Wednesday 4 May 2016

Labour Day Drive Edition : JaLaN² Ke PuLaU sInGa PaKai DoLar $$$$$ (Day 1)

Selamat Hari Pekerja... Happy Labour's day..takat ni tu dua je bahasa yg me tau..
Sempena cuti panjang para pekerja bercuti ni me n family merantau ke Singapura...semenjak RM ni jatuh... rase SGD tinggi melangit pulak... rasenya dah setahun lebih tak ke sana. Kebetulan pula Pak Itam wife Me mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Singapura ni, so date ni dah cantik sgt2 utk kami ke sana. Anyway, persiapan awal sangat lah perlu, jangan buat selamba ja. nanti silap haribulan tak dapat masuk ke negara singa tu... kene dok JB je la. 

Persiapan:-
1) Pastikan passport international anda masih bernyawa. kalau boleh tarikh tamat 6 bulan la (tapi Me dan wife Me selamba ja kurang 6 bulan, bergantung pada pihak imigresen nak lepaskan atau tidak)
2) Tukar matawang RM anda ke SGD, mimpi le RM laku kat singapura ni
3) Jika membawa kereta ke Singapore ni, pastikan kereta anda mempunyai roadtax dan insurans yang masih belum tamat tempoh. Awal² masuk pihak LTA tengok roadtax... kalau expired, kompem kene patah balik la. 
4) Pastikan isi petrol ke, diesel ke penuh² kat Johor tu... macam Me masuk melalui Tuas, kat R&R Gelang Patah tu last stop ade stesyen minyak... (kalau isi kat singapore mahai la)
5) Pastikan kereta anda berada dalam keadaan yang sihat... kalau sakit... sakit plak nanti poket anda di sana.
6) Isi borang Disembarkation / Embarkation Form (boleh minta di kaunter imigresen singapore). kalau boleh lagi awal lagi bagus, tak payah kelangkabut nak isi mase di kaunter tu. 
7) Pastikan anda bawak Autopass keter anda, tak boleh tukar² dengan kereta lain (kalau 1st timer, boleh buat semasa di singapore, kat pejabat LTA selepas kaunter imigresen). kene bayar SGD 10 la, dalam ade SGD 4 ja... so kene topup kat kad autopass anda sebelum keluar. tol keluar masuk singapore Tuas (SGD 3.20 x 2). Kalu masuk tru Woodlands cheaper a bit tp slalu cam sesak sket.
8) GPS (Guna Pon Sesat). pastikan anda dah set siap² lokasi yang anda ingin pergi. kang jenuh nak taip² kat dalam kereta kat sana. kalau yang ade data plan untuk roaming tu boleh la guna WAZE dan lain² apps smart phone anda. (Me gune GPS je la, FOC kan)
9) sape² pakai smart phone yang ade NFC (Near Field Communication-hampun maap eh ipong lom ada) tu, install la siap² apps Singapore Transit Card Reader kat Google Play.

 Me dan siap²kan dalam satu fail macam ni, senang buat urusan masuk ke Singapore tuh

Me bawak kereta masuk melalui Tuas, isi minyak kat R&R Gelang Patah. then kene bayar tol Gelang Patah, barulah meneruskan perjalanan melepasi Kompleks Sultan Abu Bakar. sane Imigresen Malaysia akan lihat passport anda. tawakkal je la kalau tak bayar PTPTN tu.. kene blacklist, memang tak boleh keluar negara la. lepas kompleks tu... jalan terus ja naik jambatan... dapat la tengok keadaan sempadan Malaysia Singapore tu... tapi Me bertolak malam... so malap je pemandangan sekitar jambatan sib baik jugak xde kelibat any scene of Singapore Ghost Stories... hehehehe. :) 

Kompleks Sultan Abu Bakar dan Jambatan menuju ke singapore

Sampai je CIQ Tuas tu.. jangan plak nak menunjuk pandai kalu tak biasa... ikot la lorong yang di sediakan... kali ni pihak kastam singapore dah tunggu kat pintu masuk... siap tanye ade ape² untuk declare ka.. (biasanya kalau bawak rokok memang ni mende paling seram la..kalu my fil,perokok tegar mmg dia gelabah time nih,make sure bukak kotak dan amik satu batang rokok kuar, kalau tak kene tax la mende tuh...) abis sume celah² pintu, boot belakang sume dia check... masak la kalau kantoi... hehehe, after that baru gi ke kaunter imigresen. Kaunter imigresen booth yg open ade banyak, ade kiri kanan, pastikan buka tingkap depan dan belakang, sebab pihak imigresen ni nak lihat semua muka² yang ada dalam passport tuh.Kalu anak ada yg tido seme kena kejut..harapan supaya rambut kusut masai diorg 

