Friday 17 June 2016

Cuti Skolah Drive Edition : Moh kome ke Perak (sambungan Pi Pineng Baq Ang Chapter 2)

Chapter 3 (Day Three)

♥Dalam tidak sedar, perjalanan ke Pulau Pinang bagi keluarga Me telah berakhir. Pagi Ahad yang indah ini, sejuk akibat hujan lebat malam semalam. Me dah keluarga bangun agak lewat. Perut Me juga telah berbunyi sejak awal pagi. 

"Sayang nak makan ape harini?" tanya Me kepada isterinya.
"Rase nak masak jela, ikan semalam beli pon ade, sayur kemeren pon ade" jawab Miem kepada suaminya.
"Perlukan bantuan Chef Sous? I kan ade..." dengan muka yang selamba Me berseloroh.

Masakan pertama mereka adalah nasi putih. "Siapalah yang tak reti masak nasi kan? Kerja mudah dan senang." Me menolong isterinya menyiang ikan yang dibeli mereka di Pasar Nelayan Pulau Betong semalam. 

"Sayang keluarkan la sekor kerapu, tiga senangin, sekor caru dan dua kembong" kata Miem kepada suaminya. 
"Yes, Chef!" pantas Me menjawab.
"Yang lain² ni letak balik dalam freezer ke? Bagi kat MakCik?" tanya Me kepada isterinya.
"Simpan la, bagi MakCik" jawab Miem.

♥Bermulalah aktiviti menyiang ikan oleh Chef Sous tidak terlatih tersebut. Berselerak habis dapur MakCik yang kemas itu. Ikan² yang segar tersebut terus digoreng kesemuanya. Goreng pon sodap! Macam dalam iklan tu. Ikan masih segar dari lautan, terasa manis isinya jika dimakan goreng sahaja. Si isteri pula, menyediakan sayur goreng serta lauk remis untuk hidangan sarapan pagi mereka sekeluarga. 

Remis masak macam ni ja pun sedap
Inilah hasil masakan daripada Chef Miem
♥Setelah menikmati sarapan pagi yang enak, keluarga Me bersiap² untuk bergerak ke Lumut. Lebih kurang jam 11 pagi jugalah mereka keluar dari rumah Makcik dan terus ke rumah MakNgah untuk memulangkan kunci. Setibanya ke rumah MakNgah, mereka dijemput masuk oleh MakNgah ke dalam rumah sambil dihidangkan dengan kuewtiaw goreng pula. Mereka menjamah sedikit seorang makanan itu kerana ingin bergegas ke Lumut. Al-maklumlah, Cuti sekolah, Hari Ahad pula, ramai yang akan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga Me kemudiannya meneruskan perjalanan tanpa henti ke Lumut melalui Tol Changkat Jering, terus ke Terong, kemudian ke Pantai Remis dan akhirnya sampai ke Lumut. 
Pokok durian belakang rumah sepupu Me
Bye² Penang, See you Again!

Semasa melalui Pekan Pantai Remis, terlihat ramai orang menjual hasil tangkapan laut mereka di tepi jalan. Memang agak menghairankan juga bagi keluarga Me kerana mereka tidak dapat melihat pantai atau laut di pekan Pantai Remis tersebut.

"Mana lautnya? Nampak orang jual ikan je?" tanya Me kepada isterinya.
"Dah nama pon Pantai Remis, kompem la ade laut" jawab Miem sambil menujukkan kawasan yang berkemungkinan laut.

Masjid Pantai Remis
Setelah melepasi kawasan berkenaan, Me baru tersedar yang mereka sekeluarga pernah berkunjung ke kawasan Pantai Remis ini. Mereka pernah mencuba menikmati keenakan udang lipan di Razak Restoren Rasaria (3R) di sini. Restoren ini terletak di kawasan Kampung Ujung Pasir Jika bertanyakan kepada orang Manjung atau Lumut, ini lah restoren yang menyediakan masakan udang lipan. (Kisah makan kat di 3R, akan diceritakan pada cerita yang lain pula).
♥Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di jalan menuju ke Teluk Senangin dan akhirnya tiba di pintu masuk Swiss Garden Beach Resort. Di hotel ini lah akan menjadi penginapan keluarga Me semalaman. Jalan masuk ke SGBR ni agak sunyi. Monyet banyaklah. Sewaktu ketika dahulu, jalan ke hotel berkenaan sangat kecil dan tidak mempunyai lampu jalan. Tetapi sekarang sudah di perluaskan dan terang disinari lampu jalan. Menyusuri jalan ke SGBR ini, mereka melalui kebun buah naga.
"Cer tengok, Sayang. Kot² la ade orang jual dragon fruit" berkata Me kepada isterinya.
"Takde buah pon kat pokok, belum musim lagi la" berkata Miem pula kepada suaminya sambil menunjukkan gerai penjualan buah naga tesebut. 

