Thursday 5 May 2016

Labour Day Drive Edition : JaLaN² Ke PuLaU sInGa PaKai DoLar $$$$$ (Day 3)

Hari ketiga kat Singapore... yeah² arini hari buruh, hari pekerja... cuti umum bagi pekerja seluruh dunia... so ahad public holiday kompem ramai orang nak ke pusat bandar singapore. Sedara mara pon boleh la bawak Me dan famili jenjalan round² Singapore. 

Pagi² amik gambar ngan cik Suzi GSXR sebagai kenangan

Hari ni Me dan famili jalan² Singapore naik Public Transport.(yg sebenarnya keta x muat,me anak beranak ada 3 adults n 3 kids,campur oteh n adik ipar dia dah nehi kebenehi muat).. cepat dan senang tak payah nak carik parking kat area bandar tu. Hari ni bajet nak pekena Murtabak Singapore Original.. biasa makan kat Muo tu dah tak Ori... Dari Jurong East (naik bas dua tingkat) ---> Jurong East Interchange ---> Naik MRT ---> Bugis Station ---> Jalan kaki ---> Arab Street (makan murtabak la) sambil tu bersiar² kawasan Masjid Sultan --> North Bridge Road (amik bas) ---> Jurong East Interchange ---> Jurong East (naik bas).  

Tu jela itinerary untuk pagi hari pekerja ni... ahahahaa... Seterusnys..biar gambars berbicara...

Ber'wepie' dalam bas dua tingkat 
Budak bijak pestime naik bassz
Masjid Al-Mukminin Jurong East 
Jurong East Interchange
Beli tiket MRT (kad Ezlink dah expired), opis Ezlink kat Jurong East ni tutup la plak 
Renew card EZlink kat stesen Bugis, kene la SGD 3 setiap card 
Selpi skit kat Arab Street 
kalau gi Arab Street ni kompem nampak Masjid Sultan ni 
Bas City SightSeeing macam kat KL Hop On Hop Off Bus 
Akhirnya sampai ke destinasi mencari Murtabak Singapura yang Asli 
Menu² kat kedai ni 

Makan² Murtabak Singapura ngan Kuewtiaw Goreng mamak (merahnya makngah) 
Selpi skit depan deret² kedai mamak kat North Bridge Rd. (rekemen Zam-Zam ngan Victory tu ja la)
Mamak tu menggunting murtabak... dan gaya budak makan murtabak bawah meja

Nama kedai yang Me pegi ni Victory, memang jiran sebelah kedai Zam-Zam. Oteh nye Ipar le yang rekemen makan kat sini. Katenya lebih sedap. Me yang first time ni  ikot jela. tapi wife Me still nak try yang zam-zam punye murtabak. Lepas perot kenyang makan murtabak singapura, tambah plak makan kuewtiaw goreng mamak yang merah menyala. Kami beredar dan wife Me bagi suggestion untuk singgah solat zuhur kat Masjid Sultan yang bertentang dengan kedai makan tadi. Sambil² tu, wife Me nak tapaw satu murtabak singapore dari restoren Zam-Zam plak.. yang kami rase lagik sedap dari Victory.

Ni baru murtabak singapore best in the world

Kami pastu singgah sebentar ke Masjid Sultan... nape name dia Sultan plak... Singapore mana ade sultan.... ni kisah zaman dahulu kala... Nama sultan yang bina masjid tu ialah Sultan Hussain Shah dari Kesultanan Johor pada tahun 1826. Stamford Raffles ketika itu dah take over Singapore bagi derma kawasan sebagai yang dikenali sebagai Kampung Glam pada Sultan Hussain ni la sebagai pampasan. Masa tu berlaku perebutan tahta antara dua beradik kesultanan johor. tu jela nak citer pon... lain² bukak la buku sejarah melayu kesultanan johor-riau. memang kisah ni ade kaitan besar dengan kehilangan kuasa sultan di Singapura kepada British East India Company (bukan butik ya). Masjid Sultan ini dibina betul² disebelah Istana Kampung Glam (Malay Heritage Center). 


