Thursday 13 October 2016

Arts of Penang... alahai.. fe'feeling' pelancong again

Seni? Pendidikan Seni kah?

Penang memang terkenal dengan lukisan² dinding atau dikenali sebagai Wall Arts. Kalau dedulu Me conteng dinding kat sekolah ke kat mana ke... kompem, akan digelar sebagai Vandalisme. Memang cikgu terus tarik telinga soh padam balik. 

Tapi lukisan vandalisme ni la yang menjadi tarikan kepada pelancong ke Penang. banyak la nama² pelukis popular yang conteng dinding kat penang ni. Antaranya ialah Ernest Zacharevic. Me dengan famili pi jalan kaki ja kat area bandar tuh. Sanggup berpeluh. Berjalan kaki dari Lebuh Campbell ke Lebuh Armenian. 

Peta ni sangat berharga bagi seorang pelancong

Sambil² jalan kaki tuh. Nampak la seni bina bangunan² lama yang tersergam indah semenjak zaman penjajah british lagik. Mungkin mase zaman tu, tiadalah sesibuk zaman sekarang.

Kalau heritage² building ni memang gemar orang buat cafe² hipster

Masjid Kapitan Keling yang dah berusia 215 tahun

Singgah sebentar untuk solat di Masjid Kapitan Keling. Masjid ni sangat bersejarah mengisahkan seorang Kapitan Keling dari askar British East India Company bina masjid. Di sinilah juga bermula masyarakat Chulia berkembang. Sebab tu senibina masih bercirikan senibina India. 

Sebelah masjid ni ade Nasik kandar femes kat Penang iaitu Nasi Kandar Beratur. tapi.... tak bukak siang²... kol 10 malam baru buka. Malas la Me nak makan nasik kandar malam²... jaga kesihatan la katekan...

Ni bukan beratur untuk nasik kandar beratur ya...kedai sebelah

Mase ni pulak dah lunch time. Lapar pulak Me dan famili. Singgah la satu cafe bernama Wheat Connection Bakery di Jalan Masjid Kapitan Keling. Makanan sini biasa² ja. Maybe chef dia Chef Nazeri tu pakar dalam pastri. Tak pula Me merasai pastri yang dia buat. Deco kedai memang cantik la.

  cantek kan deco kedai masterchef ni

Bertentangan dengan kedai ni, terdapat sebuah kedai emas permata. Memang agaknya, di sini lah berkisar Tuan Habib Mohamed membuka kedai emasnya. Sekarang dah upgrade la ikot perkembangan zaman.
ni la kedai Habib Jewels yang pertama di Malaysia

Gambar kedai Habib Jewels zaman dedulu

Tanpa buang masa, Me terus gi Lebuh Armenian. Memang di situ banyak la seni² dinding ni. Penuh sesak dengan pelancong. Me tahu pasal Lebuh Armenian ni pon dari blog² orang lain la.
 Jadik pelancong kene la beli topi... hehehehe☺

kedai basikal yang unik

Pertama sekali, Me tertarik dengan satu kedai basikal kat Lebuh Armenian ni. memang unik dengan basikal tergantung kat atas bumbung. Macam kes buat bunyik bising dalam citer Seniman Bujang Lapuk. "Tak nak bagi bunyik pon boleh" . Tak tanye plak Me name kedainya. Kedai basikal je la kot. Tepi lorong tu ade gak wall arts. 
 Uncle, Kasik roti bengali satu...
Tolak ape tuh bro, badan je sado
 Badan dia boleh kasik alih la... magik²
 kisah penarik beca zaman dedulu
aloooo... leh cakap hokkien tak??
Jalan kaki depan lagik skit, baru la jumpe gambar apek helmet takde span dok atas motor tu. Penat gak le Me kendong anak Me yang kecik tu berjalan. Nak sewa beca mahal la pulak. Nak sewa basikal pon bukan sumer reti naik basikal. (malas nak cakap kedekut sebenarnya... hehehehe☺)
 gambar minion dengan dinosor
 Sape ya player ni. No 27
 Tarik dinosor ni...hang nak pi mana?
Mana gambar Me..? Me just a photographer
 
Dapat juga la Apek helmet takde span dengan motornya, muke tak puas ati
Di larang merokok.... 
Actually, Me nak khabaq mai kat hangpa. Celah² lorong pon ade juga lukisan dinding ni. Kene la rajin carik. Slow². Kalau Me ngan wife Me ja gi, kompem abis sume wall arts Penang diterokai. Kalau ngan anak² ni kene kerap ade pit stop. Almaklumlah... orang tua.

