteruskan dengan melepasi kesesakan di
kawasan USJ dan Shah Alam. Akhirnya, mereka telah selamat sampai ke Tapah.
Jika mengikut itinerary asalnya, mereka akan berhenti sarapan pagi, lontong di Restoren Allong, Ipoh Garden, Ipoh, tetapi atas kelewatan dan kesulitan yang dihadapi, mereka meneruskan
sahaja perjalanan ke Pulau Pinang.
“Sayang, kalau kita naik kameren nak tak?” bertanya Miem kepada suaminya dengan seribu harapan.
“Sayang nak beli ape? Kalau jalan tak jammed
boleh la kita try” jawab Me.
"I nak carik madu kameren, kan stok kita dah abis" kata Miem kepada suaminya.
"I nak carik madu kameren, kan stok kita dah abis" kata Miem kepada suaminya.
Lantas si isteri, Miem mengambil telefon bimbit, Iphone 6 nya
melihat aplikasi WAZE dengan harapan jalan ke Cameron Highland ini tidaklah
sesak. Kebiasaannya jalan ke Cameron Highland ini memang sesak disaat cuti
sekolah.
“Jalan tak jammed la, Sayang. Jom kita gi.
Sayang okay tak? Boleh drive tak?” Miem berharap
suaminya, Me menerima cadangannya itu.
“Kalau jalan okay, I pon okay je” jawab Me
kepada isterinya.
Alangkah gembiranya Miem mendengar jawapan yang
bernas daripada suaminya. Perasaan yang gembira dan mengujakan tidak boleh
digambarkan lagi. Lantas mengatakan kepada anak²nya mengenai persinggahan ke
Cameron Highland itu. Sha pula merasakan tidak mahu ke Cameron Highland. Dia
akan merasa mabuk dan akan muntah jika menaiki kereta ke Cameron Highland.
Namun apakan daya, Sha terpaksa mengikuti kehendak mama dan abahnya ke Cameron
Highland. Miem berpesan kepada Sha supaya menutup mata disaat kereta melalui
jalan bengkang bengkok ke Cameron Highland itu.
Permandangan indah ketika menaiki Cameron Highland
Sampai sudah ke Cameron Highland
☺Setibanya di pertengahan jalan di antara Simpang
Pulai – Cameron Highland itu, kereta yang dipandu oleh Me melalui satu kawasan
tanah runtuh. Kawasan itu masih dalam pembinaan kawasan pencerunan bukit serta
terowong.
“Aik, lama dah kawasan tanah runtuh ni. Dah
setahun lebih rasenya tak siap² lagi” kata Me kepada isterinya sambil memandu di kawasan
tersebut. Jalan berkenaan terpaksa dibuat satu laluan sahaja kerana pembinaan
terowong tidak siap lagi.
Kawasan tanah runtuh
☺Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Kampung
Raja. Kenderaan mulai sesak di kawasan itu. Budak² sekolah baru sahaja
menamatkan sesi persekolahan. Jalan² sesak disebabkan ibubapa mengambil anak di
sekolah. Akhirnya, mereka semua selamat sampai ke Kea Farm. Memang itulah
destinasi yang ingin di singgah oleh isteri Me. Niat di hati Miem ingin membeli
stok madu lebah Cameron Highland di sini dengan harapan bakal mendapat harga
yang murah.
☺Setelah meletakkan kereta di tepi jalan dengan
sambil memastikan keselamatannya, keluarga Me telah ke pasar Kea Farm tersebut.
Tempat pertama yang dituju ialah gerai madu lebah, Highland Apiary Farm. Di sini, pelanggan boleh melihat sendiri sarang lebah (honeycomb) diletakkan bersama dengan madu lebah yang disediakan. Miem telah membeli dua botol
besar yang berharga RM 30 setiap satu (harga dah naik) dan dapat percuma satu botol kecil yang
berharga RM7. Kemudian, keluarga Me meneruskan ke gerai lain menjual sayuran
untuk membeli sayuran Cameron Highland. Murah² harga yang dijual di sini. Mereka kemudiannya terlihat satu gerai yang menjual lobak merah yang dikatakan 'Carrot Ginseng' oleh peniaga di sana. Miem membelinya untuk mencuba, pada rasanya memang lobak merah yang berkemungkinan pendek dan berbentuk sahaja, tiada yang istimewa mengenainya lobak ini. Hanya nama glamour yang diberikan seolah² berkhasiat oleh peniaga tersebut. Akhir sekali, keluarga Me ke kedai menjual buah stroberi. Miem hanya membeli 2 pek
buah storberi sahaja. Besar² buah stoberi yang dijual di sini.