Masjid ini telah dibaik pulih, la ni ade lift nak gi tempat perempuan
Ber'wepie' dalam masjid sultan 
Sejarah masjid sultan 
Ramai pelancong datang
Dari beranda masjid boleh nampak kampung glam
Gambar zaman dedulu dan sekarang

Selepas menunaikan solat di Masjid Sultan ni, Me teruskan perjalan bersiar² di Kampung Glam. Sekarang dah cantik tempat tu. Ade kedai souvenir, kedai makan arab, kedai barangan antik. cuba lihat gambar di atas. ketika dulu dan sekarang. Me ade ngedit sesikit bagi feelin macam berada pada zaman tu. Kemudian Me melalui Haji Lane yang terletak berdekatan dengan Kampung Gelam. Belakang Arab Street saja. Lorong tu lebih kurang macam kat Ipoh. Deretan bangunan lama, yang telah melalui proses restorasi menjadi kedai² & cafe² hipster, kedai² barangan antik. Memang port pelancong asing la.

Dulu dan Kini
Ber'wepie' di kampung glam 
Mac Doner??  
Restoren Kampung Glam
Area Arab Street (ade grafiti macam kat Shah Alam plak) 
Jalan ditutup untuk weekend. pelancong ramai ma... 
Haji Lane... memang port old skool macam kat Ipoh 
Diorang ni siap beli bontot Imprezza (keter diorang yang kene scraped kot) 
Haji Lane... 

Setelah tamat melalui Haji Lane, Me pon pulang kali ni naik bas pula. Sedara bawak melalui North Bridge Road dan tunggu bas di area Malay Heritage Centre. Lalu la depan satu kedai motor MotorWerks. kompem geng² Distinguished Gentleman selalu lepak sini sambil bawak motor cafe racer. Paham ke tak ape Me citer ni?? ala yang bawak motor misai macam Wak Doyok tu... 
Ni memang Wak Doyok pon... naik motor cafe racer 
Motorwerks (North Bridge Road). Ni kompem kedai jual accessories motor cafe racer

Tunggu sekejap ja dah dapat bas. Patutla orang kate pengangkutan awam di Singapore ni efektif dan efisyen. Naik bas ni agak lama skit la berbanding naik MRT. So, merasa la naik bas lama² sampai tertidor dalam bas. Taw² dah sampai Jurong East Interchange. Kene amik bas lain untuk balik ke umah Oteh. Bas kat Singapore ni sama jela macam kat Malaysia tu. Rapid KL... cume bas ni ade yang dua tingkat dan ade yang panjang macam keretapi... macam keretapi?? tak caya ke? tengok gambar kat bawah tuh.... 

Selpi dalam bas 
Sama ja bas macam kat Malaysia. Cume ade bas dua tingkat dan bas panjang
Bas panjang... caye tak cakap Me

Petang tu, Me dan famili drive ke Umah Pakcik kat Choa Chu Kang... bukan Phua Chu Kang ya... lama dah tak gi umah dia. Sekali sekala datang Singapore. kene la gi umah dia. Susah nak carik rumah dia kalau takde GPS atau sedara mara tunjuk jalan. Yang pasti kalau nampak Limbang Shopping Centre tu dah dekat la dengan rumah dia.

Malam tu, Busu dan famili nya berjanji nak bawak Me dan famili berjalan² area bandar Singapore. Set GPS siap² jumpe kat Clementi. Dalam kol 8pm, Busu dah tunggu dah dalam kereta. Sib baik gamble ja tempat tunggu tu, kalau tak jenuh mencarik. Nak call pon tak de line. Susah gak tak buat International Roaming ni. so follow je keter Busu bermula dari Clementi --> West Coast --> Harbour Dr --> lalu depan Haw Par Villa --> lalu depan Vivo City (jalan nak gi Sentosa Island) --> lalu depan KTM Tanjung Pagar --> Fullerton Road --> Park dalam Hotel Fullerton --> Tengok Merlion 

Mase tiba kat Harbour Dr, Busu tunjukkan tempat kerja dia di PSA Pasir Panjang. Busu kerja operator crane angkut kontena tuh.. nak kene panjat pakai tangga jer... mau kurus kalau Me yang keje sane.
Gambar kren kontena kat port

Kemudian melalui satu kawasan yang haunted iaitu Haw Par Villa atau Tiger Balm Gardens. ... hehehhee... dalam tu banyak patung² yang menunjukkan kepercayaan dan mitos China. mana tak berhantu kalau camtu... hehehehe 
"The villa was originally built in 1937 by businessman Aw Boon Haw, famous for the Tiger Balm brand of topical ointment, for his younger brother Aw Boon Par." kate Wikipedia la 
Teruskan perjalanan lagi melalui Vivo City... teringat plak mase dedulu gi Universal Studio Singapore bersama Arwah Abah Me. Naik monorel dari Vivo City ke Sentosa Island. Kisah USS tu boleh baca di sini. Kat jalan memang banyak la keter² mewah boleh nampak...