Udang lipan tu ape?
©Info©


Udang lipan, udang mentadak, udang ketak atau udang ronggeng kalau Bahasa Inggeris dipanggil Mantis Shrimp merupakan spesis udang laut yang boleh dimakan dan ramai peminatnya. Sebenarnya dia bukanlah udang atau lipan, tetapi diberi nama berkenaan kerana bentuk fizikal menyerupai makhluk berkenaan. Ia merupakan keluarga Crustacea yang hidup di kawasan batu karang yang dasar berpasir. Pada zaman 80-90-an, udang lipan ini harganya murah sahaja. Tiada nilai pun. Di Melaka dahulu, nelayan hanya membuangnya sahaja kerana merosakkan jaring (citer dari FIL Me la, dia dulu nelayan). Kini, harganya sudah meningkat. Ramai orang sudah pandai menikmatinya. Malah di pasar, pasar malam di negeri Perak, banyak udang lipan didapati dijual dengan harga yang tinggi.  

♥Akhirnya mereka tiba di pintu gerbang utama masuk ke hotel berkenaan. Tetapi pintu gate post ditutup. Me memandu menghampiri pondok pengawal. Seorang pengawal berwarga negara Nepal keluar dari pondok pengawal berkenaan sambil melihat buku catatan. Seraya bertanya kepada Me.
"Stay in this hotel?"
"Yes, We want to check in" jawab Me sambil menunjukkan hotel di hadapan.
Pengawal keselamatan tersebut membuka pintu gate post berkenaan dan Me terus memandu masuk ke dalam. Sebenarnya lebih kurang 5km ke dalam hotel berkenaan melalui padang golf, apartment dan rumah² banglo. Setibanya di lobi hotel, kelihatan penuh tempat letak kereta di hotel itu. Rupa²nya, pada hari ini berlangsungnya Treasure Hunt daripada NGO Kiwanis. Banyak kereta² berada di petak letak kereta penuh dengan sticker² company yang sponsor event tersebut. Keluarga Me kemudiannya, check-in bilik hotel berkenaan. Bilik 609 yang terletak di tingkat 6 (atas sekali). Setelah selesai solat, keluarga Me bergegas turun kerana hendak meneruskan aktiviti mereka di Perak ini.
Sampai sudah ke Swiss Garden Beach Resort
Permandangan indah ketika ingin sampai ke pintu masuk
Pintu masuk utama SGBR
Permandangan lobi hotel dan di tangga hotel
Permandangan dari lobi hotel
Selpi skit bilik hotel

♥Menurut perancangan asal yang tertulis di dalam buku catatan. Tujuan keluarga Me ke Lumut ini adalah untuk singgah ke Setiawan dan menikmati bufet durian. Tetapi, beribu² kali malang, langkah kiri bak kata orang lama². Setibanya keluarga Me ke tempat yang telah dinyatakan di dalam iklan tersebut jam 5 petang, khemah pun telah mula dikemas apatah lagi jika ingin mencari buah duriannya. Ramai juga pengunjung yang tiba bersama² keluarga Me di tempat kejadian tidak sempat menikmati durian yang disediakan. Maklumlah, RM10 satu kepala adalah yang termurah buat masa ini. Kekecewaan melanda kepada Miem yang memang merupakan seorang peminat tegar buah durian. Lantaran itu, keluarga Me terpaksa mengubah perancangan asal dan mereka berjumpa dengan seorang kawan yang juga merupakan agen insurans mereka di Lekir

Inilah dia iklan bufet durian yang diambil dari FB
Tempat baikpulih kapal
Pekan Setiawan

♥Nama kawan kepada keluarga Me tersebut ialah, Solihin. Dia memang berasal daripada Lekir. Memang anak jati orang Perak la dia ini. Dia menjemput keluarga Me untuk singgah ke rumahnya sambil minum petang. Setelah selesai melepak di rumah Solihin di Lekir, Batu 7 tersebut. dia mengajak keluarga Me untuk pergi ke Tanjung Kepah untuk mencari remis. Dia telah melihat keluarga Me mencari remis di Pantai Teluk Bahang semalam di FB dan terus menyatakan hasratnya untuk membawa mereka ke sana. Tanjung Kepah terletak berhampiran dengan kawasan rumahnya iaitu di Lekir, Batu 9. Perjalanan ke Tanjung Kepah tersebut mengambil masa 5 minit juga untuk sampai betul² ke tepian pantai dengan melalui kawasan kampung.
mengekori kereta Solihin ke Tanjung Kepah
♥Setibanya di sana, keluarga Me melihat kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau berkenaan tidaklah besar. Tetapi cukuplah untuk menjadi benteng kepada hakisan ombak laut. Solihin membawa siap kelengkapan untuk mencari remis pantai itu sebagai contoh cangkul dan pongkes. Dia betul² komited hendak membawa keluarga Me melihat kawasan berkenaan. Solihin juga bercerita tentang kisah kehidupannya sewaktu dia kecil.
Kerang Bulu

"Dedulu, Mak saya bawak kitorang gi sini. Dia terus masuk dalam lumpur paya tu ke tengah. Kat situ la banyak siput dan kerang bulu. Lepas tu, Mak saya ikat tiub tayar kat pinggang supaya senang nak bawak balik hasil tu. Air dah pasang senang apung ja. Nak pikul guni tu mau sekilo masuk lumpur lagi" bercerita Solihin kepada keluarga Me.
"Saya dedulu pon dengan kengkawan, kitorang mase time air surut ni pegi tengah² tu. Lepas tu panjat pokok bakau. Lepas air naik, masing² pancinglah." sambungnya lagi.

