Sunday 22 May 2016

#throwbackstories : from BEIJING with LOVE - Chapter III

Day 3,10/1/07 (Wednesday): 
Seperti biasa, pagi² Me bekfes makan telur ngan roti ja. Lain² tak berani nak sentuh, tak tahu halal haramnya. Hehehehehe...☻☺. Pagi ni Me dan wife dibawa ke satu kawasan industri yang memang terkenal dengan negara China ni, iaitu perusahaan jade. Name tempat ni Beijing Banner Jadeware City.  
Di sini diceritakan bagaimana proses penghasilan jade dibuat di sini. Memang dah buat sign darah kot antara pemandu pelancong dengan industri setempat, sampai tempat diorang, memang kene la promote barangan diorang. Masuk ja kilang ni, tour guide dia tunjuk la pasal gelang jade. Mereka ni dah kaji abis dah pelancong mesia datang kompem akan bertanyakan dengan gelang jade. Gelang jade ni diorang panggil jadeite, Me pon tak paham la terminologi nya. Jedi, Me taw la dalam citer Starwars tu. Kat sini baru Me paham sesikit nape Jade orang pakai sebelah tangan kiri... Jawapannya mudah, macam nak test BP la juga. Sebab dekat dengan jantung. Ade banyak jenis kelas jade. Kelas A, B dan fake. Kelas A sangat nyaring bunyinya jika diketuk berbanding kelas B dan fake. Mereka juga kate "asli" Don't worry, this is goverment place. Wife ade la pakai gelang tu. Saje nak merase. Tapi tak beli pon. Memang leh membawa kepada kemarahan orang² ni. ahahahaha... Sib baik ade Mak Datin tu membeli gelang² jade. 
Nasihat Me yang baru sampai area ni:-
1) Dengar je ape Tour Guide tu nak sampaikan
2) Cekalkan HATI, jangan mudah terpengaruh
3) Kalau ade BANYAK WANG, silalah beli ya, jangan sibuk² tanya, kang orang marah
4) Kalau rase TAKDE BANYAK WANG, jangan sibuk² nak test sana sini. Mintak diskaun bagai
5) Keasliannya adalah ASLI, BUKAN CETAK ROMPAK. (tempat gomen ma, nak kene tembak mati?)

Luar kawasan Banner
Seorang pekerja tekun membuat polishing jade
 Jade Ice? Memang sejuk la kalau pegang mende ni
 Gelang Jade... memang mahal la, kene dengan kualitinya
Jade putih, bentuk cabbage. Money Magnetto katenye
Kami teruskan perjalanan dalam kilang tu. Nampak la sorang pakcik ni, bukan main tekun dia ukir patung² jade. memang otai berbisa la. Jalan depan lagik, terdapat area jualan gelang² batu biasa, alah, macam tiger eyes tu. depan lagik ade jualan kain sutera china. Tempat ni memang mahal la, tempat pelancongan la katekan. Tapi wife Me ade la beli satu helai. Tengok orang lain memang bershopping sakan la.
Ni la dia pakcik yang tekun mengukir
Kat dalam ni pon ade jual kain sutera
Berasap wife Me kat luar kilang jade ni

Lepas ja tour di kilang jade, Me dan rombongan dibawa ke Kilang Kristal plak. Crystal Palace la deme kate. Bukan tempat Chelsea ke ape ye. Memang kat Beijing. Tempat buat kristal. Memang tempat digemari rakyat mesia juga la. Di sini, Tour Guide kilang tak pandai berbahasa english. mahu ke tak, Andika la yang terjemah bahasa tu ke dalam bahasa Melayu. Kisahnya pasal kristal. ade tahap kekerasan yang berbeza dengan jade. Kristal juga ade 3 kumpulan. 1) jernih 2) bersinar dan 3) ade 'ong' la. Terdapat pelbagai warna untuk kristal ni. contohnya warna ungu melambangkan sehidup semati, warna kuning melambangkan rezeki dan putih melambangkan murni. bukan cikgu murni bak kate Andika. 
"Sini terdapat satu bola kristal terbesar di beijing. 45kg. Pegang skali murah rezeki, 2 kali naik pangkat, 3 kali dapat jodoh." kate Andika la.