©Travel Info©
Di kawasan pasar ini ade pelbagai produk Cameron Highland dan juga produk bukan dari sini. Contohnya, jagung dari kawasan Perak dikatakan jagung Cameron, Buah jambu batu yang diperam air gula warna hijau, merah dikatakan sebagai 'jambu apple', buah oren besar² yang dipercayai buah oren import dikatakan ditanam di sini juga. Pendek kata, sentiasa beringat semasa membeli produk di sini.
©Travel Info©
Di kawasan pasar ini ade pelbagai produk Cameron Highland dan juga produk bukan dari sini. Contohnya, jagung dari kawasan Perak dikatakan jagung Cameron, Buah jambu batu yang diperam air gula warna hijau, merah dikatakan sebagai 'jambu apple', buah oren besar² yang dipercayai buah oren import dikatakan ditanam di sini juga. Pendek kata, sentiasa beringat semasa membeli produk di sini.
Gerai menjual madu lebah ini memang destinasi fevret keluarga Me
Oren dan Lobak merah (carrot ginseng katenya)
Sekitar pasar Kea Farm
Peniaga menjual Strawberry
“Kami laparlah” Sha dan adik² mula memegang perut masing² sambil
membuat muka kelaparan.
“Jom la kita balik, nanti leh singgah kat kedai
makan yang kat bawah tadi tu” kata Me kepada anak²nya.
Ma pula terasa ingin ke kawasan kedai yang
berhampiran kawasan meletakkan kereta tadi iaitu Kea Garden. “Jom kita gi kedai hujung tu,
macam ade kedai makan je” ujar Miem kepada suaminya.
“Ade kedai makan la, macam halal je” kata Me kepada isterinya. Perut Me juga terasa
lapar.
☺Setibanya di hujung kawasan kedai itu.
Terlihatlah sebuah cafe menjual makanan. Nama cafe tu ialah Sinar Hijjaz Café.
Di sini, terlihat ramai juga pengunjung pasar Kea Farm singgah menikmati
makan tengahari sambil menyaksikan permandangan indah di kawasan itu. Cuma
kawasan café tersebut banyak lalat yang berkemungkinan datang daripada baja² organik
yang digunakan di kawasan pertanian sayur² dan bunga di sini. Namun, kelaparan
yang memuncak ini menyebabkan keluarga Me tiada pilihan lain melainkan
bersetuju untuk berhenti makan di sini. Me memesan makanan nasi goreng ayam, Miem dan Sha pula memesan nasi ayam. Manakala Apie pula memesan nasi goreng cina.
Dalam tidak sampai beberapa minit, makanan yang dipesan oleh keluarga Me ini
siap dan dihidangkan kepada mereka. Makanan dan minuman di café ini tidak kurang
enaknya. Me mencuba air Fresh Stawberry
Juice yang dipesannya tadi, lantas berkata “terbaiklah!” Me
mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mengambil gambar minuman dan makanan
yang mereka pesan untuk dimuatkan di dalam blognya. Sambil² menikamti juadah
makan tengahari yang enak itu, Me mengambil gambar ‘wepie’ dan ‘selfie’
bersama keluarganya. Café ini kepunyaan orang Melayu dan turut menyediakan
surau bagi pelanggannya menunaikan kewajipan kepada tuhan yang Maha Esa.
Sinar Hijjaz Cafe tu terletak di hujung jalan
Permandangan Hotel Copthorne
Permandangan indah dari kafe ini
wepie dengan makanan skali
Sweet manis macam gula²
Minuman Fresh Strawberry Juice ngan nasi goreng ayam
☺Setelah siap mengerjakan solat, keluarga Me
meneruskan perjalan turun dari Cameron Highland untuk ke Pulau Pinang. Jam
telah menunjukkan pukul 3 petang. Me teruskan memandu sehingga ke Simpang
Pulai, Perak dan berhenti seketika untuk mengisi penuh petrol kereta mereka di
stesen Petronas yang terdapat di kawasan itu.
“Boleh tahan minyak keter ni. Dah tinggal satu
senggat ja” kata Me kepada isterinya.
“Kene isi minyak dulu la, Sayang. Kang tak
sempat plak nak isi kat hiway” cadang Miem kepada suaminya.
“Kenape cepat sangat makan minyak macam tu?” bertanya Miem kepada suaminya.
“Dah jalan naik bukit corner² macam tu, memang
cepatla minyak abis” jawab Me.
Sambil mengisi petrol di stesen minyak tersebut,
anak² Me ke tandas. Me pula membeli air untuk diminum kerana perjalanan
keluarga mereka masih lagi di pertengahan jalan. Perjalanan diteruskan semula
setelah 15 minit di stesen minyak tersebut. Melalui Tol Simpang Pulai terus ke
Batu Kawan. Di dalam perjalanan itu, Miem,
isteri Me melihat pokok² durian di sepanjang perjalanan. Kelihatan beberapa batang pokok durian sudah mempunyai buah durian. Tiba-tiba..