  
Bersama Tuan Solihin mencari remis dan kerang bulu di pantai
Anak² Me dengan pongkes konon² nak carik remis



Siput sedut macam ni banyak 

Sampai ke pukul 7 malam mereka melepak di Pantai Tanjung Kepah ini. Tiada hasil tangkapan pun sebenarnya yang mereka dapat hari ini. Air laut dah mulai pasang. Memang tidak selamat untuk mereka pergi ke kawasan paya yang berlumpur itu. Sangat bahaya untuk kanak². Masuk ke dalam lumpur itu sahaja dah sampai ke paras lutut orang dewasa. Kelihatan beberapa orang ingin memancing mulai pergi ke tengah kawasan bakau tersebut. Berkemungkinan besar pada masa ini, ikan mulai pulang ke persisiran pantai mencari makanan. Tidak lama selepas itu, Keluarga Me dan Solihin beredar dan terus pulang ke destinasi masing².

Keluarga Me terus ke Teluk Batik. Sudah lama mereka tidak ke sana. Kawasan Teluk Batik inilah yang menjadi lokasi beristirehat mereka semua semasa mereka tinggal di Ipoh sewaktu ketika dahulu. Suasana di Teluk Batik tidak seindah dahulu. Kawasannya seolah² tidak terjaga. Ketika keluarga Me datang ke sana, kelihatan ramai pengunjung pantai hujung minggu ini mulai meninggalkan pantai. Me hanya memandu melalui kawasan tempat letak kereta sambil berkata kepada isterinya, Miem.
"Dulu, tempat ni cantik lagi, sekarang ni macam dah takde orang jaga je"
"Ingat dedulu, geng gen2 selalu buat gathering kat sini. Lepak² mandi manda.." tambahnya lagi.

Lepas buat drive thru jalan Teluk Batik ini, keluarga Me terus ke Aeon Manjung untuk menikmati makan malam. Makan malam kat Aeon? Nampak seperti tidak logik pada akalnya. Kebiasaan pelancong yang datang ke daerah Manjung ini pasti mencari makanan laut, ikan bakar, kerang bakar tetapi bagi keluarga Me, mereka lebih gemar makan di restoren Wing Zone di dalam Aeon Manjung ini. Di Kuala Lumpur pun masih belum dibuka cawangan restoren ini.
wing zone yang sememangnya halal
Lepas makan malam di sana sambil window shopping, keluarga Me pun pulang semula ke hotel penginapan mereka. 

Ok,.... sambung Chapter 4 (Last Day) pula.



Wednesday 1 June 2016

Cuti Skolah Drive Edition : Pi Pineng Baq Ang Chapter 2

Chapter 2 (Day Two)
♥Pada keesokkan paginya, yakni hari kedua dalam pengembaraan keluarga Me, Me telah bangun seawal waktu Subuh sambil mengejutkan ahli keluarganya. Setelah siap semuanya menukar pakaian tanpa mandi terlebih dahulu, keluarga Me telah bertolak keluar mencari sarapan pagi seperti yang telah dirancang iaitu di Astaka Taman Tun Sardon yang terletak di Gelugor. Me sejak awal lagi menggunakan aplikasi WAZE untuk ke sana. Setelah itu, Me hanya memandu berpandukan arahan aplikasi WAZE tersebut sehingga betul-betul sampai ke destinasi yang telah di’set’kan. Masalah yang sering dihadapi pengunjung di sini adalah tempat letak kereta. 
Astaka Taman Tun Sardon
♥Setibanya di Astaka Taman Tun Sardon, kelihatan orang ramai telah mula berpusu² ke kawasan tersebut. Dimaklumkan juga, Astaka ini terletak betul² di sebelah bangunan pasar basah. Astaka ini mempunyai lebih daripada 10 warung yang menyediakan juadah sarapan pagi yang enak dan lazat bagi penduduk kawasan Taman Tun Sardon. Warung yang agak popular dikalangan pelancong atau pengunjung di sini adalah warung menjual serabai dan ada juga yang menyatakan warung menjual roti sandwich juga terkenal di sini. Keluarga Me telah mencuba serabai yang begitu enak diperkatakan di dalam blog² ataupun di media sosial. Memang menakjubkan apabila melihat ramai pelanggan mulai beratur panjang membeli serabai tersebut. Namun, bagi keluarga Me yang telah mencuba merasai serabai berkenaan, ianya hanyalah pada nama yang sudah gah bertahun². Rasanya tidaklah sebegitu enak seperti yang digembar gemburkan. Ma, isteri Me telah terdengar salah seorang daripada pengunjung di sini bertanyakan warung yang menjual roti sandwich tersebut.
Serabai dan Apom

“Sayang, I dengar ade orang tanye pasal roti sandwich, I nak gi tengok kejap lah”
kata Miem kepada suaminya.

