Tuesday 31 May 2016

Cuti Skolah Drive Edition : Pi Pineng Baq Ang Chapter 1

Chapter I (Day One)
Hari ni, Me nak buat konsep macam baca cerpen plak la… Cube belajar menulis. Me nak bercerita mengisahkan Pengalaman Mengembara Di cuti Sekolah 2016.

☺Kisahnya bermula begini. Pada cuti pertengahan persekolahan 2016, Satu keluarga yang terdiri daripada seorang abah, Me yang mempunyai isteri yang cantik bernama, Miem serta tiga cahayamata iaitu, Sha (anak sulung), Hafiy (anak kedua) dan Zahin (anak bongsu) telah merancang sebuah percutian ke Pulau Pinang. Mereka sekeluarga mengambil peluang cuti persekolahan kali ini untuk menziarahi makcik Me yang baru lepas urusan pembedahan minggu lepas. Di samping itu, mereka berpeluang ke Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai Pulau Mutiara sambil menikmati musim raja segala buah di Malaysia, iaitu buah durian.

“Sayang, lama dah kita tak gi makan durian. Kali ni pasti kita dapat makan durian bukit kan?” berkata Miem kepada suaminya.
“Abah, kami pon nak makan durian. Hmmmm, sedapnya..” ujar anak² Me.

☺Persiapan untuk bercuti di Pulau Pinang ini sudah dimulakan dari hari Khamis malam Jumaat lagi. Perancangan setiap aktiviti telah pun disiapkan. Me dan isterinya, Miem, siap menulisnya di dalam sebuah buku catatan supaya tidak berlakunya proses pelupaan. Al-maklumlah, Me kini sudah berusia. Malangnya, semasa perjalanan, buku tersebut tertinggal di rumah mereka di Bangi. Kelakar bukan? Seperti yang telah diceritakan pada awal tadi. Sudah lanjut usia si Me ini.

☺Perjalanan jauh ini telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Me dan isterinya, Miem telah mengejut bangun anak² mereka seawal pagi seperti mana hari kebiasaan ke sekolah atau ke tempat kerja. Me telah sibuk menyiapkan sarapan pagi iaitu roti sandwich bagi mengalas perut semasa di dalam perjalanan, manakala Miem sibuk menguruskan bagasi² yang ingin dibawa bersama.  Perjalanan keluarga Me telah bermula pada jam 8 pagi lagi. Aduhai, hampir terlupa, hari Jumaat kan masih lagi hari bekerja dan sekolah, jalan² menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya memang la sangat sibuk dan sesak. Mereka telah menggunakan lebuhraya Elite dan seterusnya ke lebuhraya Guthrie untuk ke utara Malaysia tanpa melalui Kuala Lumpur bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

“Kalau ikot WAZE pon, dia kate kene ikut jalan Elite dan Guthrie” kata Me kepada isterinya, Miem.

☺Perjalanan mereka diteruskan dengan melepasi kesesakan di kawasan USJ dan Shah Alam. Akhirnya, mereka telah selamat sampai ke Tapah. Jika mengikut itinerary asalnya, mereka akan berhenti sarapan pagi, lontong di Restoren Allong, Ipoh Garden,  Ipoh, tetapi atas kelewatan dan kesulitan yang dihadapi, mereka meneruskan sahaja perjalanan ke Pulau Pinang.

“Sayang, kalau kita naik kameren nak tak?” bertanya Miem kepada suaminya dengan seribu harapan.
“Sayang nak beli ape? Kalau jalan tak jammed boleh la kita try”  jawab Me.
"I nak carik madu kameren, kan stok kita dah abis" kata Miem kepada suaminya.

Lantas si isteri, Miem mengambil telefon bimbit, Iphone 6 nya melihat aplikasi WAZE dengan harapan jalan ke Cameron Highland ini tidaklah sesak. Kebiasaannya jalan ke Cameron Highland ini memang sesak disaat cuti sekolah.

“Jalan tak jammed la, Sayang. Jom kita gi. Sayang okay tak? Boleh drive tak?”  Miem berharap suaminya, Me menerima cadangannya itu.
“Kalau jalan okay, I pon okay je”  jawab Me kepada isterinya.

