Thursday 8 September 2016

Ipoh² Mali Talak Sombong...

Ipoh


Lama tak gi ke bandaraya Ipoh ni. Mau setahun sudah lamanya.

Tempat Me mula berkerja, 13 tahun yang lalu. Tahun 2003, Ipoh tiada apa yang menarik pon. Sampai Me pernah seketika rasa ingin resign dan kerja kat KL. Shopping Mall mase tu femes Kinta City, Ipoh Parade, GreentownMall. Super Kinta pon ujud lagik mase tuh. 

Tak nak menyembang banyak la. Lama juga Me koje kat Ipoh tu. Hampir nak 9 taun dah. Macam² perubahan yang Me tengok. Shopping Mall dah macam² ade, AEON la, Tesco la, Giant la, Me dengar IKEA pon nak bukak cawangan kat sane satu lagik. Dua orang anak Me pon lahir kat Ipoh. 

Ape yang menarik kat Ipoh? Menarik la Chor... sebuah bandar yang lama penuh sejarah zaman kolonial. Kisah bandar yang terkenal dengan pengusahaan bijih timah sewaktu ketika dahulu. Memang maju la. Kalah KL mase tuh. 

Me gi Ipoh lepas singgah ke kenduri kawan Me kat Bidor. Alang² ke utara, bior sampai ke Ipoh. Tapi Me sekeluarga tiba lambat kat Bandar Ipoh tu. Ikot jalan lama. Menikmati alam sekitar. Melalui pekan² kecil macam Tapah, Kampar, Gopeng nyambil² mata tengok orang jual durian. 

Bidor

Bidor sebuah pekan lama. Telah dibuka zaman bijih timah. Name Bidor tu pon diambil dari nama penyukat bijih timah. Ntah macam mana bentuknya mintak tolong Google la yer. Bandar ni memang 'oldskool' la. Pekan ini kecik, Basten pon unik (lupe plak amik gambo). Wife Me teringin plak makan durian kat Bidor ni. Dapat la jumpe gerai jual durian... beli la juga... tapi... tak sedap mana pon. Nak tanye banyak² penjual tu macam nak balik je.... macam tak jual pon ade. 

 
 Makan durian tak ajak...belakang tu la basten... 
Tower Regency

Tower Regency Hotel ni hotel yang agak boleh dikatakan berbaloi untuk menginap. Bilik pon besar. Bilik air pon besar. Cume hotel ni sebenarnya bangunan pojek terbengkalai. Lama kot... Mase Me start keje 2003 pon, bangunan ni dah terbengkalai lama lagi sebelum tu. Tahun 2007 baru start balik bina. Siap tahun 2009. 
 Nampak tak dataran Ipoh kat sane? Lepas ni ade Pullman plak (tengah dalam pembinaan)
 Ni la bilik dia
Me ngan wife
Ade swimming pool tak? Of Course ade.... jangan risau la, bebudak mesti suke punye walaupon saiz swimming pool kecik. Janganlah berharap saiz Olimpik atau sukan SEA. Janji anak² terhibur dan suke boleh berenang.


 bersuka ria anak² mandi kat swimming pool

Permandangan dari atas Tower Regency Hotel

Nasi Lemak Ayam Kampung

Serius Me nak cerita. Restoren ni dah ujud sejak Me baru keje kat Ipoh. Tahun 2003. Masa tu restoren ni kecik ja..tapi, trademark sama... ayam kampung goreng dia tersusun kat depan. Lokasi asal di jalan Che Tak (bukan Che Ta), jalan sebelah daripada lokasi sekarang. Alah, area² Restoren M.Salim. Sekarang sudah besar. Siap ade tingkat atas bagai. Baru tak baru juga la lokasi dia tu. tahun 2007 kot dia pindah ke lokasi sekarang.

Ape yang menarik sangat restoren ni?? Dah nama pon Nasi Lemak Ayam Kampung.. tu la specialty nya. Cube la kalau ke Ipoh. Makanan lain pon banyak. Maybe tokey dia orang kelantan. So bawak la menu² dari sane. Lagi satu kalau nak tengok belut hidup, bleh la datang restoren ni. Ade juga belut untuk dimakan buat sup...nyum²
Sini ade belut hidup... sebelah tu la nasik lemak ayam kampung

Loken?

Biile sampai saja Ipoh, tak sah kalau tak lepak sampai hari Ahad sebab ade Loken... Orang Ipoh la cakap. Me mase dok Ipoh tu, tu je la jalan setiap pagi Ahad jual macam²... 'Pasar Karat' la orang kate. Lame lepas tu... Me suke la study apesal nama macam pelik je. Loken? Name sebenarnya diambil sempena nama orang kaye zaman bijih timah.. Lam Look Ing. Memang ade la Bangunan Bazar Lam Looking kat Ipoh tu yang dibina pada tahun 1931 memang jadik Hotel Celestial Cabaret port omputeh la dan ade kedai² kat bawah. Lepas tu jadik Perak Emporium la, Parkson Ria la. Tapi bangunan tu dah tutup then terbakar... sekarang dah jadik bangunan cantik semula.
Lam Looking Bazaar
gambar diambil dari blog orang

Apa da... Me asyik citer pasal bangunan ja... ni sejarah nama Loken tu la. Actually, Loken atau Memory Lane kat Ipoh ni terletak sepanjang Jalan Lim Bo Seng. Memang macam² ade la kat sini. Me kasik tunjuk sesikit la mengenai jalan ni. Memang barang² antik, barang² lusuh... dari barang dapur ke accessori kereta ade kat sini. Saper yang berjiwa antik.. nak hias kedai ke.. rumah ke... leh la datang ke sini.
Loken aka Memory Lane
Busking sorang²

anak² laki Me memang suke keter mainan
kalkulator antik... sape penah tengok??
Amacam? tak percaya ka? macam² barangan antik dijual kat sini... 