Kat dalam lagi ade tempat demonstrasi. Nak tunjukkan perbezaan antara kaca, jade dan kristal. Kat sini juga ade ditunjukkan cermin mata kristal. Wife Me kan optometrist, so dia tengok jela. kalau spek guna kristal ni memang la sangat tahan lasak. Tak calar pon. Pencahayaan nya pon sangat cantik. Boleh tengok la gambar kat bawah ni.
Seperti ditempat gomen cina yang lain, terdapat pusat jualan nya. rugilah kalau diorang buat lawatan tapi takde barang nak jual. Harga nya boleh tahan kemahalannya. Tapi ori la. Bukan cetak rompak.
Baca sini la, Tour guide tak fasih english
 Ice Crystal aka Clear Crystal melambangkan kemurnian
Warna ungu melambangkan sehidup semati
Bola kristal 45kg yang terbesar di Beijing. Kasik pusing leh naik pangkat cepat (tahyul)
Tangan kene gigit Naga Sakti
Ni lagenda pahlawan China dibuat daripada kristal
 Bebola kristal kaca yang menunjukkan peta dunia
Demo pertunjukkan yang mana kaca mata kaca dan kristal
Dalam perjalanan ke Great Wall of China tu, bas yang membawa rombongan Me melalui satu kawasan seolah² macam Disneyland. Besar tempatnya. Andika kate name tempat tu Woodlands. Dibangunkan oleh RedBull, China. tetapi disebabkan masalah kewangan pada 1998, projek itu terbengkalai. Me masih tak puas hati kalau tak taw sejarah tempat tu. Tahun 2016 ni baru Me baca dalam google pasal abandoned amusemne park kat China baru taw name tempat ni sebenarnya Wonderland Amusement Park Beijing. Terletak di Changping District iaitu kira² 32km jarak dari bandar Beijing. Dibangunkan oleh Reignwood Group. Terbengkalai akibat masalah kewangan pada tahun 1998. Ade pihak yang cuba membangunkan semula tempat tersebut pada tahun 2008, tetapi gagal. Nampak hantu kot... hehehehe... akhirnya pada tahun 2013, tempat tu dimusnahkan. 

Ni la Wonderland Amusement Park Beijing 
Gambar dari internet mengenai projek meroboh wonderland ni

Perjalanan diteruskan lagi ke satu tempat makan yang dalamnya ade Cloisonne Factory. Terdapat tiga tingkat di bangunan ini. Tingkat satu, Kilang Cloisonne - Andika kate macam pewter la. Tingkat dua, port makan cina. Tingkat 3, port makan orang muslim. ade surau kat dalam tu. Me sebenarnya pon tak paham pasal Cloisonne ni. So, Me pon refer la internet. 

"Cloisonné is an ancient technique for decorating metalwork objects, in recent centuries using vitreous enamel, and in older periods also inlays of cut gemstones, glass, and other materials. The resulting objects can also be called cloisonné." Tu baru betul istilah dia. bukan Pewter ya.
Di sini, ade factory tour bawak kami dan menceritakan pada kami bagaimana proses cloisonne dilakukan disini. Dari proses mengukir, membentuk, kemudian mewarna, membakar dan kemudiannya finishing dan polishing. 
Tempat makan tengahari sebelum ke Great Wall
Cloisonne Factory di Beijing
Proses mengukir pasu
Proses mewarna pasu
Proses membakar pasu
Pasu besar ni ada seni cloisonne
Proses mewarnakan pasu cloisonne