Alangkah gembiranya Miem mendengar jawapan yang bernas daripada suaminya. Perasaan yang gembira dan mengujakan tidak boleh digambarkan lagi. Lantas mengatakan kepada anak²nya mengenai persinggahan ke Cameron Highland itu. Sha pula merasakan tidak mahu ke Cameron Highland. Dia akan merasa mabuk dan akan muntah jika menaiki kereta ke Cameron Highland. Namun apakan daya, Sha terpaksa mengikuti kehendak mama dan abahnya ke Cameron Highland. Miem berpesan kepada Sha supaya menutup mata disaat kereta melalui jalan bengkang bengkok ke Cameron Highland itu.

MeInMyMug™
Permandangan indah ketika menaiki Cameron Highland
Sampai sudah ke Cameron Highland
☺Setibanya di pertengahan jalan di antara Simpang Pulai – Cameron Highland itu, kereta yang dipandu oleh Me melalui satu kawasan tanah runtuh. Kawasan itu masih dalam pembinaan kawasan pencerunan bukit serta terowong.

“Aik, lama dah kawasan tanah runtuh ni. Dah setahun lebih rasenya tak siap² lagi” kata Me kepada isterinya sambil memandu di kawasan tersebut. Jalan berkenaan terpaksa dibuat satu laluan sahaja kerana pembinaan terowong tidak siap lagi.
Kawasan tanah runtuh
☺Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Kampung Raja. Kenderaan mulai sesak di kawasan itu. Budak² sekolah baru sahaja menamatkan sesi persekolahan. Jalan² sesak disebabkan ibubapa mengambil anak di sekolah. Akhirnya, mereka semua selamat sampai ke Kea Farm. Memang itulah destinasi yang ingin di singgah oleh isteri Me. Niat di hati Miem ingin membeli stok madu lebah Cameron Highland di sini dengan harapan bakal mendapat harga yang murah. 

☺Setelah meletakkan kereta di tepi jalan dengan sambil memastikan keselamatannya, keluarga Me telah ke pasar Kea Farm tersebut. Tempat pertama yang dituju ialah gerai madu lebah, Highland Apiary Farm. Di sini, pelanggan boleh melihat sendiri sarang lebah (honeycomb) diletakkan bersama dengan madu lebah yang disediakan. Miem telah membeli dua botol besar yang berharga RM 30 setiap satu (harga dah naik) dan dapat percuma satu botol kecil yang berharga RM7. Kemudian, keluarga Me meneruskan ke gerai lain menjual sayuran untuk membeli sayuran Cameron Highland. Murah² harga yang dijual di sini. Mereka kemudiannya terlihat satu gerai yang menjual lobak merah yang dikatakan 'Carrot Ginseng' oleh peniaga di sana. Miem membelinya untuk mencuba, pada rasanya memang lobak merah yang berkemungkinan pendek dan berbentuk sahaja, tiada yang istimewa mengenainya lobak ini. Hanya nama glamour yang diberikan seolah² berkhasiat oleh peniaga tersebut. Akhir sekali, keluarga Me ke kedai menjual buah stroberi. Miem hanya membeli 2 pek buah storberi sahaja. Besar² buah stoberi yang dijual di sini. 
©Travel Info©
Di kawasan pasar ini ade pelbagai produk Cameron Highland dan juga produk bukan dari sini. Contohnya, jagung dari kawasan Perak dikatakan jagung Cameron, Buah jambu batu yang diperam air gula warna hijau, merah dikatakan sebagai 'jambu apple', buah oren besar² yang dipercayai buah oren import dikatakan ditanam di sini juga. Pendek kata, sentiasa beringat semasa membeli produk di sini.
 Gerai menjual madu lebah ini memang destinasi fevret keluarga Me 


 Oren dan Lobak merah (carrot ginseng katenya) 
 Sekitar pasar Kea Farm
 Peniaga menjual Strawberry
 “Jom amik gambar kat sini” cadang Miem kepada suaminya. Lantas Me mengambil keluar telefon bimbitnya untuk mengambil gambar. Ada bermacam² gaya keluarga Me buat termasuklah ber’wepie’ mengikut trend terkini.  


“Kami laparlah” Sha dan adik² mula memegang perut masing² sambil membuat muka kelaparan.
“Jom la kita balik, nanti leh singgah kat kedai makan yang kat bawah tadi tu” kata Me kepada anak²nya.