 Gambar bruce lee flying kick seekor kucin
ni la Me cakap celah² lorong, mesti ade orang lukis gambar

Teruskan lagik perjalanan Me sampai le persimpangan yang menjadi tumpuan pelancong tak kisah le dalam negara atau luar negara. Penghujung Lebuh Armenian sebenarnya. Kat sini, ade la budak² kecik main beskal. Sambil telinga terhibur dengan busking dari uncle² otai yang main drum pakai tin milo, baldi, periuk belanga dan sebagainya. Betul² geng² recycle ni.

 Singgah amik gambar depan kongsi ni
 Handal pakcik ni, tengokla drum set dia... terbaik bukan
 Akak nak tumpang pon dah nanges... amacam ni?
 tolak laju², kecut budak kecik tu sampai nanges²
 baru cuit skit bahu dah nanges, anak Me tak nanges pon
 ni la acara paling Me suke, teringin nak jadik karikatur macam diorang ni 
Me hanya mampu berselpi, tidak pandai melukis karikatur

Sampai di sini saja mampu Me bertahan. Anak² Me dah kepenatan. Masing² nak balik dah. Abis terbakar kalori dan lemak Me. Perjalanan balik pon boleh tahan jauhnya. Nak sampai ke kereta tu, macam jauh ja..... kalau ade masa lagik, Me nak ke sana tengok lukisan² dinding yang lain. Tak boleh la nak cover sumer dalam masa sehari.


Wednesday 21 September 2016

Mencari 'En Crab' di Krusty Krab, tetapi ter'jumpe' di Teluk Senangin


Hari Malaysia pada 16 September 1963. Bermulanya pembentukan Negara Malaysia. Kini sudah pun menjadi cuti umum buat rakyat Malaysia. So, biler dah cuti. Buat ape lagi... Berjalan² la. Kali ni Me dan famili ke Perak pulak. Ni sumer gara² FB kawan wife Me tunjuk gamba makan ketam kat Teluk Senangin, Perak. Selama Me bekerja kat Perak tu dan selalu gi hotel Swiss Garden, ini lah kali pertama Me tahu perkara berkenaan. Yang Me tau dedulu, Teluk Senangin ialah port kaki pancing. Let's Jom...

Me berdesup ke Bandaraya Ipoh lepas balik dari kerja. Pakai baju kerja lak tu Terus Me bawak famili melepak kat Dataran MBI, pekena plak 'Char Kueh Tiaw' kat MBI Terrace. Sumpah lebih sedap dari kat Penang. Memang port Me dan wife makan mase keje kat Ipoh dedulu. Lepas makan, Me menumpang rumah cousin Me yang sedang berpantang kat kampung husbandnya.
 Dataran MBI 
Char Kueh Tiaw 
Dataran MBI ni memang port melepak budak² keter, budak² motor. Masing² 'switch off'  Show Off la keter dan motor deme yang hebat giler tuh. Tapi ini malam bukan malam minggu, So, jalan pon tak tutup, Me boleh lalu jalan tu menghala ke Ipoh Parade.

Pagi² hari sempena Hari Malaysia. Hujan turun dengan lebatnya. Dengan bersemangat Me dan famili hendak keluar beriadah di Padang Polo atau Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Nama Padang Polo ni sebab zaman dedulu memang orang bermain sukan Polo kat situ. Bukan nak sembang lebih la, tahun 2008 tu, Me menjadik kurus lepas jogging setiap petang dua round kat Padang Polo. Sekarang ni Me macam tong drum. ☺ Me dan wife menamatkan larian 'jogging' 3km kat situ sambil berselpi bagai. Boleh la nak carik stamina sesikit. 

Cantik kan padang polo?
 Ade taman permainan untuk kanak² melepak
Trek berjogging sekitar padang
Me dan Wife melihat permandangan cantik di sini

Lepas Jumaat, setelah melawat baby cousin Me, Me terus bergerak menghala ke Manjung, Perak. Wife Me dah pon booking bilik untuk 2 malam kat sini. Percutian bilik pon diberi oleh SGVC... member kan. Jimat la duit Me untuk accommodation.