CIQ Tuas

Lepas je imigresen singapore check passport dan pastikan dia chop passport tu... dan pastikan juga kad form Disembarkation tu dia dah amik. Embarkation form pula kita WAJIB simpan dan kene serahkan semasa pulang ke Malaysia nanti. so, JANGAN KASIK HILANG TAW. pastu jangan lupa masukkan Autopass yang ada kat mesin di kaunter imigresen tu. boleh download la cara² kat dalam website dia : - Autopass Card System Brochure 
Macam Me dah setaun tak masuk singapore, ade la mesej kate autopass dah expired. so kene pegi pejabat LTA untuk renew...apa yang diorang nak tengok hanya snap gambar roadtax, tunjuk kat diorang, dah setel... diorang akan renew tanpa bayaran... nak toupup? kat opis LTA ni memang takde topup service, mereka akan suruh ke 7E atau ke cashcard booth topup. (paling dekat dengan Tuas ni, di Jalan Ahmad Ibrahim).

tak jauh dari CIQ Tuas kene U turn untuk topup autopass

VEP? Vehicle Entry Permit... jangan risau la... 10 hari percuma untuk setiap tahun... kalau selalu sangat masuk memang dia charge la SGD 35 (monday to friday, 2am - 5pm) kalau cuti skolah sampai kol 12pm ja... so jangan takot²... ERP? Electronic Road Pricing aka tol xde booth pula jangan risau... kalau waktu² puncak memang kene SGD 5 flat rate perday... so nak jalan takde ERP lepas kol 8pm... mana² pon xpe... (tu yang ME buat la, siang² naik MRT la or jenjalan umah sedara je)

Setelah urusan di CIQ selesai, Me gi topup autopass tu kat tempat yang Me nyatakan seperti di atas tadi. nak memudahkan urusan car park di singapore ni. almaklumlah sumer kawasan perumahan dan kawasan letak kereta ade palang... so baca la kat papan parking dia tu... stended SGD 1 untuk sejam (7am-10.30pm). Free Parking Sunday & Public Holiday (7am-10.30pm saja), malam (10.30pm-7am) kene bayar SGD 4.  


Nak semak belen autopass atau transaksi autopass boleh tengok kat apps yang dinyatakan Me kat atas tu... Singapore Transit Card Reader... EZlink Card pon boleh baca juga. 
Lupe plak nak pesan...
kat singapore ni law dia strict skit..eh silap strict byk daa,kan tagline deme singapore-a fine city... bawak kereta tu jangan plak buat macam kat Mesia, bawak suke², laju².. AES ade je kat hiway tu... sama la ngan traffic light, sume ade camera... CCTV pon banyak...so anda2 akan melihat kereta2 powerful cam Ferrari,Porsche,Skyline,impreza seme di pandu dgn begitu sopan santun sekali..



Hmmm. ade lagik satu perkara yang memang orang Mesia pelik bile memandu di Singapore ni. Kat traffic light. Kebiasaannya kita hendaklah berhenti jika nak amik left turn or right turn. Tapi di sini, kita dibenarkan membelok jika tiada kenderaan dan selamat. Sesetengah traffic light junction siap ade kotak untuk kita berhenti di tengah² jalan.

Gambar dari google street view. kan ade kotak tengah junction tu untuk belok kanan

Sampai je rumah mak sedara wife Me, Oteh kat Jurong East tu dah pukul 12am lebih... ketuk punye ketuk pintu rumah dia rupenye salah rumah. rupenye Oteh dah sewakan rumah dia tu. dia duduk rumah yang sebelah. nasib baik takde orang dalam rumah tu. gi KL kate Oteh. angkat² barang sumer.. then bentang tilam... Me trus tido.. penat beb... drive dari KL ke Melaka amik MIL dan straight to Singapore... bajet nak makan sup tulang merah kat rumah orang kawen tak kesampaian sebab dah tiba lambat kat singapore tuh, waaaaaaa nak makan sup tulang T__T.

sekian.... sambung day 2 plak yer... 






No comments:

Post a Comment