Wednesday 10 August 2016

Nak makan ShellOut? Tapi pokai dan Bajet tarak. Ini lah lokasinya...-->

ShellOut?Cengkerang Keluar. Kiensara Kitchen

Setelah melihat rata² kengkawan dalam muka buku menikmati hidangan 'Shell Out' yang murah serendah RM15 seorang. Lokasi kedai tak jauh dari rumah Me. Kat area Teras Jernang ja. Alah dedulu ade kedai Burger Bakar Abang Burn. 

Me cuba untuk 'walk in'  ke kedai tersebut pada Hari Ahad yang lalu. Namun, perasaan keciwa melanda di dalam hati setelah meng'Google' kedai tersebut, kedai tersebut hanya menerima 'booking' saja. Me kemudiannya mem'book' untuk hari Isnin, namun jawapannya tetap sama. Penuh la...

Me terus mencuba lagik mem'book' untuk hari seterusnya. Akhirnya diterima. Aktiviti 'Shell Out' ini hanya bermula pada pukul 6.30pm sehingga ke 10.30pm dengan 3 sesi. Pilihan sesi terakhirla pilihan keluarga Me. Barulah boleh 'syiok' melayan keenakkan makanan laut tersebut. Takde la orang lain tertunggu² kita kat tepi meja... (adeke macam tu?)

Sekali mencuba 'Shell Out'  ini. Me terus nak jadi juri "Masterchef"... "Hmmm... hidangan nampak menarik, dari segi rasa...ade 'balance'... macam sweet sour... Tempat makan pon cantek... macam butik... tapi..... kurang luas...dari segi 'food'... sangat bagus... tapi hanya ade 2 ketam + 4 Scallop + Sotong goreng tepung + lala" (Nama pon 'shell out' bajet... janganlah bajet ade lobster bagai macam restoren 5 star.) Minuman kat sini memang 'free flow'. Nak tambah nasi HANYA RM0.50 semangkuk... mana nak dapat weh...

Anyway... kedai Kiensara Kitchen ini better than kedai "Shell Out bajet BAGUS" macam pernah Me kisahkan dalam blog ini. Post lama² dulu la... Me sekeluarga hanya makan dan membayar sebanyak RM 31.50 setelah menambah 3 mangkuk nasik. MURAH bukan??? Perot kenyang, hati girang, mata pon senang tidor... Sekian... (jangan lupe tengok gamba² kat bawah ni)












No comments:

Post a Comment