Dah kenyang perot makan kat restaurant cina tu. Ntah ape name tempat tu pon, Me tak ingat. Makan ape kat sane pon Me tak ingat. Surau dia macamane pon Me tak ingat. Maaf ye pembaca sekalian. Rombongan dibawa ke Juyong Guan Gate untuk melihat Great Wall of China ni. Salah satu pintu ke dinding bersejarah ni. Biasanya pelancong akan dibawa ke pintu Bandaling. Tapi kami dibawa ke pintu ini. Jadilah, dapat juga menjejakkan kaki ke dinding bersejarah ni. hehehehe.. dinding ker☻
Sambil² dalam perjalanan, Me mendengar celoteh dari Andika. Dia memang pandai bercerita. First sekali dia tanye. " Siapakah yang membina tembok cina?" Rombongan menjawab dengan selambanya "Orang Cina la" hehehehe  ☻☺. Andika memberitahu mengikut sejarah China. orang yang membina tembok besar china ni adelah Shi Huang Ti, seorang Maharaja pertama China yang telah berjaya menyatukan seluruh China ni. Teringat plak membaca komik Alam Perwira mase dedulu. Kisah keluarga Ji menjatuhkan Maharaja Zhao yang zalim ketika tu

Panjang Great Wall ni adalah lebih kurang 6000km. Sejarah tembok ini bermula sejak 2000 tahun dahulu. China ni dipisahkan oleh tembok² yang dibina dari tanah. Dan ketika zaman dinasti Ming, tembok² tanah ni dah dibina semula menggunakan batu bata sebagai kubu mempertahankan China dari diceroboh orang² Manchuria dan Mongolia.  

Ade lagik Si Andika ni bercerita, mengenai kisah zaman kejatuhan seorang maharaja disebabkan gundiknya. Kisahnya begini, sewaktu zaman tu, seorang maharaja china ni mempunyai seorang gundik yang sangat cantek, tapi sayangnya muka sangat masam. Lalu dibawa maharaja ni ke tembok china untuk melihat kubu mereka. si gundik bertanya kepada maharaja. "wahai maharaja, apekah kegunaan kubu ini?" Maharaja menjawab "ini adelah tempat memberi isyarat kedatangan musuh" Gundik bertanya lagik "Benarkah wahai tuanku, maharaja? boleh buktikannya?" Maharaja disebabkan rase kasih sayang pada gundik ini mengarahkan askar yang berkawal di kubu tersebut menyalakan unggun api. Dengan tak semena², berbatalion askar china turun dengan pantas berkumpul di kawasan maharaja sambil bertanya kehairanan "Ada kecemasan ka tuanku, maharaja?" Maharaja hanya tersenyum sipu " Ini adalah Fault Alarm saja, nak tunjukkan pada gundik beta" Lantas si gundik yang masam mukanya ketawa terbahak². Geli di hatinya melihat gelagat askar² diraja maharaja china kelangkabut berkumpul. Setelah peristiwa tersebut, Maharaja membawa gundiknya pulang. Di istana, gundik maharaja tu bermasam muka semula. Giat maharaja china bagi macam² pada gundik kesayangan nya tu. Jade la, mutiara la, emas la... sumenya si gundik hanya ambil tanpa muka tersenyum. "Aduhai, nak melihat kubu tembok china lagik kah?" tanya maharaja kepada gundiknya. Gundik nya hanya mengangguk bertandakan setuju. Maharaja China tu terpaksa la membuat arahan yang sama seperti dahulu. Seperti biasa, askar² diraja maharaja china ni sangat setia sanggup turun menghadap maharaja ketika itu. Namun, tertipah tertipu la lagik. Balik la askar dengan perasaan keciwa kene 'prank' dengan maharaja china. Si gundik ni ape lagik.. ketawa la dia. Nak dipendekkan cerita, musuh dari utara memang benar datang menyerang China ketika itu. Unggun api dinyalakan, namun, askar² diraja kali ni takot kene 'Wakenabeb!' lantas buat bodoh je la. Akhirnya China diserang dan kerajaan maharaja itu dijatuhkan. Macam tak logik pon ade. hehehee tapi tu kisah nya la. Maybe si gundik tu sebenarnya Spy or Jebon bagi kerajaan lain

Setibanya rombangan ke Juyong Guan Gate, salah satu pintu di Great wall ni la. Kat sini permandangan sangat cantik. Tetapi tak ramai pengujung. Yang popular untuk ke Great Wall ni ade lah pintu di Bandaling. Me tiba di sini dalam lingkungan jam 2pm. Suhu plak dalam 0.4 °C...sejok la... Sib baik pakai kasut safety shoes. takdela sejok sangat.

