Friday 6 May 2016

Labour Day Drive Edition : JaLaN² Ke PuLaU sInGa PaKai DoLar $$$$$ (Day 4 - Last Day)

Hari ni hari isnin, cuti ganti hari pekerja semalam... harini juga Me dan famili kene pulang semula ke Malaysia. Selasa, Me dah start keje... Macam biasa, bangun pagi solat then lepak², after that breakfast umah Oteh. Konon² nak balik awal pagik... Last² dah nak kol 12pm baru nak gerak dari rumah oteh ke rumah Mak Long kat Clementi. mana tak nya. Oteh dah siap² masak pagi tu soh kami semua makan tengahari dulu sebelum balik. Pastu kene gi umah anak Oteh kat Bukit Batok plak. macam hari raya plak rasenya. 
Me tengok teksi sini mewah² (kaler itam tu ler) Chrysler 300C

Sampai je Bukit Batok tu... nampak la diorang tengah berkempen ade Pilihan Raya Kecil... naik lori pusing² blok.. kempen untuk parti pembangkang rasenya...

Lepas tu kami terus ke rumah Mak Long. Dah sampai sana, terfikir plak wife Me nak membeli kasut skolah untuk anak Me dan beras siam kat singapore ni. murah sikit la dari Malaysia. Mana nak carik? kene gi Clementi Mall la. Disebabkan harini public holiday, penuh memanjang parking sini. terpaksa parking jauh² dan kene plak bayar parking. phew.... Di area Clementi Mall tu ade FairPrice (supermarket). Fairprice Supermarket ni ala2 cam Family Store Supermarket kat Melaka,mane2 ceruk rantau pun dia ada. Harga barang fresh pon leh katekan murah la di sini. Berbaloi la dengan gaji di Singapore tu. Buah² dia amazingly  lebih murah harganya dari  mesia. E.g wife me bli Avocado SGD3.5 dpt tiga bijik. Bila dah convert RM pun still lebih murah dr mesia,pelagi kalu dpt gaji dlm SGD,mmg me ari2 minum alpukat gamaknya. Beras plak beras AAA SGD5.5 aje,tp brand supermarket ni la,kalu brand lain yg established mmg ada yg lebih mahal,tp sodap je me rasa,bau beras ni pun wangi len macam..wife me kata dari dulu dia suka mkn nasik org spore,ditambah ngan kicap manis kipas udang dpt ngan telur mata pun cukup berselera dah..tp dedulu ngikut mak naik bas g blk spore,mane nak dihangkut beras,kali ni br tertebus impian wife me tu..



Yang paling best kat sini, wife Me memang die hard fans durian... so sampai ke singapore pun tak boleh tengok durian ni. bau memang terbaik la jual kat tepi fair price ni. ape lagik... beli la wife Me dalam 3 peket SGD12. tapi durian pun rase ohsem, sodap n berlemak... 



Sekali Me terpandang pada satu papan tanda kat sebelah Mekde situ. Pasal Crime Alert. Kat situ tertera ade 2 orang kene tangkap pasal shoplifting kat FairPrice sana. Memang Khidmat Masyarat betul la kat sini. Bagi orang insaf tak mau mencuri. 


Pastu Me dan famili jenjalan kat area Clementi Town Centre nak carik kedai kasut. Beli la sepasang kasut buat anak Me yang dah sekolah tu. Kasut skolah getah xyah kapur.Kalu last time me carik kasut skolah dia kat GM Klang aritu kasut camni ala2 Crocs tu,wife me x berkenan..Yang ni dpt lawo le juga,ala2 kasut kulit nurse gitu.. rege dalam SGD15. Memang mahal juga la. Sambil tu jalan² la kat area sambil amik gambar...




Dah abis jalan² Town Centre dia... balik tu terserempak dengan polis tengah buat operasi... ntah ape yang dia carik sebenarnya. Tak pakai seat belt kot. Siap ade vid cam dipacaknya. 

Tapi... nak diceritakan, sebenarnya Me tak terus balik ke rumah Mak Long. Wife Me mencadangkan nak try gi area West Coast pasal nak gi carik sup tulang merah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Gamble ja gi sane. set lokasi dalam GPS dan terus gi. buat² macam tahu tempat tu. dah berpusing² jauh. hehehehe... rupe²nya nama tempat tu Ayer Rajah Food Centre and Market. Hujan lebat pulak tu. terpaksa Me jaga anak² Me dalam kereta. Wife Me ja yang pergi beli kat kedai mamak dalam tuh. Wife Me kate main carik ja mana yang ramai customer dia trus gi beli sana. 


Dah jumpe sup tulang merah tu.. terus balik gi umah mak long... rehat² sebentar.. dalam kol 5pm baru bertolak balik ke Malaysia.Smooth je perjalanan ikt 2nd link tp kat mesia dari batu pahat ke mlk jem x hengat. Me berjaya sampai ke Tg Kling Melaka dalam kol 9pm. boleh tahan badan penat. esok pagi² kene balik ke KL nak kerja.

Adiosss... tu saja cerita pasal pengembaraan ke Singapore buat tahun ni...






No comments:

Post a Comment