Sambil² melalui Telok Blangah Road tu, kelihatan di kiri jalan, sebuah masjid yang dinamakan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim. Sekali Me google pasal masjid ni. barulah Me tahu masjid ini masih di bawah takhluk Kesultanan Johor dan masih ditadbir oleh Jab Agama Islam Johor. Di sini juga terdapat makam kerabat Diraja Johor. 


Meneruskan perjalanan lagik... melalui satu lagi tempat bersejarah buat rakyat Malaysia suatu ketika dahulu iaitu Stesen Keretapi Tanjong Pagar. Stesyen ni telah ditutup pada 30 Jun 2011. Suatu kenangan buat rakyat mesia pasal tempat ni... sejarah lama di singapore...
\
Follow je mana Busu nak bawak tunjuk Me sekeluarga ke area Merlion tu. Akhirnya Busu gi car park kat the Fullerton Hotel. Mak aih, park kat hotel ka? cukup ke tak Autopass Me ni? Sekali tengok sib baik parking rates hanya SGD 5 jerk sekali masuk... weekend kan.. selamat duit Me.. hehehe

Senang ja masuk² parking kat hotel ni, naik tingkat atas ja dah kuar ke One Fullerton. Memang betul² menghadap ke Marina Bay Sands. Walking distance ja nak tengok Merlion tuh. 

Panoramic View
Ber'wepie' bersama keluarga Busu 
Kat bawah ni sume gambar² Me dan Famili Me dengan Merlion tuh.. macam² gaya kami buat... hehehe... biasala.. 1st time datang tempat ni.
 

 
Ade persembahan pada malam hari kat Marina Bay Sands la
Ade plak group buat performance kat stage area esplanade
Metropolitan City of Singapore
wife Me dan anak berjalan² di depan One Fullerton

Tengok Merlion sudah, tengok Marina Bay Sands sudah... perot pon dah mula mainkan lagu² rock.. sume dah flat.. lembik tak bermaya... anak kecik Me dah mula mengamuk².. nak tidor pon ade rasenye... Busu pon tanya nak gi makan sup tulang tak? memang tu la yang Me dan wife tunggu²... ape lagik... let's jom!!!! Busu plan nak bawak kat area Beach Road... dia kate sane tempat memang sedap, tapi melihat dari keadaan jalan yang sesak dan banyak orang pula di area tempat makan tu, Busu singgah kat Golden Mile Food Centre. Jadilah... janji dapat makan sup tulang merah


Sampai je kat area tuh... kedai makan dia kat bahagian bawah.. anyway mereka pon masih peka sensitiviti orang² Islam. Tray dan pinggan mangkuk yang mereka gunakan pon tak bercampur halal dan yang haram. Okla tu... Busu bawak kami makan kat kedai mamak, Deen.. Tulang Specialist tertulis kat signboard dia... "pakar tulang" wow.!!! kalah dokter ni.... nak kate harga mahal... tak la mahal macam kat Mesia... kalau SGD 15 tu dapat la 10 tulang. Lebih kurang seketul tulang SGD 1.50 la. Kalu nak dibandingkan kat Mesia tu.. kat Medan Selera Precint 9, Putrajaya. Ade kedai tu jual sampai RM 6 seketul tulang... nampak kan? dah la cair semacam jer... Anyway, kene ucap Thank You very² much kat Mak Busu sebab "payung" kami malam tu.  






Balik tuh... dengan rase hepi dalam diri Me dan famili balik semula ke rumah Oteh di Jurong East. Busu tolong guide Me ke sana. Malas nak pakai GPS. takot GPS bagi jalan jauh² dah tengah² malam ni. 
Sekian... habis... balik tido... sambung Last Day plak nanti.....



No comments:

Post a Comment