♥Setelah beberapa minit kemudian, Miem membawa sepinggan roti sandwich yang seakan roti telur diapit dengan inti ke meja keluarga Me sedang bersarapan. Me mula mencuba roti berkenaan. Harganya juga boleh tahan mahal, RM 2 satu.

“Macam roti telur ja, ade inti rase ayam skit” Me mulai mengatakan ketakpuasan hatinya. Namun, roti berkenaan sudah dibeli oleh isterinya. Mahu atau tidak, Me cuba menghabiskannya.
Roti Sandwich yang depa kata sedap sangat tu

“Nampak nasi lemak kat sana macam ramai orang, leh la beli untuk Zahin. Dia pon tak makan sangat serabai ngan roti ni” kata Miem sambil menunjukkan arah warung nasi lemak berdekatan dengan warung serabai. Lantaran itu, Me terus pergi ke warung nasi lemak tersebut dan membeli seperti yang dikehendaki. Nasi lemak yang dikatakan tersebut sangat sedap rasanya dengan harga yang boleh tahan. Nasi lemak telur goreng yang berharga RM 3.50 tersebut mula diminati oleh Zahin, anak Me. Separuh lagi nasi lemak tersebut telah dikongsi makan bersama Hafiy.
 Kat situ la warung serabai yang femes tu (ramaikan beratur?)

♥Setelah masing² kekenyangan sarapan pagi di Astaka ini, isteri Me, Miem telah pergi di tepi jalan melihat seorang uncle cina menjual buah duriannya. Tidak banyak pun durian yang dijual oleh uncle cina tersebut. Hanya beberapa biji sahaja. Kelihatan ada pasangan veteran menunggang skuter singgah membelek durian uncle cina tersebut dan terus membeli tanpa tawar menawar. 

"Macam laku ja durian dia"  kata Miem kepada suaminya. Lantaran itu, Miem bertanyakan terus kepada uncle cina itu.

“Ni berapa ringgit ya?” Miem bertanya.
“Ni Wa kasik murah², halga tak lalu punya. Baguih punya durian ni, Balik Pulau mari”  uncle cina itu berkata.
"Berapa sebiji?" tanya Miem lagi.
“Wa kasik halga doploh sebiji, memang halga tak lalu punya” kate uncle cina itu sambil menunjukkan buah durian yang dikatakan hebat sangat itu.

Miem mengeleng kepala sambil berkata “takpalah uncle, kami mau beli barang lain dulu, nanti kami datang balik” sambil beredar dari tempat tersebut. 
“Uishhh, mahal betul harga sampai sebiji kecik doploh ringgit” berseloroh Me kepada isterinya.
☺Info Sejarah:☺
Taman Tun Sardon ini merupakan satu kawasan perumahan awam yang terawal menempatkan kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dahulunya dikenali sebagai Brown Garden. Ia adalah sebahagian tanah daripada Gelugor Estate milik orang terkaya dan pemilik hartanah terbesar di Pulau Pinang pada zaman dahulu iaitu David Brown.

♥Kemudian, Me menghidupkan enjin kereta dan terus meng’set’kan aplikasi WAZE nya untuk ke Pantai Batu Ferringgi. Dalam 30 minit perjalanan, bertembung dengan kesesakkan lalulintas, berhadapan dengan ‘roadblock’ polis, sampai jualah keluarga Me ke tempat yang dituju. Melalui kawasan yang jalan agak mengelirukan bagi pelancong, tanpa ada papan tanda yang menunjukkan tempat, jika tiada GPS memang agak sukar. Terlihat juga kawasan di mana berlakunya tsunami pada tahun 2004. Masjid terapung Tanjung Bungah yang menggantikan masjid yang roboh terkena tsunami juga kelihatan semasa melalui kawasan ini. Deretan hotel², rumah tumpangan dan rumah penginapan tersusun di sekitar Pantai Batu Ferringgi ini.
Melalui Masjid Negeri Pulau Pinang
Verra Kitchen? Kincing boleh, Verra tak boleh
Masjid terapung Tanjung Bungah (gamba koleksi Me lama²)

Nak teruskan lagi ke, atau patah balik?” tanya Me kepada isterinya.
“Teruskan je la” jawab Miem kepada suaminya sambil melihat keindahan pantai.