Jalan OTW ke hotel tu memang ulu banat la. Tapi kalau nak compare mase awal² Me dan wife gi dulu. Jalan masuk ke hotel tu pon rase seram. Melalui jalan paya bakau dan jalan yang kecik kalau bertembung memang masuk paya la. Mase tu nyesal gak jadik membership. Rasenye kalau dah check in memang malas nak kuar balik la. Sekarang ni dah upgrade jalan tu. Tapi still banyak hutan² lagi la. Monyet pon banyak. Sempat la amik² gambo kuar keter. Sekali monyet² tu bawak geng la kejar Me. Sib baik masuk awal dalam keter. Kat luar keter dah beberape ekor dok bertengek. (tengok gambar kat bawah la)
 Dulu hutan banyak tak nampak pon kawasan ni
Cik Mon dan En Nyet melepak tunggu makanan
Geng² nak serbu Me

Setibanya Me kat hotel tu, Check In pon kene queue panjang sebab banyak sangat nak masuk hari tu. Boleh dikatakan Full House la hotel tu. Sib baik Me sampai sebelum 2 bas rombongan dari China sampai, kalau tak memang Cream cramp la. Dapat ja kunci bilik dan terus gi masuk. Malas nak tunggu lama² kat hotel tu. Sebelum Magrib gi la bandar Manjung. Singgah la sebentar kat AEON Manjung tu. Kat sini memang ade restoren fevret Me sekeluarga iaitu Wing Zone. ~Sweet Samurai oh Sweet Samurai~... 
 Lobi hotel lepas ramai dah Check In (kalau tak penuh sesak)
Ni la bilik Me kat Swiss Garden tu
Makan Wing Zone la mana lagik

Lepas makan, gi la groceries AEON ni untuk beli air mineral dengan makanan sesikit buat alas perot kat hotel. Jauh juga dari hotel ke bandar Manjung ni. 20min gak la Dah la jalan gelap. Lori laju². Malam tu tido la dengan nyenyak. Penat drive dari Ipoh ke Manjung.

Esok pagi² tu Me bergegas bangun. Bekfes pon makan roti arab dengan Cream Cheese je (beli kat Kajang). Jimat juga la sebab nak bekfes hotel pon RM50 promo 2 adults dan 2 childs. Tapi makanannya hampeh. (bajet la kunun, sebenarnya nak untung lebih). Tak sebanyak macam hari bukan peak day.

Pagi² ni Me dan famili ke Pantai Teluk Senangin. Seperti diperkatakan di dalam FB kawan wife Me tu. Nelayan akan naik dalam kol 9.30 pagi. Kat situ boleh beli ketam fresh direct nelayan... terbaik bukan? Ramai juga la yang dah menanti kedatangan ketam tu. bertumbuk² nak ketam.. (orang² yang melepak kat chalet berdekatan dah beratur siap dengan kotak ais). Ketam² memang dari jaring hidup² boleh pilih. Wife Me amik dalam sekilo ja. Kalau Me ade rumah kat sini mau berkilo² beli ketam. Nelayan tu charge dalam RM30 sekilo. Mahai juga la. Almaklum cuti sekolah. Biasanya diorang kate dalam RM20 ke 25 ja sekilo.
 Ramai betul orang serbu nelayan ni untuk beli ketam
 Ni la pantai Teluk Senangin
 Selpi ngan ketam yang nak dibeli
  Ketam pon masih kat dalam jaring... camna tuh?
 Ketam ni sumer hidup lagik.. so pandai² pilih.. kalau tak kene sepit la
Mak aih bro... penuh... buat kenduri ketam tu bang

Sambil² tu Wife Me gi la tanye pakcik nelayan tu sebab nak amik kupang. Main kutip ja kupang tu kat jaring, terkejut plak dengar pakcik tu kate amik jela. Dia kate lagi, "Pandai berenang tak? Kalau pandai, ikot ja tali bot Pakcik tu masuk dalam laut. Kat situ ade banyak". Me mencuba juga ikot kate pakcik tu. Masuk la laut follow tali bot dia. Tapi, bila nampak ade geng lain gi sane, pastu dapat skit ja dalam plastik tu, Me terus cancel. Sah² la skit ja. Malas nak amik risiko berenang dalam².
Gigih wife Me mengeluarkan kupang dari jaring
Amik kupang ala kadar... free plak tu...
Ulat ni dok dalam laut kot.. melekat ja kat kupang tuh