Rege tiket pada tahun 2007 ya
 Suhu di kawasan greatwall tu 0.4°C
Peta lokasi pintu² ke Great Wall (amik orang punye sudah)
Sesi bergambar bersama ahli rombongan
Tinggi beb, nampak je macam rendah



Juyongguan Pass ni agak cantek sebab ade tasik
Mase ni pon dah pandai selpi
Kat sini actually boleh pakai baju macam maharaja tapi bajetkan, so takdela


Kat area ni ade banyak peringkat kubunya. Me dan wife hanya mampu naik sampai tahap ketiga je. Mana larat nak naik lagi ke tahap empat. Nampak macam dekat ja. Tapi sebenarnya jauh dan mencuram. Mase ni Me nampak Pak Ya dengan kawan dia ja mampu naik ke atas tu. Maybe Pakcik ni bekas tentera kot. rileks ja naik sana. 
Pak Ya dan kawannya rileks ja naik tinggi²
 menuruni tangga yang curam menakotkan
Permandangan dari tahap tiga

Balik ja dari Great Wall ni lebih kurang pukul 4pm la. Melepak kat sini dalam 2 jam cukup untuk pengalaman hidup. Lepas tu, rombongan Me dibawa ke sebuah tempat yang namanya Burning Cream Center. Yang pastinya, jika anda sumer ke Beijing, confirm akan dibawa ke tempat ni. Tempat ni akan buat demo pasal cream dia yang terbaik dari ladang. Krim sapuan dan koyok tu produk yang dia akan buat demo untuk rakyat mesia yang sampai di sini. Mula² dia akan perkenalkan dirinya sebagai pharmacist bernama Liu Yi. Pastu mula la proses jual ubat kat sini. Cakap sini ubat² ade GMP standard la. Pastu buat lawak tampal koyok... "kepala sakit tampal koyok, perot sakit tampal koyok, tengkorok sakit tampal koyok". Pandai gak cakap melayu mamat cine ni. Nampak sangat orang mesia selalu datang sini. Yang paling syiok kat sini adelah, demo dia memegang rantai yang dia goreng sampai merah menyala. Melecur jugaklah tangan dia tu. satu bilik berbau daging hangus. Memang dia nak membuktikan bahawa sapuan krim dia tu boleh mengembalikan semula tapak tangan dia yang dah melecur tuh. Hebat bukan? Jual ubat.. hehehehe so kene paham la taktik dia macmana.

Nasihat Me di tempat ni:-
1) Lihat, dengar dan hayati persembahan mereka dengan baik
2) Jika BANYAK WANG, silalah beli produk krim burning mereka. Bagus memang bagus la, tak Me nafikan. Parent Me pon dulu pernah beli mase mereka gi Beijing dedulu. memang mujarab merawat melecur.
3) 
Burning Cream Center
 Kepala sakit, tampal koyok
Demo pegang rantai besi yang merah menyala sampai melecur tangan dia
Pakai krim terus baik melecurnya
Malam tu rombongan terus di bawa ke tempat makan special. Aduhai. mase ni plak la kamera video, kamera wife Me tidak berfungsi. Bateri plak habis. Memang takde ape la untuk ditunjukkan pada pembaca. Cume gamba depan kedai jela ade pon. Makanan kat dalam tu memang tak de.
Restaurant Halal yang Me gi kat sini

Ok.. sambung Chapter IV plak

No comments:

Post a Comment