♥Perjalanan yang bakal dilalui ini bengkang bengkok seperti jalan ke Cameron Highland sangat dirisaui oleh Sha, anak sulung Me. Bagaimanapun, Me membuat pemanduan berhemah agar anaknya tidak mabuk mahupun muntah. Akhirnya tiba di Bulatan Teluk Bahang.
 bulatan teluk bahang

“Gi pantai kejap, Sayang, Boleh tak?” tanya Miem kepada suaminya.
“Boleh saja, boleh tengok² kampong nelayan kat sini” jawab Me dengan selambanya.

♥Hanya beberapa kilometer, keluarga Me telah tiba di persimpangan jalan mati di kawasan nelayan tersebut. Hanya motorsikal sahaja yang boleh melalui jambatan tersebut. Jika dilihat di dalam WAZE tersebut, memang terdapat satu perkampungan dan jeti nelayan di sebelah kanan jalan. Me terus memacu kereta ke kawasan tersebut. Rupa-rupanya Perkampungan nelayan Pantai Teluk Bahang.

Jalan ni leh masuk motor je

“Macam kat Melaka la, ade jeti nelayan macam ni” kata Me kepada isterinya.

♥Setibanya di hujung jalan, kelihatan satu pantai terbentang indah. Sangat cantik keindahan alam ciptaan tuhan ini. Terdapat bot² nelayan masih berlabuh di tepi jeti. Hanya kelihatan beberapa bot nelayan besar di tengah laut. Para nelayan masih melepak di kedai kopi berdekatan sambil bersembang² sesama mereka. Hujan mulai turun membasahi pantai. Keluarga Me masih ingin melepak di tepian pantai tersebut. Seperti biasa, aktiviti pengambaran bermula bagi memuatkan kenangan di pantai itu. 
Pantai Teluk Bahang
wepie dalam hujan renyai
♥Dalam keadaan yang hujan renyai tersebut, isteri Me mulai mengorek pasir pantai dan berjaya menjumpai remis. Apakah binatang yang dinamakan remis ini? 


©Info©
Bahasa Melayu disebut Remis. Kijing dalam Bahasa Jawa dan Haremis dalam Bahasa Sunda. Remis adalah sejenis kerang yang hidup di Sungai dan Tepian Pantai. Remis sangat suka mendiami kawasan berpasir dan bersuhu dingin. Kulitnya berwarna kuning dan ada juga bahagian berwarna biru kehitaman atau berwarna seperti marmar. Kulitnya juga licin dan tidak berbulu. Jika dibuka, akan kelihatan bahagian dalamannya seperti kepah atau kupang tetapi putih dan melebar. 

Akhirnya, satu keluarga Me berjaya mendapatkan remis pantai ini satu plastik. Saiz remis yang didapati di kawasan Pantai Teluk Bahang ini besar berbanding dengan yang terdapat di Pantai Teluk Gong, Melaka. 
keluarga Me sedang mencari remis
♥Sesudah urusan mencari remis selesai, keluarga Me meneruskan semula perjalanan ke Balik Pulau sambil mengikut laluan yang mencabar berliku-liku seumpama melalui jalan Tapah - Cameron Highland. Jalan tersebut akan melalui Batik Craft dan Toy Museum. Kemudian melalui Entopia iaitu taman rama² satu ketika dahulu dan seterusnya melalui Empangan Teluk Bahang. Kelihatan paras air di empangan ini makin berkurangan berkemungkinan akibat fenomena El-Nino yang melanda Malaysia kini. Perjalanan ini kemudiannya akan bertemu dengan gerai² tepian jalan yang menjual raja segala buah iaitu Buah Durian. Di musim durian inilah, gerai² ini dibuka dan ramai pengunjung akan singgah berhenti dan menikmati keenakkan buah durian di situ juga. Pilih-Buka-Makan-Bayar-Balik
 
Dahulu dikenali sebagai Penang Butterfly Farm, Sekarang di upgrade menjadi Entopia
takat air dah surut kat empangan ni

"Nak singgah beli durian tak, Sayang?" tanya Me kepada isterinya.
"Tak payah la, Sayang. Kan nanti Pak Su nak gi amik durian kat bukit" jawab Miem.



Melalui gerai menjual durian... hehehe tak layan sebab leh dapat durian 'free'
Dihujung lekuk jalan berbelok² itu, perjalanan akan melalui kawasan perkelahan iaitu Air Terjun Titi Kerawang. Seterusnya barulah sampai ke tanah rata iaitu kampung Sungai Pinang dan seterusnya ke pekan Balik Pulau
                                               
"Sayang, boleh tak singgah Pulau Betong jap? I nak carik ikan la" bertanya Miem kepada suaminya.
"Boleh la, Sayang. Everything just for you, tapi... mana nak simpan? kan nanti nak gi Lumut plak sok" jawab Me kepada isteri kesayangannya.
"Kan rumah Makcik ade freezer, simpan dulu la dalam tu. Kalau I rajin, I masaklah sikit" jawab Miem kepada suaminya.
"Sha don't want to go" Sha menyampuk.
"Why? You want to vommit?" bertanya Me kepada anaknya.