Nak dijadikan cerita, nampak la siput yang besor ni kat jaring pakcik tu. Wife pon tanya la kepada Pakcik nelayan tu. "Siput ni boleh makan ke tak, pakcik?" Pakcik nelayan tu terus jawab dengan selambanya "Ishk, tu mana leh makan. Nama dia pon dah haram... Siput babi la tu".  Me balik opis terus google pasal siput ni. Sememangnya sangat berbahaya. Boleh rujuk sini: Siput Conus Geographus. Pandai² ja pakcik tu cakap 'siput babi' hehehehe ☺☺
Siput khinzir yang sememangnya tidak boleh makan 

Bile dah beli ketam fresh, mula fikir camana nak masak, mana nak simpan... rugi la ketam hidup nak makan macam tu ja. Sib baik la wife Me ni jenis bagus, terus ja tanya warung² tepi jalan area chalet situ untuk masak. Upah la diorang masak ketam sekilo tu. Me kasik goreng kunyit ja. Diorang charge dalam RM8. Jadi la. Kalau tak, Me dah pikir nak rebus dalam cerek hotel pastu makan dengan megi. 
 Warung Sri Senangin ni kasik masak ketam kami
Ketam goreng kunyit menjadi santapan Me sekeluarga

Me sekeluarga pekena Brunch terus la. Makan nasi lemak dengan ketam. memang puas ati makan sekilo ketam. Kenyang. Anak² Me pon puas ati. Isi ketam memang sangat manis. terbaik dari laut la orang kata.

Balik ja hotel, basuh plak kupang. Kasik rebus untuk masak dengan Ramen Samyang. Memang terbaik la rasenya. Tengok la gambar kat bawah tu. Nangis² makan ramen tu dengan kupang (pedas kan?) Kupang dia makan rebus camtu pon dah nyum²... tarak bau. memang betul² fresh dari laut. Tak la macam makan kat 'Rumah Laut' tu.
Ramen Samyang dengan kupang segar dari laut
Basuh kupang dengan senteng kat hotel. Rebus plak dalam cerek hotel

Senteng tu ape plak. Senteng tu yang macam hidupan laut bercengkerang. Cengkerangnya cantik boleh buat perhiasan. Nak kate macam scallop pon ade.
Cengkerangnya lawa bukan?

Ape lagi buat kat hotel tu? Macam² la aktiviti keluarga ☺. Lain² hotel tu ade pantai yang best. Pantai tu ade REMIS. Nak carik remis kat situ memang sangat senang. Kais² pasir tu dah dapat dua tiga ekor. Memang pakcik kayo la kalau emas. Petang tu melayan tengok sunset plak. Memang cantik.
 Lepak pantai ni memang tenang jiwa
 ni baru hari pertama, hari esok tu penuh sampai lebih 2kilo dapat
Cantik kan sunset ni

Balik je rumah, terus masak. Sedap juga la. mende fresh kan. (ni kisah kat rumah la, kat hotel mana ade periuk). 
 penuh periuk remis ni
nampak tak.. menyelerakan tak??

Aper lagi aktiviti Me mase kat hotel ni. Swimming pool la. Berenang dengan anak². Lepas mandi laut, pekena plak mandi kat pool. Anak² sumer taknak mandi kat kolam bebudak. Sume ikot Me berenang kat kolam orang besar. Pakai pelampung la. Risiko sendrik tanggung. Masalahnya, biler time nak balik. Sumer tanak balik. Sume nak berendam lagik. (abis kecut jari² Me sumer).


Ahad tu, Me dan famili mandi manda laut ngan swimming pool. Carik remis bebanyak lagi then check out hotel. OTW balik. Gamble je gi Teluk Senangin, carik ketam lagik la. Memang masih ade lagik nelayan tu jual. Beli half kilos. Masak terus kat warung Sri Senangin tu. Makan la sampai kenyang.

Makan ketam lagik... terbaik

Lepas makan singgah la ke Lumut. Nak naik kapal perang tu, dah naik dah aritu. So.. singgah kedai Jamilah ja. Carik ikan bilis mat saleh ber'mate biru'. Sekilo dalam RM78 yang dah siap belah. Janji dapat makan ikan bilis sedap. 
Biru mate hitam ku

Alang² sampai ke Pekan Lumut tu. Cariklah baju² bunga². Jajan²... sebelum menepuh jalan jem ke KL. Sampai rumah ku syurgaku dalam kol 1030 malam.

-Adios-