Wednesday 5 September 2018

WikenDrive Challenge 2018: KL-HatYai Day 3

Bersambung kembali kisah2 WikenDrive Challenge 2018: KL-HatYai - Day 1 & 2

Day 3: Sabtu 17 Ogos 2018

Bangkit2 subuh dah siang. Walaupon di Thai waktunya lewat sejam dari Malaysia. Jika bangkit pukul 06:15 tu bermakna sudah pukul 07:15 waktu Malaysia. Dah start matahari terbit. Dah subuh gajah. hehehe.

07:15: Siap2 kan diri, gi ke lobi hotel. Plan ke Pasar Kim Yong (Kim Yong Market) yang terletak kira2 450 meter dari hotel penginapan. Plan asal nak jalan kaki saja. Tapi wife ajak naik tuk-tuk. So, tuk-tuk memang dah tunggu bebetul depan pintu hotel. Naik jela. dia charge la sorang 20baht. Dalam 4 minit sampai dah ke jalan ke Kim Yong Market.
Tuk tuk dah siap tunggu kat depan hotel
07:20: Kim Yong Market
Kim Yong Market
Ape yang ada kat pasar ni? Pasar ni macam pasar basah kat Malaysia gak. tapi ditepi2 jalan sekitar pasar ni ade macam 'pasar pagi' aka 'pasar tani' la. Semua produk pertanian dibawa untuk jualan. Macam2 ada. Dari sayur2an, buah2an, ikan, ayam, kuih muih, ikan kering, ikan bilis dan sebagainya. tengok dalam gambar je la. Makanan yang dijual kat sini majoritinya dijual oleh orang siam. so ke'Halal'an Toyyiban nye kene la amik kira. Jangan main beli ja. Kene tanye mereka orang muslim ke bukan. Jangan khuatir, mereka tak akan berpura2 menyamar jadi muslim mengatakan makanan mereka halal. 
Menatang ni pon orang buat serunding



Lepas dah round2 kat luar, nak juga melihat keadaan dalam pasar Kim Yong tu. sekali masuk memang banyak daging 'pork' la bergantung di sana sini. Nak berjalan pon bak meredah lautan api. Risau terkena percikan 'debris' dari hasil potongan daging berkenaan. Ahahaha... Ade bran kawan2... Tapi kat sini  la nak tengok keunikan orang2 siam ni. Betul2 sebelah penjual daging tu ade orang muslim bertudung jual ayam plak. Haih... kalau Me memang tak beli la....


Sesekali wife mencari makanan untuk dibawa pulang. dah tawaf pasar tu, baru ternampak orang bawak makanan atas motor. Mula2 nampak penjual muslim berhijab beli makanan dengan dia. Akhirnya kami terus tanya, muslim kah? memang dia kata dia muslim. Dengan senang hati kami pon beli la makanan tapau untuk bawak balik anak2 makan.


Kat pasar ni agak sukar berkomunikasi. Terpaksa tunjuk2 harga gitu la. Nak bertanya kedai muslim pon susah juga. Tapi orang siam ni pasti tunjukkan punye. Diorang akan bantu.

08:30: Berjalan pulang ke hotel 
Dalam perjalanan pulang ke hotel ni, kami berjalan kaki saja. Memang dalam 450 meter saja. tak perlu la naik tuk-tuk. Sambil2 berjalan tu, pemandu2 tuk-tuk akan panggil2 untuk hantar kami ke hotel. just buat tak taw saja la. 
Dalam perjalanan tu, kami terjumpe kedai jual beras. Ni lagi kisah kami beli beras macam ayam dan itik. (pakai Google Translate pon macam hauk je). Main teka2 jela ape yang dia nak cakap tu. Diorang pon kompem sama main teka2 ape kita nak. Kat sini kunun2 nya nak carik beras sama macam beras kat Kai Tod Decha yang kami makan semalam iaitu beras cop labu. Bertanye kan harga, deal nak 5kg ja, ade beras baru, ade beras lama, abis sume 'rojak' cakap. Last2 pakai calculator je la. Belila kami sekampit beras siam baru 5kg dengan harga 200baht. 

08:40: Singgah tapau bekfes kat Restoren Khaled. 
Perut dah lapar, berjalan kaki dari Kim Yong Market. ape lagi, carik la makan, tapau la nasi dagang dengan nasi kerabu. Tambah plak dimsum satu set. Jadi la untuk anak2 makan bersama.

11:30: Kami Check-out hotel Golden Crown Hatyai dan terus bergerak ke Chanapol Mansion yang ditempah awal semalam. Masuk2 bayar terus pakai card credit. Amik kunci, terus ke bilik masing2. Letak barang, plan keluar untuk lunch dan ke Songkhla seperti yang dirancang.