Ma pula terasa ingin ke kawasan kedai yang berhampiran kawasan meletakkan kereta tadi iaitu Kea Garden. “Jom kita gi kedai hujung tu, macam ade kedai makan je” ujar Miem kepada suaminya.
“Ade kedai makan la, macam halal je” kata Me kepada isterinya. Perut Me juga terasa lapar.

☺Setibanya di hujung kawasan kedai itu. Terlihatlah sebuah cafe menjual makanan. Nama cafe tu ialah Sinar Hijjaz Café. Di sini, terlihat ramai juga pengunjung pasar Kea Farm singgah menikmati makan tengahari sambil menyaksikan permandangan indah di kawasan itu. Cuma kawasan café tersebut banyak lalat yang berkemungkinan datang daripada baja² organik yang digunakan di kawasan pertanian sayur² dan bunga di sini. Namun, kelaparan yang memuncak ini menyebabkan keluarga Me tiada pilihan lain melainkan bersetuju untuk berhenti makan di sini. Me memesan makanan nasi goreng ayam, Miem dan Sha pula memesan nasi ayam. Manakala Apie pula memesan nasi goreng cina. Dalam tidak sampai beberapa minit, makanan yang dipesan oleh keluarga Me ini siap dan dihidangkan kepada mereka. Makanan dan minuman di café ini tidak kurang enaknya. Me mencuba air Fresh Stawberry Juice yang dipesannya tadi, lantas berkata “terbaiklah!” Me mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mengambil gambar minuman dan makanan yang mereka pesan untuk dimuatkan di dalam blognya. Sambil² menikamti juadah makan tengahari yang enak itu, Me mengambil gambar ‘wepie’ dan ‘selfie’ bersama keluarganya. Café ini kepunyaan orang Melayu dan turut menyediakan surau bagi pelanggannya menunaikan kewajipan kepada tuhan yang Maha Esa.
Sinar Hijjaz Cafe tu terletak di hujung jalan 
Permandangan Hotel Copthorne  
Permandangan indah dari kafe ini
wepie dengan makanan skali
Sweet manis macam gula²
 Minuman Fresh Strawberry Juice ngan nasi goreng ayam
☺Setelah siap mengerjakan solat, keluarga Me meneruskan perjalan turun dari Cameron Highland untuk ke Pulau Pinang. Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Me teruskan memandu sehingga ke Simpang Pulai, Perak dan berhenti seketika untuk mengisi penuh petrol kereta mereka di stesen Petronas yang terdapat di kawasan itu.

“Boleh tahan minyak keter ni. Dah tinggal satu senggat ja” kata Me kepada isterinya.
“Kene isi minyak dulu la, Sayang. Kang tak sempat plak nak isi kat hiway” cadang Miem kepada suaminya.
“Kenape cepat sangat makan minyak macam tu?” bertanya Miem kepada suaminya.
“Dah jalan naik bukit corner² macam tu, memang cepatla minyak abis” jawab Me.

Sambil mengisi petrol di stesen minyak tersebut, anak² Me ke tandas. Me pula membeli air untuk diminum kerana perjalanan keluarga mereka masih lagi di pertengahan jalan. Perjalanan diteruskan semula setelah 15 minit di stesen minyak tersebut. Melalui Tol Simpang Pulai terus ke Batu Kawan. Di dalam perjalanan itu, Miem, isteri Me melihat pokok² durian di sepanjang perjalanan. Kelihatan beberapa batang pokok durian sudah mempunyai buah durian. Tiba-tiba..

“Sayang, singgah kat Bukit Merah jap, nak beli kacang rebus untuk Makcik” kata Miem kepada suaminya.
“Ha’ah la, terlupe pulak I. Jom la singgah jap” Me menjawab.

☺Me memandu terus ke kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Bukit Merah) untuk membeli kacang rebus yang sememangnya menjadi makanan kegemaran Makcik Me. Setibanya ke kawasan tersebut, memang suasa sesak bak cuti hari raya. Tempat letak kenderaan pun penuh dan Me terpaksa menunggu sebentar sehingga ade pengunjung R&R tersebut keluar. Nasib memang selalu menyebelahi keluarga Me setelah membaca doa, akhirnya, Me berjaya meletakkan kereta di tempat yang disediakan.

“Sayang beli la satu yang RM 6 punya untuk Makcik, satu lagi RM 3 untuk kita makan” kata Miem kepada suaminya.