Anaknya tidak menjawab. Dia terpaksa mengikut sahaja ke mana kedua ibubapanya pergi. Me mengubah laluan, tidak menghala ke pekan Balik Pulau tetapi terus ke Pulau Betong. Pulau Betong adalah satu perkampungan nelayan juga seperti yang terdapat di Teluk Bahang. Di sini, terdapat pusat penjualan hasil laut yang boleh dikatakan murah harganya di sekitar Pulau Pinang ini. Jika hendak dibandingkan harganya dengan Kuala Lumpur memang jauh sangat lah bezanya. Apatah lagi rase ikan segar yang masih manis belum terkena air batu. Sambil melalui kawasan kampung menuju ke Pulau Betong, Me ternampak satu warung yang agak popular di kalangan pelancong Pulau Pinang iaitu Laksa Pokok Janggus di Kampung Perlis. Malangnya warung tersebut masih belum dibuka berkemungkinan pemiliknya pergi bercuti atau ada urusan lain. 
Pekan Pulau Betong
♥Setibanya keluarga Me ke Pulau Betong, sepanjang jalan tersebut masih belum menjual durian dengan banyaknya. Kemungkinan musim buah durian ini masih baru, buah durian masih belum banyak dijual di pasaran. Di Pulau Betong ini juga, Me mempunyai seorang kawan lama semasa belajar di IPT dulu membuka warung makanan dan minuman, tetapi pada kedatangan mereka di sini, warung berkenaan tutup. Ketibaan keluarga Me di Pulau Betong ini pada tengahari dan sememangnya pada masa inilah ikan² segar akan dijual di Pasar Ikan Nelayan Pulau Betong. Miem terus ke pasar itu untuk memcari ikan di sana dan akhirnya berjaya membeli ikan satu plastik dengan harga RM 5. (6 ekor ikan senangin, 2 ekor ikan cencaru, 4 ekor ikan kembong dan seekor ikan kerapu kecil). 
Pasar Nelayan Pulau Betong
Antara ikan yang dibeli untuk masak
Di Pulau Betong ini juga terdapat jeti nelayan. Memang sesuai bagi pelancong untuk bergambar sakan di tepi jeti bersama dengan bot² nelayan.
Koleksi gambar zaman dedulu
♥Me kemudiannya memandu kereta terus pulang melalui Jalan Balik Pulau - Teluk Kumbar untuk pulang ke rumah di Sungai Ara. Jalan ini telah mengalami proses pembesaran jalan dan tiada lagi jalan sempit yang bengkang bengkok seperti dahulu disamping boleh menikmati keindahan alam semula jadi  dan perkampungan Kampung Perlis dan Pulau Betong dari atas bukit. Di sini juga terdapat gerai² menjual buah durian di tepi jalan.

"Kat area ni, banyak jugak orang jual durian, ni ramai orang Melayu plak yang jual. Kat belah sana tadi ramai cina yang jual" kata Me kepada isterinya sambil melihat orang ramai singgah berhenti di tepi jalan.

♥Setibanya di Teluk Kumbar, kalau orang Pulau Pinang cakap Teluq Kumbaq, Miem bertanya kepada suaminya "Ayu Mee Udang tu dah bukak tak siang² ni?" 
"Belum bukak lagi kot. Maybe dalam petang² skit" jawab Me dengan meneka sahaja tanpa singgah ke kedai Ayu Mee Udang tersebut.
rembat orang lain punye gambar
♥Perjalanan keluarga Me diteruskan melalui Permatang Damar Laut. Niat di hati Me untuk menunjukkan kawasan lapangan terbang Pulau Pinang sambil melihat kapal terbang turun dan naik di sana. Malangnya ketika melalui jalan yang betul-betul di kawasan tepi pagar lapangan terbang itu, jalan tersebut dalam proses naik taraf. Jadi, tidak dapatlah Me memberhentikan keretanya di tepi jalan itu. 
tepi pagar airport, tak boleh nak berenti dah
"Alah, tak boleh berenti la pulak, aeroplane also don't have. We cannot see the aeroplane" kata Me kepada anak²nya.

"Hungry la, Abah" anak² Me mulai merasa lapar. Mana tidaknya, jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Dengan pantasnya, Me memandu di kawasan perindustrian Bayan Lepas itu untuk mencari makan tengahari buat keluarganya. Namun, setelah berpusing-pusing mencari tempat makan yang sesuai, Me akhirnya pergi ke Bukit Jambul. Di sana terdapat satu kedai mamak The Original Kayu Nasi Kandar Penang. "Makan kedai mamak pun, mamak lah, lapaq nasik dah ni" terlintas di hati Me. Walhal, di kawasan tersebut ada satu restoren melayu, Restoren The Nipah. Tiada rezeki untuk mencuba makan di kedai ini. Mungkin pada masa yang lain boleh Me sekeluarga singgah. Setelah membeli makanan dan dibawa pulang dengan harga yang boleh dikatakan cekik darah, keluarga Me pulang ke rumah di Sungai Ara untuk menikmatinya. 
Ni la kedai original kayu nasik kandaq


"Mak oiii, mahalnya, harga sampai 30 inggit lebih. Bukan amik banyak pon" Miem bercerita kepada suaminya.
"Sayang ade amik sotong kot, memang kene sembelih la" Me bertanya kepada isterinya.
"Ha'ah, ade amik 2 sotong, 2 ayam pastu nasi putih 3 ja" Miem menjawab.

