Thursday 13 October 2016

Arts of Penang... alahai.. fe'feeling' pelancong again

Seni? Pendidikan Seni kah?

Penang memang terkenal dengan lukisan² dinding atau dikenali sebagai Wall Arts. Kalau dedulu Me conteng dinding kat sekolah ke kat mana ke... kompem, akan digelar sebagai Vandalisme. Memang cikgu terus tarik telinga soh padam balik. 

Tapi lukisan vandalisme ni la yang menjadi tarikan kepada pelancong ke Penang. banyak la nama² pelukis popular yang conteng dinding kat penang ni. Antaranya ialah Ernest Zacharevic. Me dengan famili pi jalan kaki ja kat area bandar tuh. Sanggup berpeluh. Berjalan kaki dari Lebuh Campbell ke Lebuh Armenian. 

Peta ni sangat berharga bagi seorang pelancong

Sambil² jalan kaki tuh. Nampak la seni bina bangunan² lama yang tersergam indah semenjak zaman penjajah british lagik. Mungkin mase zaman tu, tiadalah sesibuk zaman sekarang.

Kalau heritage² building ni memang gemar orang buat cafe² hipster

Masjid Kapitan Keling yang dah berusia 215 tahun

Singgah sebentar untuk solat di Masjid Kapitan Keling. Masjid ni sangat bersejarah mengisahkan seorang Kapitan Keling dari askar British East India Company bina masjid. Di sinilah juga bermula masyarakat Chulia berkembang. Sebab tu senibina masih bercirikan senibina India. 

Sebelah masjid ni ade Nasik kandar femes kat Penang iaitu Nasi Kandar Beratur. tapi.... tak bukak siang²... kol 10 malam baru buka. Malas la Me nak makan nasik kandar malam²... jaga kesihatan la katekan...

Ni bukan beratur untuk nasik kandar beratur ya...kedai sebelah

Mase ni pulak dah lunch time. Lapar pulak Me dan famili. Singgah la satu cafe bernama Wheat Connection Bakery di Jalan Masjid Kapitan Keling. Makanan sini biasa² ja. Maybe chef dia Chef Nazeri tu pakar dalam pastri. Tak pula Me merasai pastri yang dia buat. Deco kedai memang cantik la.

  cantek kan deco kedai masterchef ni

Bertentangan dengan kedai ni, terdapat sebuah kedai emas permata. Memang agaknya, di sini lah berkisar Tuan Habib Mohamed membuka kedai emasnya. Sekarang dah upgrade la ikot perkembangan zaman.
ni la kedai Habib Jewels yang pertama di Malaysia

Gambar kedai Habib Jewels zaman dedulu

Tanpa buang masa, Me terus gi Lebuh Armenian. Memang di situ banyak la seni² dinding ni. Penuh sesak dengan pelancong. Me tahu pasal Lebuh Armenian ni pon dari blog² orang lain la.
 Jadik pelancong kene la beli topi... hehehehe☺

kedai basikal yang unik

Pertama sekali, Me tertarik dengan satu kedai basikal kat Lebuh Armenian ni. memang unik dengan basikal tergantung kat atas bumbung. Macam kes buat bunyik bising dalam citer Seniman Bujang Lapuk. "Tak nak bagi bunyik pon boleh" . Tak tanye plak Me name kedainya. Kedai basikal je la kot. Tepi lorong tu ade gak wall arts. 
 Uncle, Kasik roti bengali satu...
Tolak ape tuh bro, badan je sado
 Badan dia boleh kasik alih la... magik²
 kisah penarik beca zaman dedulu
aloooo... leh cakap hokkien tak??
Jalan kaki depan lagik skit, baru la jumpe gambar apek helmet takde span dok atas motor tu. Penat gak le Me kendong anak Me yang kecik tu berjalan. Nak sewa beca mahal la pulak. Nak sewa basikal pon bukan sumer reti naik basikal. (malas nak cakap kedekut sebenarnya... hehehehe☺)
 gambar minion dengan dinosor
 Sape ya player ni. No 27
 Tarik dinosor ni...hang nak pi mana?
Mana gambar Me..? Me just a photographer
 
Dapat juga la Apek helmet takde span dengan motornya, muke tak puas ati
Di larang merokok.... 
Actually, Me nak khabaq mai kat hangpa. Celah² lorong pon ade juga lukisan dinding ni. Kene la rajin carik. Slow². Kalau Me ngan wife Me ja gi, kompem abis sume wall arts Penang diterokai. Kalau ngan anak² ni kene kerap ade pit stop. Almaklumlah... orang tua.

 Gambar bruce lee flying kick seekor kucin
ni la Me cakap celah² lorong, mesti ade orang lukis gambar

Teruskan lagik perjalanan Me sampai le persimpangan yang menjadi tumpuan pelancong tak kisah le dalam negara atau luar negara. Penghujung Lebuh Armenian sebenarnya. Kat sini, ade la budak² kecik main beskal. Sambil telinga terhibur dengan busking dari uncle² otai yang main drum pakai tin milo, baldi, periuk belanga dan sebagainya. Betul² geng² recycle ni.

 Singgah amik gambar depan kongsi ni
 Handal pakcik ni, tengokla drum set dia... terbaik bukan
 Akak nak tumpang pon dah nanges... amacam ni?
 tolak laju², kecut budak kecik tu sampai nanges²
 baru cuit skit bahu dah nanges, anak Me tak nanges pon
 ni la acara paling Me suke, teringin nak jadik karikatur macam diorang ni 
Me hanya mampu berselpi, tidak pandai melukis karikatur

Sampai di sini saja mampu Me bertahan. Anak² Me dah kepenatan. Masing² nak balik dah. Abis terbakar kalori dan lemak Me. Perjalanan balik pon boleh tahan jauhnya. Nak sampai ke kereta tu, macam jauh ja..... kalau ade masa lagik, Me nak ke sana tengok lukisan² dinding yang lain. Tak boleh la nak cover sumer dalam masa sehari.