Old Town

Old Town Kopitiam atau Kedai Kopi Pekan Lama Ipoh memang terkenal dekat mana² dah sekarang. Kopi Old Town tu memang diambil nama sempena dari Kedai Kopitiam Pekan Lama Ipoh. Memang wujud pon kedai kopi lame tu. Kedai Kopi Nam Heong. Kome tau tak kat mana Pekan Lama Ipoh tu? Alah, kat area² Ipoh Padang, Stesen Keretapi, Mahkamah... Memang zaman dedulu femes la pekan ni. Memang di situlah asal usul bandar Ipoh. Banyak bangunan² kolonial, bangunan² zaman bijih timah dedulu. Kat area ni la yang ade lukisan 3D dari pelukis mural terkenal, Ernest Zacharevic. Abis dinding² bangunan lama kene conteng olehnya. Tapi ini lah tarikan untuk pelancong ke Pekan Lama Ipoh yang dahulunya, memang pekan mati kalau hujung minggu. Sekarang cuba la kalau ke sana. Nak carik parking kereta pon sangat payah.
Bergambar sesikit dengan Lukisan 3D. Tak dapat full chapter, sesikit sudah

Plan B dan Restoren Kong Heng 

Plan B ni sebenarnya macam kedai lama la. Sebelah Restoren Kong Heng. Sekarang dah tak macam dulu. kedai lama tu dah dinaik taraf jadik pusat melepak terbaik dengan unsur² nostalgia zaman bijih timah. Belakang restoren Kong Heng tu pulak jadik Hotel Sekeping Kong Heng. Macam pernah dengar bukan? Me pon tak pernah melepak hotel tu. Tapi memang nampak cantek la. Sumer 'oldskol'.
kotak mancis antik 
 tengok orang buat ais kepal
 nyum² makan ais kepal
  zaman mak abah kita ja ade mende ni




 nilai² oldskol pada bangunan sekeping kong heng

  sape sangka bangunan buruk ini menjadi indah dan ramai pengunjung

Panglima Lane aka Concubine Lane

Apa ade di Concubine Lane tu... Lorong skandal la senang citer. Memang lorong ni terkenal sewaktu zaman perlombongan bijih timah di Ipoh lagik. Tokan² Bijih Timah ni simpan skandal² diorang kat lorong ni. Maybe juga lorong ni port² perlacuran dan port² hisap candu (macam citer cine zaman dedulu). 

Kini sumer tu dah jadik sejarah. Proses pemulihan lorong tersebut Me rase bermula tahun 2014. First time Me dan famili gi lorong tu. Memang tiada perubahan ketara. Tetapi kini, sumernye berubah wajah. Dah macam lorong yang berseni. Me fikir macam berjalan di Haji Lane, Singapore pon ade. Kisah tu di sini: Labour Day Drive Edition : JaLaN² Ke PuLaU sInGa PaKai DoLar $$$$$ (Day 3) 

kisah Concubine Lane sebelum di transformasi (kredit to Ipohword)
 
Ni mase Me jenjalan kat sane 2014
 Telah berubah wajah

Nasi Vanggey aka Nasi Ganja

Nasi Vanggey atau lebih dikenali sebagai nasi ganja oleh penagih²nya berasal dari Ipoh. Nama kedai tu sebenarnya Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah (tiada cawangan lain) terletak di dalam sebuah Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yang Kalsom. Mereka dah buat JV ni sejak tahun 1957 lagik. So memang terkenal dengan nasi vanggey sebab kalau datang sana, mesti mamak tu cakap "vanggey, vanggey, vanggey" bermaksud "mari, mari, mari". Dengar citer, Nak buka cawangan pertamanya di Putrajaya... walawei. Tapi kali ni Me tak sempat nak gi Nasi Ganja ori... suku sakat dia punye suda, hehehe Restoren Nasi Vanggey Sdn Bhd. yang terletak di Greentown Business Center.
Ramai bukan main lunchtime ni

Tempat Koje Lamer Me

Tempat koje lame Me adalah di Hospital Ipoh. Me koje sane dari Januari 2003 sampai ler September 2011. Tempat koje tu best. Ramai kengkawan. Tapi yang tak bestnya... bossssss... (mana ade orang sayang bos kan??) Tapi kompeni yang Me koje selama ni dah takde. Udah tukor namenye. So ni bukan kompeni Me yang same bekerja dulu ar.
Menyelpi depan opis lama

Lunch at Wing@Zone

Me taw pasal Wing@Zone ni pon lepas melepak kat Aeon Manjung la. Hanya kat sana je yang ade dulu. Sekarang dah buka cawangan kat Ipoh pula. okla makanan nye. sume ciken wing la. tapi pelbagai perisa. kene pandai pilih.

Ampang, Ipoh

Dedulu sebelum Me koje kat Ipoh. Me taw Ampang tu kat Selangor je. Tapi start koje Ipoh baru taw ade Ampang Ipoh. Me beli umah kat area ni tahun 2011, sebelum Me dapat koje kat Putrajaya nun. Syiok weh dok sini. Memang betul² buka tingkap nampak permandangan indah depan gunung batu kapur.
ni la kawasan rumah Me kat Ipoh, cantik tak?

Actually mase Me pindah keluar dari Ipoh ni. Me rase sangat sedih. Ipoh ni memang tenang. memberi Ilham dan ketenangan. Banyak lagi tempat Me tak berkesempatan nak gi. Tempat makan pon dah banyak kat Ipoh. Maybe next time Me singgah.... Adiosss....

Menarik bukan... Ipoh the Lonely Planet

No comments:

Post a Comment