“Sayang, singgah kat Bukit Merah jap, nak beli
kacang rebus untuk Makcik” kata Miem kepada suaminya.
“Ha’ah la, terlupe pulak I. Jom la singgah jap”
Me menjawab.
☺Me memandu terus ke kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Bukit Merah) untuk membeli kacang rebus yang sememangnya menjadi makanan
kegemaran Makcik Me. Setibanya ke kawasan tersebut, memang suasa sesak bak cuti
hari raya. Tempat letak kenderaan pun penuh dan Me terpaksa menunggu sebentar
sehingga ade pengunjung R&R tersebut keluar. Nasib memang selalu
menyebelahi keluarga Me setelah membaca doa, akhirnya, Me berjaya meletakkan
kereta di tempat yang disediakan.
“Sayang beli la satu yang RM 6 punya untuk
Makcik, satu lagi RM 3 untuk kita makan” kata Miem kepada suaminya.
Me pergi bersama anaknya Sha ke gerai yang
menjual kacang rebus itu. Hanya ada satu sahaja gerai yang menjual kacang rebus
di sana. Memang kebiasaan Me sekeluarga akan singgah sebentar di gerai ini
untuk membeli kacang rebusnya. Memang enak rasa kacang rebus mereka. Setelah
selesai urusan membeli kacang tersebut, keluarga Me meneruskan perjalanan ke
Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai Jambatan
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
☺Menyusuri jambatan sepanjang 24km ini yakni jambatan terpanjang di Asia Tenggara setakat, dibina memakan kos bernilai RM 4.5bilion dan siap pada Febuari 2014, Me berkata
kepada anak²nya. “Tengok tu, laut, ade kapal. Depan tu, tengok Pulau Pinang”.
Lantaran itu, anak² Me menjengah ke tingkap kereta untuk melihat permandangan
indah lautan biru serta kapal² yang berdekatan dengan jambatan tersebut.
Pengalaman ini bukannya selalu dapat dilalui oleh keluarga Me. Mungkin setahun
sekali baru dapat melalui jambatan yang menghubungkan tanah besar Pulau Pinang
ke kawasan pulau. Kawasan² di Batu Kawan tersebut masih belum membangun
sepenuhnya. Kelihatan kilang BOSE, kilang SanDisk dan kilang Boon Siew Honda di
kiri jalan. Kawasan IKEA dan perumahan masih dalam proses meratakan tanah tetapi iklan di dinding hording sudah tertera.
Jam menghampiri jam 6.00 petang, keadaan jalan
di kawasan perindustrian Bayan Lepas semakin sibuk. Pekerja² kilang baru pulang
daripada tempat kerja masing². Jenuh jugalah kereta keluarga Me untuk melepasi
kesesakan jalanraya lebih² lagi di kawasan Bulatan Sg. Nibong dan Bukit Jambul.
Akhirnya keluarga Me selamat sampai ke rumah mak saudara Me, Mak Ngah yang
terletak di Kampung Tersusun Sungai Ara. Makcik Me tinggal di sana setelah
selesai urusan pembedahan pada Isnin yang lepas. Sepupu dan mak saudara Me
inilah yang menjaga Makcik Me. Setibanya di rumah, kelihatan sepupu dan mak
saudara Me ini tiada di rumah kerana menghantar anak² sepupu ke stesen bas yang
terletak di kawasan Tapak Pesta Pulau Pinang Sungai Nibong. Memang kawasan sesak la saat
ini. Namun, di rumah itu, sepupu Me yang selalu dating melawat mak saudara Me datang
menziarah. Mereka juga mengajak isteri Me, Miem untuk ke pasar malam di Jalan Tengah,Sungai
Ara. Me jugalah tinggal di rumah itu menjaga si Zahin. Ma keluar bersama
anak²nya yang lain ke pasar malam Sungai Ara. Dalam setengah jam jugalah mereka
semua di pasar malam itu dan membawa pulang pelbagai jenis makanan. Merasalah juga mereka
menikmati makanan seperti serabai, laksa penang dan popiah basah pasar malam
itu. Maka, perancangan mereka untuk mencari makanan di luar dibatalkan pada malam
itu.
Setelah berbual-bual panjang bersama mak saudara dan sanak saudara Me, keluarga Me mengambil kunci rumah Makcik Me untuk ke rumahnya di Taman Sungai Ara untuk bermalam. Malam itu, keluarga Me tidur dengan nyenyak disebabkan
kepenatan perjalanan mereka ke Pulau Pinang ini.
Ini la rumah pusaka yang menjadi penginapan Me sekeluarga
No comments:
Post a Comment