Me pergi bersama anaknya Sha ke gerai yang menjual kacang rebus itu. Hanya ada satu sahaja gerai yang menjual kacang rebus di sana. Memang kebiasaan Me sekeluarga akan singgah sebentar di gerai ini untuk membeli kacang rebusnya. Memang enak rasa kacang rebus mereka. Setelah selesai urusan membeli kacang tersebut, keluarga Me meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.


☺Menyusuri jambatan sepanjang 24km ini yakni jambatan terpanjang di Asia Tenggara setakat, dibina memakan kos bernilai RM 4.5bilion dan siap pada Febuari 2014, Me berkata kepada anak²nya. “Tengok tu, laut, ade kapal. Depan tu, tengok Pulau Pinang”. Lantaran itu, anak² Me menjengah ke tingkap kereta untuk melihat permandangan indah lautan biru serta kapal² yang berdekatan dengan jambatan tersebut. Pengalaman ini bukannya selalu dapat dilalui oleh keluarga Me. Mungkin setahun sekali baru dapat melalui jambatan yang menghubungkan tanah besar Pulau Pinang ke kawasan pulau. Kawasan² di Batu Kawan tersebut masih belum membangun sepenuhnya. Kelihatan kilang BOSE, kilang SanDisk dan kilang Boon Siew Honda di kiri jalan. Kawasan IKEA dan perumahan masih dalam proses meratakan tanah tetapi iklan di dinding hording sudah tertera.

Jam menghampiri jam 6.00 petang, keadaan jalan di kawasan perindustrian Bayan Lepas semakin sibuk. Pekerja² kilang baru pulang daripada tempat kerja masing². Jenuh jugalah kereta keluarga Me untuk melepasi kesesakan jalanraya lebih² lagi di kawasan Bulatan Sg. Nibong dan Bukit Jambul. Akhirnya keluarga Me selamat sampai ke rumah mak saudara Me, Mak Ngah yang terletak di Kampung Tersusun Sungai Ara. Makcik Me tinggal di sana setelah selesai urusan pembedahan pada Isnin yang lepas. Sepupu dan mak saudara Me inilah yang menjaga Makcik Me. Setibanya di rumah, kelihatan sepupu dan mak saudara Me ini tiada di rumah kerana menghantar anak² sepupu ke stesen bas yang terletak di kawasan Tapak Pesta Pulau Pinang Sungai Nibong. Memang kawasan sesak la saat ini. Namun, di rumah itu, sepupu Me yang selalu dating melawat mak saudara Me datang menziarah. Mereka juga mengajak isteri Me, Miem untuk ke pasar malam di Jalan Tengah,Sungai Ara. Me jugalah tinggal di rumah itu menjaga si Zahin. Ma keluar bersama anak²nya yang lain ke pasar malam Sungai Ara. Dalam setengah jam jugalah mereka semua di pasar malam itu dan membawa pulang pelbagai jenis makanan. Merasalah juga mereka menikmati makanan seperti serabai, laksa penang dan popiah basah pasar malam itu. Maka, perancangan mereka untuk mencari makanan di luar dibatalkan pada malam itu.
Me dan Miem bergambar bersama sepupu dan mak² menakan
Setelah berbual-bual panjang bersama mak saudara dan sanak saudara Me, keluarga Me mengambil kunci rumah Makcik Me untuk ke rumahnya di  Taman Sungai Ara untuk bermalam. Malam itu, keluarga Me tidur dengan nyenyak disebabkan kepenatan perjalanan mereka ke Pulau Pinang ini.

Ini la rumah pusaka yang menjadi penginapan Me sekeluarga

Sekian, sambung ke Chapter 2 (Day Two) pula. 