♥Setibanya di rumah, masing² sibuk untuk mandi, bersiap² dan makan tengahari. Setelah solat Zuhur, mata masing² mengantuk akibat makan makanan mamak barangkali (kene kas-kas kot). Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Keluarga Me tidur kepenatan sampai ke petang. Lagipun, Me sedang menunggu Pak Su untuk ke bukit (dusun arwah tokwan Me) untuk pergi mengutip buah durian yang luruh bersama². 

♥Jam menunjukkan pukul 5. Me terkejut daripada tidur, kedengaran bunyi deruman enjin motorsikal datang ke rumah. Me melihat ke luar rumah dan mendapati suami kepada sepupu, Apis namanya, datang. Dia membawa bersama² sekarung durian yang dikutip dari bukit . Sebenarnya, harapan Me ingin pergi ke bukit tersebut bersama sepupu menaiki kereta, malangnya, jalan ke kawasan bukit itu tidak sesuai untuk menaiki kereta. Mungkin pacuan empat roda mampu ke sana.  

"Ni ja yang dapat Cheq kutip tadi, Pak Su pi Tepeng, ada kenduri" kata Apis. "Boleh la nak rasa sorang skit, La ni buah tak banyak luruh lagi. Buah awai. Tak taw la kot² ada yang tak elok, mangkaq ka apa"  tambahnya lagi.
"Ni pon dah okay dah, tima kasih banyak"  kata Me kepada Apis. 
teringat zaman dedulu bawak keter sport pon leh naik bukit ni
memang sampai separuh boot keter gen2 ni bawak durian seketika dahulu

♥Sambil Apis mengasing²kan buah durian yang ingin dibawa pulang untuk isterinya, Me mencari parang untuk membelah buah durian itu. Alangkah sedapnya satu demi satu buah durian yang dibelah sedap dan enak rasanya. Berlemak pun ada. Kenikmatan yang sememangnya tidak terkata hasil peninggalan air tangan arwah Tokwan Me yang tanam di bukit itu. 
 Hafiy sedang menunjukkan buah durian yang saiz kecik dan seguni durian 
 Walaupun ada saiz kecik, tapi rasanya 5 star

"Nak bawak hangpa pi pon tak taw camna. Bukit tu bukan boleh bawak keta. La ni, jalan kecik ja"  kata Apis kepada Me.
"Takpalah, ingat boleh naik macam dulu. Dulu penah naik bawak keta, park kat dusun cina bawah skit dari bukit tokwan tu"  Me pula bercerita.
"Tula, motor pon ada satu ja. Kalau tak boleh bawak hangpa pi tengok"  kata Apis lagi.
Satu keluarga Me menikmati buah durian yang enak itu sampai habis beberapa biji tak terkira banyaknya. Kenyang durian lah mereka sekeluarga.
berwepie sambil makan durian
Gambar sekadar hiasan (kasik leleh ayaq lioq)
Gambar masa Me memuda dedulu bersama Sha di dusun durian
Ni la ulat durian gemok dah makan durian
♥Malam itu, selepas solat Magrib, isteri Me, Miem mengajak ke pasaraya SunShine untuk mencari baju raya buat anak². Pasaraya tu terletak di Bayan Baru sahaja, memang dekat sahaja dengan rumah Makcik tidak sampai sepuluh minit perjalanan. Di sini banyak baju² murah². Setelah selesai membeli belah, perut masing² lapar. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Me sekeluarga keluar dari pasaraya tersebut dan terus ke Padang Kota Lama.
masih mengekalkan 'free drinking water' jika 'park' di sini
♥Setibanya di Padang Kota Lama tersebut, tiba² kelihatan pengunjung mulai bergegas balik. Angin mulai bertiup kencang. Kilat di langit sedang sabung menyambung. 
 Lalu saja tepi Fort Cornwallis

"Alamak, nak hujan la pulak" mengeluh Me.
"Nak makan kat sini juga ke?" Me bertanya kepada isterinya.
"Kalau tak hujan boleh la kita singgah" Miem menjawab.

Di separuh jalan di hadapan Fort Cornwallis tersebut, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Jalan pula sesak. Pengunjung mulai meninggalkan kawasan lepak tepi laut itu. 

