Tuesday 26 July 2016

Raye Korea kah Kiter?

Eid Korean Halal Food

Malam selepas pulang berhari raya di kampung tercinta. Pulang ke rumah di area Bangi. Malas nak masak sebab penat dalam perjalanan. Jalan jam memang boleh sapu pada roti. Masing² perot lapar. Anak² Me mula la merengek sana sini kelaparan. Lama juga berfikir nak makan kat mana. Kedai Thai Tomyam kat atas bukit tu pon masih tutup. Owner masih belum balik dari raya kat Kelate tu. Tukang masak maybe balik Pataya beraya dan masih bercuti panjang. Kalau kedai tu bukak senang la nak tapaw bawak makan kat rumah je.

Ha... akhirnya wife Me bagi idea untuk makan kat area butik² terkenal kat Bangi tu, iaitu di kawasan Bangi Sentral. Alah, yang kalau sebelum raya tu, memang jalan sesak kalah jalan TAR. Macam² jenis butik ada kat sana. Teringat la pula pada satu kedai Korean Halal bernama Eid. Kedai ni pernah masuk TV dalam program Syahadah. Tak sangka plak dia buka cawangan di Bangi.

 Restoren Eid - Halal la

Eid... dah kate raya... Eidulfitri... meh la beraya ke restoren Eid pulak. "EID" tu kan bahasa arab yang membawa maksud Perayaan. Restoren Eid ni Me rase baru je bukak kat Bangi Sentral ni. Maybe dalam bulan May yang lalu. Tapi almaklumlah, Me bukanlah peminat filem atau drama apetah lagi K-Pop. Jadi, memang macam tak kisah la ade restoren korean halal ke tidak kat Mesia ni. Restoren Eid ni sebenarnya memang berasal dari Korea. Owner dia sendirik memang asal usul dari Korea. Kat Bangi Sentral ni kira cawangan Eid yang kat Itaewon tu la. Sape yang dah pernah gi Korea tu kompem dah masukkan itinerary untuk singgah makan lunch kat restoren Eid ni. Dekat dengan masjid Seoul Central. Me nak cerita pon tak pandai sebab tak pernah pergi lagi kat sana.

Masuk ja restoren tu, Me dan keluarga di sapa oleh pekerja² dengan bahasa korea... Annyeonghaseyo! Selamat Datang ler kot... hehehehe... Masuk ja kedai dia, memang macam suasana kedai kat korea la. (Me tengok pengalaman orang gi korea la). Susun atur dalam kedai pon kemas. Simple.

Waiter sorang tu budak melayu datang pada kami. Time ni la rase macam pelik. Diorang tunjuk Ipad plak kat kami. Dalam tu ade gambar menu saja. Maybe mereka dalam proses upgrading food and beverage kat restoren ni. Macam² jua lah makanan yang disediakan kat sini. Me pon tak pernah makan kat restoren korea, so, Me and wife just main order jela mana yang dirasekan menarik. Dalam menu tu ade beef bulgogi, ade bimbimbap, ade samgyetang, ade Jjimdak dan lain². susah benor lidah Me nak menyebutnya apetah lagi nak menulisnya dalam blog.

Setiap makanan tersebut ada side dishes nya seperti nasik, kimchi, salad sayur, fish cake dan sup seaweed. Sumer tuh boleh refill. Tu la yang terbaik nak dengar. Harga makanan pon tak mahal. Dalam lingkungan RM20-RM25 ja. So bedal je la. Kami sekeluarga memesan seperti kat bawah ni:-

1)Kimchi Fried Rice    

2) Dakgangjeong

3) Samgyetang

tu je la... kongsi la makan sama anak beranak. Rasa dia? Not bad, osem la... Me tak penah makan makanan korea, so Me rase, good la. Rase sume cukup la. Kepedasan pon terbaik. Orang korea makan pedas ke? maybe suke la kot. Kalau tak buat ape diorang keluarkan Samyang podeh tu. (Kalu nak tanye kenelah tanye orang yang pernah ke Korea makan kat original kedai Eid tu). Maybe ade sedikit perbezaan rasa. Bahan² ori sumer kat sana. Mana nak sama dengan di Mesia ni. 

Malam tu jugak, Owner Eid ni, Mr Yusof besday dia plak. Memang staf² dan anak Mr Yusof, si Said ni celebrate la besday tokey kat restoren dia. Merasalah juga dia bagi kek kat pelanggan dia yang datang malam tu. 
Sesi bergambar bersama Mr Yusof dan wifenya, Nora

Habis ja makan, gi bayar kat kaunter then, biasalah. sesi bergambar la bersama owner dia. Budak Melayu yang amik gambar ni siap cakap korea plak dengan tokey. Biasa tengok citer korea la kot. Sempat jugalah Me bersembang dengan Mr Yusof tu. Mr Yusof tu pon cerita la pasal kedai dia yang ade kat Itaewon tu. Then, minggu depan tu diorang nak balik ke sana urus balik restoren yang dia tinggalkan. Anak dia bernama Saad plak akan datang ke Bangi ni ganti dia lepas ni. Tengok dalam FB semart la anak dia tu, memang banyak ler awek² mesia akan tergila² kan jejaka korea ni. hehehehe...☺☻

Masa pulang... mereka semua mengucapkan 'Kamsahamnida!' berulang kali menandakan terima kasih yang tak terhingga kepada kami sekeluarga. Lupe plak... selain itu, wife Mr Yusof ni, Nora ade memberikan kain selendang macam tu la dalam bunjut kat my wife and doter.