Tuesday 24 May 2016

#throwbackstories : from BEIJING with LOVE - Chapter IV

Day 4, 11/1/07 (Thursday)
Hari ni, seperti biasa, lepas bekfes, kene la bergegas ke bas pelancong yang awal² pagi dah tunggu kami. Dalam rombongan ni, kalau lambat kene menyanyi. Me dan wife cukup la takot biler nak kene nyanyi depan orang ramai. Pemalu la... hehehehehe
Hari ni, rombongan Me dibawa oleh isteri kepada Andika, Azlina. Kitorang panggil Altantuya ja. Andika dikatakan mempunyai kerja di opis dia kat radio china tu. Tugas dibawa oleh isterinya yang fasih berbahasa Indonesia. Rombongan di bawa ke satu kilang pembuatan sutera china, Beijing Dizen Silk Products Co. Ltd. Di sini tour guide kilang tu menceritakan serba sedikit mengenai kitaran hidup rama². Nape plak kisah rama² diceritakan kat sini. Sape² yang belajar Sains kat sekolah, pasti akan tahu mengenai kepompong. Bermula dari telur rama²--> Ulat Beluncas --> Kepompong --> Rama². So, diorang ni ternak rama² banyak khas untuk pembuatan sutera ni. "Kepompong ini pula bersifat mite proof, bacterial decease proof dan water proof, sangat menakjubkan ciptaan Ilahi ni. terbaik." 
Kemudian, rombongan dibawa ke suatu tempat di mana proses pengasingan kepompong ni menjadi kain. Proses memasak kepompong ini dilakukan lebih kurang sejam setengah untuk memastikan kepompong itu lembut dan mudah ditarik. (cuba tengok gambar di bawah tu). Tour guide tu tunjuk juga final produk yang dah menggunakan 70 biji kepompong. (dah macam kopiah plak Me tengok). Dia berkata lagik, mende ni bleh di tarik sampai menjadi comforter. Telap air plak tuh. memang tak basah la kalau kene hujan. hehehehehe.  
Depan kedai Dizen Silk
 Beijing Dizen Silk Products Co. Ltd.
 Citer sesikit pasal produk mereka
Baju² Maharaja dan Maharani China dibuat dari China Silk
 Ulat beluncas
kepompong kasik demo skit

 Proses menarik kepompong
Yang ni dah 70 kepompong ditarik
 Pekerja menunjukkan demo buat Comforter
Material sutera (macam spider web)
Lepas tu, tour guide bawak rombongan ke suatu kawasan pembuatan comforter. Memang ni la tujuan asal mereka. Dah sah² orang mesia ni kan suke membeli mende² ni. Alah, conforter kan.. kalau orang kebanyakkan panggil sebagai TOTO la. Demo la sesikit macamana diorang tarik kepompong tu jadik comforter. Memang halus la, sejok plak tu. Time ni la diorang promo barang mereka. Ade jual dari saiz single bed ke CA King. Harga plak mengikut berat. So kalau berat dalam 1kg lebih kurang RMB380 dan 1.5kg lebih kurang RMB480. (tu harga masa tahun 2007 la). Macam² la diorang promo. Siap pek nipis² bagi senang nak bawak balik masuk ke dalam beg. Seperti biasa Me ngan wife tengok jela. Yang mak² datin kompem beli la. Depan sikit tu juga ade kawasan jualan kain silk, tapi regenya la plak yang tak boleh tahan. hehehehe... mahal kot. Kain nak buat baju kurung pon ade.. Siap tulis "BAJU KURUNG" Material 
 Saiz comforter yang dijual kat sini
 Jangan risau, kami akan buat pek macam ni, senang bawak balik
 Kain sutera yang dijual di sini
Khas untuk buat 'baju kurung'. Nampak sangat orang mesia suke datang
Me buat macam nak beli, rase la lembutnya kain sutera tu
Habis ja berjalan kat tempat sutera ni, rombongan dibawa ke satu tempat kawasan Sukan Olimpik Beijing 2008. Mase ni, Stadium Bird Nest masih lagik dalam pembinaan. Memang nampak la cantik dari dalam bas ni. Bas tu berenti plak kat area berdekatan. Ingat nak ke kawasan perkampungan olimpik tu, rupenya ke kawasan kedai Derun Jewelry City. Me tak taw la kalau² pembaca pernah ke tempat ni semasa di Beijing. Maybe dah tukar nama jadik Olympic Sponsor Jewelry City (rasenye la, sebab banyak sangat kene scam kat sini). Tempat tu terletak di kawasan bawah tanah. Depan pintu masuk tu ade la Jade berbentuk tongkang. memang follow je la masuk kawasan tu. Cantik² batu² yang dijual kat sana. Wife Me pon memang berkeinginan nak membeli, tapi, pasal bajet. Tengok je la. Tak lama lepas tu, rombongan Me dibawa masuk ke satu bilik untuk demo. Tetiba ade plak sorang mamat cina ni masuk, memperkenalkan diri sebagai orang mesia. bekerja dengan pakcik dia kat sini.(kalau baca orang lain punye pengalaman, dia kate dia orang Penang buat bisnes ngan kawan² dia kat sini), so kira macam tokei beso la kat sini. Konon² sedeh, berjauhan dengan mesia. Teringat lepak kedai mamak bagai. Makanan mesia bagai. ntah la. Macam 'scammer' nak mengaut untuk dari poket orang mesia pon ade. Mula² dia bercerita la kat rombongan Me pasal Jade punye kelas. Ade kelas A, yang terbaik la, Kelas B yang dah dicampur dengan plastik material dan Kelas C, kelas B tu campur lagik dengan kaler. Dia tunjuk juga la macamana nak test kelas² Jade ni. Paling senang dia kate, gosok pada cermin. Kalau kelas A tu, terus kaca pecah. Kalau B dan C calar la cermin tu. Pastu, barula dia promote barangan kat kedai tu. Dia kate jangan risau, sumer nya ORI, takde TIRUAN. Harga plak dia kate, dia leh bagi diskaun kaw² punye. Ntah ye ke tidak. Layan je la. 
 Kelihatan Stadium Olimpik Beijing 2008 masih dalam pembinaan
 Gelang Sapphire beriban² regenya
 Mamat ni cakap dia orang cina mesia (slang pon macam cina mesia)
Tunjuk demo kasik pecahkan kaca pakai gelang jade
Habis ja melayan mamat mesia kat sini, Rombongan Me dibawa ke satu kedai makan kat area² situ juga la. Nama kedai makan tu Sai La Ma Can Ting Melihat ke dalam kedai tu, memang banyak la orang mesia dah dibawa ke sini. Masing² tinggalkan name card kat situ. Tampal kat dinding kedai bagai. Me plak takde name card, so tengok je la. 
Sa La Ma Can Ting Restoren (muslim halal)
Pastu, rombongan Me dibawa pula ke tempat shopping kat mana ya. Maybe kat Silk Street kot, Kat sini ade la Kedai Sofia. Memang sembang cakap melayu je la. Tawar menawar sume dalam Melayu. memang terbaik la. Tak yah susah² nak cakap cina. Dia banyak jual produk langsir², alas meja, cadar dan banyak lagi. Sepanjang dalam kawasan ni, Me tak le amik gambar. Banyak kedai la dalam bangunan tu. Kebanyakkan yang Me ngan wife Me lalu, sume nak sembang cakap Melayu. "Mulah.. Mulah... " 

