Thursday, 5 May 2016

Labour Day Drive Edition : JaLaN² Ke PuLaU sInGa PaKai DoLar $$$$$ (Day 2)

Sabturday 30 April 2016

Pagi selepas bekfes:-
■ Wife Me ajak Me gi buat morning walk. Konon² nak exercise la pagi². Mata mengantuk ja. Malam tido lambat. Sampai Singapore pon dah kol 12am.

■ Turun bawah blok je pon. Ade fasiliti untuk exercise. Nak jog ke, nak main Basketball ke, Playground pon ade. Tak payah gi taman atau padang nak lakukan aktiviti sihat ni.

■ Wife Me ja bawak sport shoes. Dapat la dia gi jog pusing² ikot track yang ade kat blok tu. Me dok la jaga anak kat playground.

■ Ade plak warga singapore ni bawak pet dia. aduhai. Bukannya ape, najis berat tu.. ehehehe.. kang kene samak plak. Takot Me nak bagi anak² Me main berdekatan dengan menatang tu.


Ber'wepie' dengan famili Me. 

■ Lepas dah buat morning walk tu, anak² Me pon dah syiok main kat playground tu, jalan pulak kat area² berdekatan blok tu. Saja² nak pusing². 


kebanyakkan kat sini pakai moto beso

Nak juga amik gambar nampak bas 2 tingkat tu

kat pintu masuk blok kediaman

♥☻Tengahari waktu LunchTime ☻♥

■ Balik rumah, rehat² badan, tido kejap, mandi dan siap² nak ke kenduri kawen anak Pak Itam pulak kat Teban Vista, Teban Garden Road. 

■ Sumenye dah set dalam GPS tu... kalau tak sesat la Me. tak pasal terlalu ERP dah rugi... 

■ Kad jemputan ade tapi klasik sangat peta nya... macam peta geran tanah pon ade.

Masih tak percaya cakap Me? Macam Geran Tanah punye peta

■ Kenduri kat singapore ni memang meriah la... makanan pon mewah... 

■ Orang Singapore panggil 'kenduri' tu 'jemputan'. So kene paham le yer terminologi.

■ Dengar cerite dari Pak Itam, kos untuk katering saja SGD 13,000 untuk 1000 pax. Tapi lauk pauk memang meriah la... tak macam kenduri kat Malaysia ni. Nasik Minyak + Lauk (Ayam Merah + Daging masak itam + Udang beso sambal + Sayur + Sambal Goreng + Kuah Dalca) + Air + Bubur kacang merah + Kuih muih (banyak jenis) +  fruit cocktail... memang berbaloi la kalu macam tu banyaknya... tu tak termasuk yang meja gula² lagik... 

■ Me ngan famili pon sampai dah dekat kol 2pm.. so memang time ngan ketibaan pengantin... 

■ Kat Singapore ni, kalau ade majlis kawen, kompem ade silat pengantin. Aiseh gamba takde la pulak. Adat Melayu memang kuat sungguh² la kat sini.

Ketibaan Pengantin Lelaki

Sini takyah dewan bagai... buat bawah blok ja

Air Batu Malaysia ??? nape tak bagi name ais krim singapore jek

Meja gula² memang kegemaran anak² Me

Pelamin pengantin buat dalam dewan macam ni ja

Wife Me dan Mak Long dan Kak Long

MIL dan famili Busu dan Oteh

MIL Me dengan Keluarga Busu dan Pak Oteh

■ Sikit ja gamba yang sempat Me amik. Gambar dengan pengantin pon tak sempat. gara² melayan kerenah anak Me yang kecik tu... terpaksa la layankan main playground tengah² panas terik sebelum hujan lebat.

Gelagat yang betul² lasak memang penat badan dibuatnya


Selpi ngan wife skit... kat Teban Vista
Ber'wepie' bersama famili dan anak² sedara

■ Biasa kat bawah blok kediaman akan disediakan fasiliti untuk bersukan macam ni. Kalau la kat mesia ade mende ni. Lama dah kene jual besi buruk ☺

■ Kenduri tu berakhir jam 6pm la... setended macam kat Malaysia la. petang tu kemas² siap² tapaw la lauk tu memang banyak sangat. mewah la kenduri kat Singapore ni.. berbaloi la kalau dengan gaji begitu. 

■ Me dan famili balik singgah ke Clementi plak. Sane ade rumah Mak Long, Busu dan Kak Long. Nak berehat, anak Me pon nyenyak tido, sambil² nak tunggu kol 8pm baru leh jalan² malam tanpa kene ERP. 

Lepak malam² kat Clementi Town Centre.. takde orang, sume kedai dah tutup

♥♥☺Malam selepas kol 8pm☺♥♥


■ Me dan famili start keter... terus ja meluncur ke pusat bandar. GPS dah set siap² Orchard Road.

■Kalau waktu siang memang sah² ade ERP. nak melihat keadaan bandar Singapore pada waktu malam. walaupon kedai banyak dah tutup.

■ Kalau lalu time krismas kompem meriah Orchard Road ni.. (so, nak jalan bandar tunggu ujung taun la)

■ Lalu plak depan Takashimaya... memang nya Department Store yang berasal dari jepon yang dah ujud sejak tahun 1831 lagi...  sama macam SOGO la (kat singapore dah bungkus)... awal² kewujudan kat Jepun dedulu, kedai diorang ni jual kimono jek..sekarang macam² ada... (refer wikipedia juga la)

Melalui Alexandra Rd nampak plak IKEA kat situ

Takashimaya (mall orang japan bawak masuk, macam SOGO)

Butik Gucci sebesar² nya

■ Balik tu ikot la Killiney Rd... barula Me sedar selama ni Killeney Kopitiam tu memang berasal dari Singapore. Patutla bangunan² kat sana macam old skool ja... dah macam kat Ipoh plak Me tengok. 
"Killiney Kopitiam is a Singapore-based chain of mass-market, traditional kopitiam styled service cafes selling toast products (notably kaya toast), soft-boiled eggs and coffee. Killiney Kopitiam founded by Ah-Gong in 1993 and starting their business along the busy streets of Killiney Road" ~kate WikiPedia la

 

Killiney Road... memang terkenal dengan Killiney Kopitiam nya



■ Balik trus ke Jurong East, tidor dengan nyenyaknya... sekian... sambung Day 3 plak la.


No comments:

Post a Comment