Tuesday 24 May 2016

#throwbackstories : from BEIJING with LOVE - Chapter IV

Day 4, 11/1/07 (Thursday)
Hari ni, seperti biasa, lepas bekfes, kene la bergegas ke bas pelancong yang awal² pagi dah tunggu kami. Dalam rombongan ni, kalau lambat kene menyanyi. Me dan wife cukup la takot biler nak kene nyanyi depan orang ramai. Pemalu la... hehehehehe
Hari ni, rombongan Me dibawa oleh isteri kepada Andika, Azlina. Kitorang panggil Altantuya ja. Andika dikatakan mempunyai kerja di opis dia kat radio china tu. Tugas dibawa oleh isterinya yang fasih berbahasa Indonesia. Rombongan di bawa ke satu kilang pembuatan sutera china, Beijing Dizen Silk Products Co. Ltd. Di sini tour guide kilang tu menceritakan serba sedikit mengenai kitaran hidup rama². Nape plak kisah rama² diceritakan kat sini. Sape² yang belajar Sains kat sekolah, pasti akan tahu mengenai kepompong. Bermula dari telur rama²--> Ulat Beluncas --> Kepompong --> Rama². So, diorang ni ternak rama² banyak khas untuk pembuatan sutera ni. "Kepompong ini pula bersifat mite proof, bacterial decease proof dan water proof, sangat menakjubkan ciptaan Ilahi ni. terbaik." 
Kemudian, rombongan dibawa ke suatu tempat di mana proses pengasingan kepompong ni menjadi kain. Proses memasak kepompong ini dilakukan lebih kurang sejam setengah untuk memastikan kepompong itu lembut dan mudah ditarik. (cuba tengok gambar di bawah tu). Tour guide tu tunjuk juga final produk yang dah menggunakan 70 biji kepompong. (dah macam kopiah plak Me tengok). Dia berkata lagik, mende ni bleh di tarik sampai menjadi comforter. Telap air plak tuh. memang tak basah la kalau kene hujan. hehehehehe.  
Depan kedai Dizen Silk
 Beijing Dizen Silk Products Co. Ltd.
 Citer sesikit pasal produk mereka
Baju² Maharaja dan Maharani China dibuat dari China Silk
 Ulat beluncas
kepompong kasik demo skit

