Wednesday 11 May 2016

#throwbackstories : Aussie Mari Ep.5

Sambung dari Ep.4
Day 4 – 24 October 2014 (jumaat)

Pagi tu kami melepak² dulu di rumah. Anak² Me nak main piano (macam pandai je nak main). Lepas tu kuar. Lihat la area² nak ke Swan Valley tu. Banyak trak besar² bawak barang. Mana ade lori kecik² ni.
Anak² Me nak main piano

Swan Valley Market

Nampak tak trak besar² tuh
Swan Valley

Hari ni Makcik Tina nak bawa kami untuk hari² terakhir Me sekeluarga di Perth ni ke area dekat² dengan rumah dia la.  Nama tempat tu ialah Swan Valley. Kat sini banyak dikatekan tempat yang cantic dan mempunyai ladang² pembuatan wine yang hebat. Me tak taw la pulak pasal sejarah tempat ni. Memang Me target nak gi ke kilang coklat jek.

Whistler’s Chocolate Company

Tempat pertama kami lawati ni memang kurang terkenal kat Malaysia. Maybe, pelancong Mesia ni jarang pergi ke tempat ni. Tapi, Makcik Tina bawa kami ke sini melihat kedai coklat. Amik² gamba ada la beli sikit² coklat kat sini. Kalau nak diikutkan sejarah Swan Valley ni. Coklat Whistler’s ni paling tua diantara confectionery company yang lain.




Coklat bentuk Koala Bear pon ade


Bagi rase coklat kat sini, try je la





Mondo Nougat dan Murish Nuts

Ni juga kedai confectionery yang berada di kawasan Swan Valley ni. Apo Mondo Nougat? Sape tak penah makan nougat? Aduhai… camana la Me nak explain ni. Nougat tu adalah manisan yang diperbuat daripada gula, kacang² dan disebatikan dengan putih telur. Bukan apo mondo yo. Kat sini Me dapat melihat sendirik pembuatan Nougat buatan Australia tu sendrik. Selama ni gi Langkawi ke baru dapat beli. Brand GB aka Grand Boronia. Memang terbaik la. Kat sini baru Me tau ade jenis yang keras dana de jenis yang kenyal. Memang dapat rase la. Ade tester kot.  Kat sini Wife Me ade la beli sedikit sebanyak untuk dibawa pulang bagi ole² pada kawan².
Mase nak kuar dari Mondo Nougat tu, terlihat la Me pada satu lori sampah yang agak unik. Memang sumernya kawalan automatic. Tak perlu la abangla ke amik sampah tu masukkan ke dalam lori. Unik…

Ni la Nougat... takkan tak penah tengok kat mesia, kat langkawi?



Gambar mase Me dan famili kat Mondo Nougat

Murish Nuts, Sume kacang tu boleh rase. rase jela. ta mau beli pon

Ruang yang menunjukkan cara pembuatan nougat



Ni la yang Me ceritakan kat atas tadi. Sume auto je masuk sampah dalam lori

House of Honey

Tempat ni telah dibuka oleh seorang beekeeper bernama Rupert Philips seorang apiarist. House of Honey ni telah dibina pada tahun 2008 dan telah dibuka secara rasminya pada tahun 2010. Tempat ni memang cantik, Me tak tipu.. boleh layari website nya. Di sini Me sekeluarga dapat juga la test madu² yang berbagai² rasa dan warna. Memang dalam dalam Al Quran pon ade disebutkan mengenai Madu lebah ni dalam Surah An-Nahl ayat 69. "Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]
Me dah macam ustaz la plak. Hehehe.. Di sini juga terdapat info² menarik mengenai lebah dan madu. Rugi la kalau tak mencuba aiskrim madu. Memang lazat.  Keluar ja dari tempat tu. Ternampak la jiran sebelah house of honey tu ade pokok buah oren. Siap bersepah² buah dia. Aduhai. Kalau la Nampak tuannya, memang dah Me ngan wife gi kutip. Silap² clear abis pokok tuh.