13:00: Makan 'lunch' di Dimsum Chabura (Ratthakan Road) - 2.5km dari Chanapol Mansion
Restoren ni sememangnya femes di kalangan orang2 Malaysia. Bukak seawal 6 pagi, menyediakan menu bekfes dan kebiasaannya akan tutup pada jam 3pm. Sib kami datang di sini pon dah macam nak tutup kedai ja. Dimsum pon dah banyak yang abis. Jangan risau, kat sini juga ada makanan lain untuk ala carte. 
Depan kedai Dimsum Chabura

Roti Kelapa.. terbaik

Nasi goreng seafood pon terbaik

Pad Thai yang seda

1400: Kami berangkat ke Songkhla, tapi sambil2 jalan tu singgah le ke Hatyai Municipal Park yang terletak kira2 8km dari restoren Dimsum Chabura tu la. 

14:30: Setibanya kami ke Hatyai Municipal Park, kami pakai Waze je pon, kami mencari Cable Car Hatyai. tu la tujuan nak ke sana. Menaiki bukit yang agak curam, macam jalan pi Cameron Highlands plak ade banyak corner2 lipat leh buat drift punye. Sampai kat atas tu, Me dan anak2 laki Me ja turun dari kereta naik ke stesyen cable car. Atas tu ade patung budha yang besar serta permandangan indah kawasan Songkhla dari atas bukit. Kat atas ni amik gambar je la. Nak naik cable car tu dah le mahal 200baht sorang. kene beratur panjang pulak. 





15:00: Kami meneruskan perjalanan ke Songkhla Central Mosque yang terletak kira2 10km dari Cable Car tadi. Sambil2 meneruskan perjalanan tu, pakai Waze, memang masuk susup sasap kampung orang siam, ternampak la orang2 kampung kat area2 tu jual durian. Apelagi, Kami sememangnya hantu durian. Sanggup berhenti nak menikmati durian thai ori. Beli la dalam empat biji dengan harga yang murah. Sambil beli duku sekali.



15:40: Kami tiba di Songkhla Central Mosque. Menanti waktu asar, amik2 gambar dulu kat area sekeliling masjid, kelihatan rombongan2 sekolah2 agama, pondok selatan thai. Habis ja solat, pi la amik gambar kat depan masjid tu. Dah macam Taj Mahal dah. 

Macam Taj Mahal tak?



16:40: Kami bertolak semula ke Pantai Samila (Laem Samila) nak tengok ikan duyung. Ade ke ikan duyung kat Songkhla ni? Ade la... 

17:30: Kami tiba di Samila Beach. Cari la car park. Main park je pon, takde kotak parking keter pon. Nasib le kene saman ke tak. Waktu kami sampai ni macam dah nak senja la. Suasana memang 
dah tak ramai pengunjung. kuda2 pon dah nak balik. Peniaga2 pon dah mulai tutup kedai. Kami sempat bergambar di Golden Mermaid la. Memang mana2 pelancong datang pon akan carik mercu tanda pantai ni. Kat sini ade jualan sourvenir juga. Memang rase agak murah dibandingkan dengan di Hatyai.


Sejarah Songkhla


Peniaga2 tepian pantai





18:30: Kami bertolak ke Singhanakorn, kali ni kalau ikot Waze memang kene naik feri. Hari dah mulai malam. Main redah je ke jeti feri tu. Sekali kene tiket hanya 20bath je. Aiseh, murah nye untuk feri ke seberang. Cuma masa menunggu jela lama sikit, dalam 30 minit.




19:00: Kami tiba di Muza Hot Pot Buffet Halal di Singhanakorn, Songkhla. Ape yang ade kat sini? makan2 la, buffet 320baht seorang dewasa. Makan le sebanyak mana nak makan, sampai perot pecah pon takpe. Macam2 makanan yang disediakan, dari ikan, udang, daging, ayam, ketam, sipot, lauk pauk, ikan bakar, desert yang berbagai2. Sediakan perot je la.








21:30: Kami start keter, pulang balik ke Chanapol Mansion di Hatyai kira2 dalam 32km = 50 minit melalui jambatan pulau Ko Yo aka Tinsulanonda Bridge. Kat pulau Ko Yo ni macam pulau nelayan juga. Tapi disebabkan dah malam, memang tak nampak apa la. Cume kelihatan ade patung budha baring dan orang2 mancing ikan kat tepi jambatan. Maybe next trip kene explore pulau ni juga.  

22:30: Sampai di Chanapol Mansion, masing2 dah kepenatan, tidor. Plan asal memang hendak keluar ke Lee Garden Plaza tidak kesampaian. 

Tu saja perjalanan kami pada hari ketiga. Banyak kawasan yang kami tidak dapat pergi disebabkan kesuntukan masa contohnya ke Chang Puak Camp, Songkhla Zoo, Songkhla Aquarium, Songkhla Old Town. Berkemungkinan besar, tempat2 ini akan dimasukkan di dalam itinerary akan datang.

Berjumpe lagi di hari keempat....