Peniaga ni sembang cakap Melayu, mudah nak deal
Lepas ja shopping, Me dibawa ke satu masjid yang telah berkurun lamanya di muke bumi China ni. Masjid tu memang bersejarah la. Nama masjid ni adelah Masjid Madian terletak di Haidian District. Dibina pada zaman Kangxi, zaman dinasti Qing (1661-1772).


Habis ja bersolat kat Masjid Madian ni, Rombongan Me dibawa pula ke kawasan untuk minum petang. Mana lagik kalau tempat ni popular buat rakyat mesia. Minum teh la. Mengeteh dulu bak kate Me. Dr Tea name tempat ni. Kat sini Me ditunjukkan demo penyediaan tea secara tradisional. Ade la amoi² tukang bancuh tea, bagi rombongan rase. Kat sini memang diorang attract pelancong supaya beli produk tea mereka. Nak beli? hehehehe tepuk poket dulu la, tanye duit... memang mahal² tea dijual di sini. Me sampai kat mengeteh ni dari kol 5 petang sampai ke malam. 



Amoi² bancuh tea bagi rase
Tadah tea kat teapot besar
Tea yang dikeraskan menjadi gunung camni

Dalam kol 6.30pm tu, rombongan Me dibawa makan malam kat Restoren yang awal² Me sampai dulu, A Fun Ti, untuk makan malam. Kat sini memang setiap malam ade persembahan pentas. Malam ni juga, rombongan Me dihiburkan oleh tarian gelek, belly dance la bro... Dah macam Shakira dah depa ni. Ramai gak yang sama² bergelek dengan penari² tuh. Enjoy sakan deme.

Begambar bersama wife Andika
Berdansa mereka ni



memang betul² belly dancing la 
Group photo la bersama penari²

Balik tu terus ja ke hotel penginapan then tidoq. Me memang dah demam dah mase ni. Start dari datang tu dah selsema. Sambung Chapter IV plak