Acara test rase madu. Memang dah  tertulis dalam Al-Quran, macam² warna dan rasa

Suasa dalam House of Honey tu

Lebah masih lagik hidup tu


Centrifuge? nak asingkan madu dari sarang

Honeycomb

Kisah seekor lebah

Aiskrim Honey

Ni la yang Me kate, Oren bersepah², takde orang nak kutip pon

Margaret River Chocolate Company

Tempat ni memang tak asing bagi pelancong² terutamanya dari mesia. Memang mase Me datang tu pon terserempak la dengan rombongan² dari mesia. Ramai sangat la. Cara diaorang promo cokelat dia memang unit la. Asal tempat dia kat Margaret River, Perth. Sebab tu nama dia macam tu. Kat Swan Valley ni diorang buat satu kilang untuk lawatan yang melelehkan ayaq lioq. Mana taknya, dapat test rase coklat. Me rase dah bleh kenyang kot berbijik² tester tu Me telan. Pastu ade tingkat untuk pelawat² lihat sendrik cara pembuatan coklat. Mase Me datang tu, takde la pulak diorang buat Demo. Kat luar kawasan Margaret River Chocolate ni terdapat satu ladang anggur untuk dibuat wines. Me sempat la amik gambar, tunjuk kat orang kampong.

Depan pintu masuk Margaret River Chocolate Company

Kat sini boleh tengok macamana diorang buat coklat


Tester coklat.. macam² rase ade.. dark choc, choc susu, white choc


Ber'wepie' dalam kedai


Pilih² choc yang ade

Ber'wepie' kat belakang kilang tu, ade ladang anggur

Ni tempat wine, Me memang tak jejak masuk la

Bas ni la rombongan dari mesia pakai (MLM rasenya) 

Ladang wines (Lancaster Wines)

Bertentang jalan dengan KIlang coklat tu ade wine punye tempat. Memang jalan masuk pon takde tar. Memang suasana kampong la. Terus ja ke dalam. Nampak la ladang² anggur yang besar. Tapi bukan musim buah anggur kan. So amik gamba ngan pokok jela. Nak tunjuk wines plak. Me tak suke plak minuman² haram ni. So tunjuk gamba tempat orang test minum jela.






Lepas dah abis sume perjalanan di Swan Valley ni. Actually tak cukup masa pon. Dah tengahari, Makcik Tina kate petang tu Pakcik Saian memang cuti lepas Solat Jumaat. Nak bawak Me sekeluarga makan tengahari dan ke area E-shed untuk beli souvenir buat kali terakhir. Mana taknya, Sabtu pagi² dah nak kene balik mesia. Memang tak puas la. Sebab E-shed tu buka hanya hari jumaat-Ahad sahaja.

Midland Railway Workshop

On the way balik ke rumah. Makcik Tina bawak melalui kawasan yang bersejarah. Nampak macam kilang lama² dah ditutup. Makcik Tina pon kate diorang nak renovate untuk jadik attraction centre. Balik je mesia, Me pakai google untuk tahu kisah lanjut pasal tempat ni. Memang cun la. Deretan kilang² lama tu rupenya Midland Railway Workshop. Tempat untuk buat maintenance keretapi di WA sewaktu ketika dulu. Dibuka pada tahun 1970 dan ditutup pada tahun 1993. Ni bukan keretapi moden punye workshop. Memang zaman pakai arang batu. Siap ade coal dam lagik kat sini untuk simpan arang batu. Gambar tak banyak la Me dapat amik sebab Me driver kan...



Kat bawah ni gambar² dari Google





Pastu ternampak la satu kawasan deret kedai betul² sebelah kawasan kilang ni. Nama tempat tu Midland Central, Clayton Street. Tengok dari keadaan macam kawasan baru bukak. Maybe, diorang nak maju kan balik kawasan bekas bengkel keretapi kat sini. Kat sana Wife Me nak singgah ke kedai baby. Nama kedai tu Baby Bunting. ahahaha kat dalam ni. Anak Me yang no 2 tu melalak² nak beli kereta mainan SIKU. keter porsche warna merah dalam AUD 5. last² Mama Me yang tolong bayarkan. 