☺Info Sejarah:☺
Fort Cornwallis atau orang pineng kata padang kota sebenarnya telah dibina sejak zaman Francis Light lagi. Francis Light ni bukanlah pencipta 'touchlight' atau lampu tetapi seorang penjajah British yang merupakan bekas Navy British dan menjadi 'trader' British East India Company. Berjaya menipu Sultan Kedah ketika itu untuk menyerahkan Pulau Pinang. Francis Light ni telah mendarat di tempat hutan belukar bernama 'Esplanade' dan mendirikan kubu pada tahun1786. Mengapa nama Cornwallis pula? Nama Cornwallis diambil sempena nama Jeneral British India semasa itu bernama Charles Cornwallis. Bukan kubu tu dibina daripada dinding jagung ya. Yela bunyi Corn = jagung, Wall = dinding.

"Kita gi makan kat Padang Brown je la" cadang Miem kepada suaminya.
"Sayang setkan dalam Waze tu, I tak taw jalan" Me mengarahkan isterinya ke tempat baru iaitu Padang Brown. 

Kereta yang mereka naiki itu melalui kawasan Medan Selera Padang Kota Lama
"Wah, kesiannya, dah le takde bumbung makan kat sini" kate Me kepada isterinya.
"Takde bumbung?" Miem bertanya kehairanan. "Kan ini tempat pelancongan" tambahnya lagi.
"Mana ade bumbung, sebab tu kengkadang orang makan kat sini tetiba je burung berak jatuh kepushhh atas meja sebelah food" Me menjawab.
"La kesiannya. Tengok tu sumer lepak berdiri bawah bumbung kat kedai je" Miem berkata sambil menunjukkan keadaan orang ramai di tempat itu.  
Hujan lebat di Medan Selera Padang Kota Lama
Hujan lebat membuatkan jarak penglihatan selamat pemanduan Me terganggu. Me memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak Petron di Lebuh Farquhar (depan Wisma Boon Siew Honda). Tunggu punya tunggu hujan berhenti atau renyai², anak² Me telah tidur di tempat duduk belakang kereta. Kesian pula melihat anak² Me kelaparan. Me bertekad untuk singgah makan malam juga. Akhirnya, selamat sampai juga ke Medan Selera Padang Brown tu. Medan Selera Padang Brown itu seperti sudah dinaik taraf dan kelihatan cantik. Disebabkan hujan dan kesesakan di Jalan Perak tersebut, Me telah terlepas simpang untuk masuk ke tempat letak kereta. Mahu atau tidak, Me terpaksa berpatah balik dan akhirnya sampai. Masuk sahaja tempat letak kereta, ambil tiket parking, tempat letak kereta pun penuh. Nasib keluarga Me baik, ada sebuah kereta ingin keluar pulang. 
☺Info Sejarah:☺
Padang Brown ni dipanggil oleh orang Penang sebagai Padang Broom (penyapu la kot). Nama ini diambil sempena seorang pemilik tanah terbesar di Pulau Pinang suatu ketika dahulu bernama David Brown.Tuan Brown ni mempunyai bisnes perladangan dan tanah yang luas di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Sebidang tanah di antara tanah²nya pula diberikan kepada majlis perbandaran untuk dijadikan padang perbandaran buat main bola sepak. Di situ juga ada pembinaan tugu sebagai mengenang jasa Tuan Brown ni. 
 

"Nak makan ape kat sini, Sayang?" tanya Me kepada isterinya.
"Amik Pasemboq je la. Amik yang biasa² je. Sat lagi kene sembelih" kata Me kepada isterinya sambil menunjukkan ke gerai rojak pasembur Ghani. (Ghani Penang Famous Pasembur Rojak sama ke dengan Gani Femous Pasembur Padang Kota?) 
"Sayang, orderkan satu Char Kuew Tiaw Penang kat kedai sebelah tu" Ma menunjukkan kedai tersebut kepada suaminya.
"Bapa duit pasemboq ni?" tanya Me kepada mamak pasemboq tu.
"Nam blaih ja" jawab mamak gerai rojak pasembur Ghani tu. Lantas Me menghulurkan RM16 kepadanya.
 Makan pasembur dan char kuew tiaw
Dalam kesejukkan malam disertai hujan lebat dan bernasib baik ada bumbung, Me dan keluarga dapat menikmati makanan yang sinonim dengan Pulau Pinang ini iaitu rojak pasembur dan char kuew tiaw. Anak² Me yang dah memang mengantuk sampai tidur atas meja makan.☻
Tempat ini dah cantik sekarang
Berwepie sambil menikmati makan malam
Zahin tidur kepenatan atas meja makan
Tulah tugu David Brown di tengah² tempat makan
♥Ketika hendak pulang, lebih kurang jam 11.00 malam, hujan masih belum berhenti. Keluarga Me pun tidak lama hendak menunggu di tempat makan tersebut mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Kira-kira menghampiri jam 12 tengah malam juga mereka sampai di rumah. Sampai rumah terus tidur lena sehingga ke Subuh.

Okay, sambung Chapter 3 pulak...☺♥
Nak baca kisah belum ni? bacalah Chapter 1