 Proses menarik kepompong
Yang ni dah 70 kepompong ditarik
 Pekerja menunjukkan demo buat Comforter
Material sutera (macam spider web)
Lepas tu, tour guide bawak rombongan ke suatu kawasan pembuatan comforter. Memang ni la tujuan asal mereka. Dah sah² orang mesia ni kan suke membeli mende² ni. Alah, conforter kan.. kalau orang kebanyakkan panggil sebagai TOTO la. Demo la sesikit macamana diorang tarik kepompong tu jadik comforter. Memang halus la, sejok plak tu. Time ni la diorang promo barang mereka. Ade jual dari saiz single bed ke CA King. Harga plak mengikut berat. So kalau berat dalam 1kg lebih kurang RMB380 dan 1.5kg lebih kurang RMB480. (tu harga masa tahun 2007 la). Macam² la diorang promo. Siap pek nipis² bagi senang nak bawak balik masuk ke dalam beg. Seperti biasa Me ngan wife tengok jela. Yang mak² datin kompem beli la. Depan sikit tu juga ade kawasan jualan kain silk, tapi regenya la plak yang tak boleh tahan. hehehehe... mahal kot. Kain nak buat baju kurung pon ade.. Siap tulis "BAJU KURUNG" Material 
 Saiz comforter yang dijual kat sini
 Jangan risau, kami akan buat pek macam ni, senang bawak balik
 Kain sutera yang dijual di sini
Khas untuk buat 'baju kurung'. Nampak sangat orang mesia suke datang
Me buat macam nak beli, rase la lembutnya kain sutera tu
Habis ja berjalan kat tempat sutera ni, rombongan dibawa ke satu tempat kawasan Sukan Olimpik Beijing 2008. Mase ni, Stadium Bird Nest masih lagik dalam pembinaan. Memang nampak la cantik dari dalam bas ni. Bas tu berenti plak kat area berdekatan. Ingat nak ke kawasan perkampungan olimpik tu, rupenya ke kawasan kedai Derun Jewelry City. Me tak taw la kalau² pembaca pernah ke tempat ni semasa di Beijing. Maybe dah tukar nama jadik Olympic Sponsor Jewelry City (rasenye la, sebab banyak sangat kene scam kat sini). Tempat tu terletak di kawasan bawah tanah. Depan pintu masuk tu ade la Jade berbentuk tongkang. memang follow je la masuk kawasan tu. Cantik² batu² yang dijual kat sana. Wife Me pon memang berkeinginan nak membeli, tapi, pasal bajet. Tengok je la. Tak lama lepas tu, rombongan Me dibawa masuk ke satu bilik untuk demo. Tetiba ade plak sorang mamat cina ni masuk, memperkenalkan diri sebagai orang mesia. bekerja dengan pakcik dia kat sini.(kalau baca orang lain punye pengalaman, dia kate dia orang Penang buat bisnes ngan kawan² dia kat sini), so kira macam tokei beso la kat sini. Konon² sedeh, berjauhan dengan mesia. Teringat lepak kedai mamak bagai. Makanan mesia bagai. ntah la. Macam 'scammer' nak mengaut untuk dari poket orang mesia pon ade. Mula² dia bercerita la kat rombongan Me pasal Jade punye kelas. Ade kelas A, yang terbaik la, Kelas B yang dah dicampur dengan plastik material dan Kelas C, kelas B tu campur lagik dengan kaler. Dia tunjuk juga la macamana nak test kelas² Jade ni. Paling senang dia kate, gosok pada cermin. Kalau kelas A tu, terus kaca pecah. Kalau B dan C calar la cermin tu. Pastu, barula dia promote barangan kat kedai tu. Dia kate jangan risau, sumer nya ORI, takde TIRUAN. Harga plak dia kate, dia leh bagi diskaun kaw² punye. Ntah ye ke tidak. Layan je la. 
 Kelihatan Stadium Olimpik Beijing 2008 masih dalam pembinaan
 Gelang Sapphire beriban² regenya
 Mamat ni cakap dia orang cina mesia (slang pon macam cina mesia)
Tunjuk demo kasik pecahkan kaca pakai gelang jade
Habis ja melayan mamat mesia kat sini, Rombongan Me dibawa ke satu kedai makan kat area² situ juga la. Nama kedai makan tu Sai La Ma Can Ting Melihat ke dalam kedai tu, memang banyak la orang mesia dah dibawa ke sini. Masing² tinggalkan name card kat situ. Tampal kat dinding kedai bagai. Me plak takde name card, so tengok je la. 
Sa La Ma Can Ting Restoren (muslim halal)
Pastu, rombongan Me dibawa pula ke tempat shopping kat mana ya. Maybe kat Silk Street kot, Kat sini ade la Kedai Sofia. Memang sembang cakap melayu je la. Tawar menawar sume dalam Melayu. memang terbaik la. Tak yah susah² nak cakap cina. Dia banyak jual produk langsir², alas meja, cadar dan banyak lagi. Sepanjang dalam kawasan ni, Me tak le amik gambar. Banyak kedai la dalam bangunan tu. Kebanyakkan yang Me ngan wife Me lalu, sume nak sembang cakap Melayu. "Mulah.. Mulah... " 

Peniaga ni sembang cakap Melayu, mudah nak deal
Lepas ja shopping, Me dibawa ke satu masjid yang telah berkurun lamanya di muke bumi China ni. Masjid tu memang bersejarah la. Nama masjid ni adelah Masjid Madian terletak di Haidian District. Dibina pada zaman Kangxi, zaman dinasti Qing (1661-1772).


Habis ja bersolat kat Masjid Madian ni, Rombongan Me dibawa pula ke kawasan untuk minum petang. Mana lagik kalau tempat ni popular buat rakyat mesia. Minum teh la. Mengeteh dulu bak kate Me. Dr Tea name tempat ni. Kat sini Me ditunjukkan demo penyediaan tea secara tradisional. Ade la amoi² tukang bancuh tea, bagi rombongan rase. Kat sini memang diorang attract pelancong supaya beli produk tea mereka. Nak beli? hehehehe tepuk poket dulu la, tanye duit... memang mahal² tea dijual di sini. Me sampai kat mengeteh ni dari kol 5 petang sampai ke malam. 



Amoi² bancuh tea bagi rase
Tadah tea kat teapot besar
Tea yang dikeraskan menjadi gunung camni

Dalam kol 6.30pm tu, rombongan Me dibawa makan malam kat Restoren yang awal² Me sampai dulu, A Fun Ti, untuk makan malam. Kat sini memang setiap malam ade persembahan pentas. Malam ni juga, rombongan Me dihiburkan oleh tarian gelek, belly dance la bro... Dah macam Shakira dah depa ni. Ramai gak yang sama² bergelek dengan penari² tuh. Enjoy sakan deme.

Begambar bersama wife Andika
Berdansa mereka ni



memang betul² belly dancing la 
Group photo la bersama penari²

Balik tu terus ja ke hotel penginapan then tidoq. Me memang dah demam dah mase ni. Start dari datang tu dah selsema. Sambung Chapter IV plak

No comments:

Post a Comment