Ni la keter yang Anak Me nak sangat² AUD5

Spencer Village Food Court

Ape yang menarik kat sini. Makan tengahari la. Kat sini banyak makanan dan orang² Asian. Kat sini ade kedai Malaysia, Indonesia, Singapore, Japan, Vietnam, Hong Kong. Pakcik Saian ajak makan kat satu restoren tu nama dia Izyan. Siap ade logo Halal Jakim (mirip jela). Me pon order la makan kat sana. Mak Aih, speaking ja. Ingat leh la cakap melayu. Me pon leh la nak speaking English tuh.  Tempat ni terletak di Spencer Road, Thornlie, WA. Kat area ni juga ade la kedai² runcit. Me dan wife saja la jalan² tengok² kedai sekeliling. Ternampakla Nutella botol beso harga pon murah. Sambar je dengan sos barbeku, masterfoods.
OTW nampak la Persona, pastu tengok sini motor pon ikot queue 








E-Shed Market Fremantle

Actually kami tiba lewat sangat² kat E-Shed. Satu perkara yang agak menyedihkan bagi Me dan wife Me. Sebab sebenarnya Me dan wife dah plan untuk beli souvenir kat sini. Memang di sini la port yang murah² untuk carik souvenir. Banyak kedai sebenarnya di sini. Yang femes buat pelancong mesia ialah kedai Megabes, owner nya Singaporean dan Aussin, owner nya Indonesian. Ade pompuan melayu mesia tu cakap kol 5pm dah nak tutup. Soh datang sok ja. Dia kate kat sini tak macam kat Mesia, leh bukak overtime. Wife Me ape lagik, bertungkus lumus carik barang, carik t shirt, yang mana sempat sambar je la. Me just beli boomerang ja. Kenangan la kot. Kat E-Shed ini juga ade sedara Makcik Tina meniaga makan. Ntah ape name kedai dia. Kat depan E-shed tu terjumpe la plak bebudak mesia naik Caravan. Travel dah dua minggu kat Perth ni. Maybe diorang dah nak balik juga macam kami. Budak² tu salah sorangnye kawan pade member Me kat tempat keje. What the small world.


Ade kren usang kat area ni



Terjumpe bebudak Mesia naik Caravan kat sini. shopping banyak²


Shopping sampai kedai dah tutup

Aussin (beli souvenir) 

Pastu Pakcik Saian dan Makcik Tina bergegas nak balik ke rumah mereka. Sebab malam tu diorang nak siap²kan rumah untuk jemput anak² dia dan adik beradik dia buat barbeku kat rumah. Tu yang Makcik Tina siap beli daging sume malam semalam kat kedai halal tu. Me hanya ikot je la balik. Sebab orang buat makan² tu untuk kami, malu plak la kalau kami pusing² sendirik kat area Fremantle tu. Niat di hati Me dan wife nak jenjalan singgah pasar Fremantle tu. Nak lihat sendrik suasana pasar kat sane.
Balik ikot hiway.. tapi tak leh laju mana pon

Bar-B-Q di rumah

Setibanya Me di rumah Pakcik Saian dan Makcik Tina, kelihatan anak² mereka dah mula menyusun meja kerusi serta menghidupkan bara untuk masak dan bakar². Memang senang la anak² diorang tu. Keje pon bukan cikai² ja kat sane. Anak sulong keje Structral Engineer, yang kedua, jadik chef dan tukang kayu. yang last tu science officer kat spital. sume hebat² belaka, gaji pon 5angka la. Malu gak kengkadang nak sembang pasal gaji kat ostolia ni. dah taw memang gaji kita sangat rendah. kalau di ostolia ni AUD4k tu gaji buruh kasar jer. kat Mesia RM4k tu engineer yang dah senior. kelakar kan.
Abis masak², Me dan sekeluarga makan bersama anak beranak dan sedara mara Makcik Tina tu. Pakcik kepada Makcik Tina ni ikot Bapa kepada Makcik Tina ni dulu sebagai penyelam mencari mutiara di Australia. Pakcik dia tu dah sebaya ngan Abah Me. Anak² Pakcik kepada Makcik Tina ni pon banyak berkahwin dengan orang² Mesia dan menetap di Australia. Teringin juga Me nak keje kat sane. Tapi ntah la, Berani atau Takot je. Ade sorang menantu dia asal nismilan tu siap cakap dia kat mesia takde ape² kelulusan pon. stakat SPM ja. merantau gi keje kat aussie. jadik inspector tayar lori Bridgestone ja. Awal² kerja memang macam ayam itik ja cakap. English pon satu ape tak taw. Sekarang dah power. Anak² dia plak yang tak reti nak cakap melayu. Terpaksa tengok kartun Upin dan Ipin belajar bahasa Melayu.




Acara masak² ni macam biasa la kita tengok kat obersea
Pakcik kepada Makcik Tina sebelah Abah Me tu seorang diver mutiara. menantu dia yang baju putih tu la yang Me kate keje kilang tayar tuh


Sesi Makcik Tina dan Pakcik Saian bersama cucu² nya
Anak Me tunjuk bakat berkarok


Bayswater, Perth City

Malam tu Me sorang diri drive sambil follow Pakcik Saian untuk pulang kereta kat Bayswater, Perth City. Pagi² sabtu sesudah subuh dah rushing nak ke airport amik flight pulang ke Malaysia. Seperti biasa rule kat sini. Nak pulang kereta kene la ngan full tank petrol unleaded. So, Me kene follow Pakcik Saian berhenti dengan Petrol Station berhampiran untuk isi petrol. Me isi la unleaded petrol paling murah. RON91 (kat Malaysia paling rendah pon RON95). Kene la AUD35.61 untuk full kan tank tu. Almaklum la, kat sini harga petrol floating. tiap² mase berubah.


Isi RON91. 1.459 seliter

Teruskan perjalanan sampai ke Bayswater

Sampai je Bayswater. Tempat awal² dulu Me amik kereta. Nak hantar la kereta tuh. Uik... dah tutup. Macam mana nak hantar ni. Takde plak signage ke ape. Memang mase tu Me gamble ja park balik kereta kat tempat Me amik haritu. Masih dalam kawasan pagar la. Check abis² kot² ade barang tertinggal (memang ade pon, tupperware makanan dengan sampah). Satu lagik hal... KUNCI KERETA? macamana nak letak ni. Takkan nak tinggalkan dalam keter. Lama gak Me merayau area² pintu kedai tuh. Sekali ternampak ade satu corong kat tepi dinding dia. Rase² nya ni la kot. Me tanpa berlengah masa, terus ja masukkan kunci kereta tu. Nasib la kalau diorang tak jumpe sok. Janji kereta dah antar dalam pagar. Balik rumah balik tumpang keter Pakcik Saian sampai je rumah, sume orang dah balik. Nampak la anak pakcik saian yang no 3 tu main piano. Adik Me plak nyanyi.. 


Perth Airport (Balik Sudah... Bye² Perth)

Pagi² sebelum subuh Me dah kene bangun, nak kene setelkan beg² Me. Me dan wife mandi sejok² pagi tu. Anak² Me takyah mandi la. Lepas je masuk waktu Subuh. Solat subuh dulu. Pastu Makcik Tina yang hantar kami ke airport. Buat dua trip, macam mase datang dulu la. Setel sume hal² bagasi, hal² passport. Me balik ke Malaysia. Dengan harapan suatu hari nanti kene repeat balik ke Perth nak gi tempat² yang Me tak sempat nak gi dulu.
Dah sampai airport anta masuk beg dulu dan check in tiket



Bye2, Australia... See You Next time
Perot lapar plak, sib baik ade pesan makan nasik lemak pak nasir
Dalam tengahari juga la Me tiba di malaysia tercita ni. Balik rumah naik teksi, dan terus tido, Jet lag la katekan. hehehehe

Ni jela belen duit aussie yang tinggal.. huhuhu

TAMAT


No comments:

Post a Comment