Tuesday 20 September 2016

Fe'feelin' menjadi pelancong di Melaka

Melawat Melaka seumpama melawat Malaysia? Benarkah kata² ini? Jika sewaktu ketika dahulu. "Sesiapa yang menguasai Melaka akan menjerut leher Venice" tulisan Tome Pires dalam kitab sejarah Suma Oriental berkisar mengenai Kesultanan Melaka.

Kali ini Me pulak nak bersiar² di Bandar Hilir,walaupun boleh dikatakan trip Me ke Melaka sebulan sekali,pada malam Eid Adha,merupakan trip special edition. Mana taknya,slalu wiken ke Melaka terisi dengan melawat soping malls atau kedai borong dak Tong Hup tu aje.Kadang2 Me sendiri malas nak keluar ke bandar sebab asal wiken bandar Melaka sesak dengan pelancong mat salleh dn juga pelancong tempatan. Me pon nak rase juga menjadi pelancong di tempat sendirik.

Jalan Hang Jebat aka Jonker Street
Jalan Jonker ni memang terkenal oleh pelancong sejak tahun 1990-an lagi. Memang di sini tempat sejarah rumah² Baba dan Nyonya yang wujud di kawasan tersebut pada kurun ke 15 dan 16. Rekabentuk bangunan² yang unik dan ada diantaranya telah melalui proses baikpulih menjadi kedai² souvenir, baju² dan muzium. 
Jonker Walk  
  


 begini la suasa kat area Jonker Street tu 
 Wepie sebentar
 Kalau raya cine ni lagik banyak tanglung
Deretan kedai² lama dan baru di Jonker Street

Apa yang menarik lagi? Jonker Walk tu macam gerbang malam la klu kat ipoh tuh. Jual souvenir.. jual makanan...jual baju2. Macam pasar malam jela. Dibuka pada malam hari jumaat,sabtu dan ahad sahaja.

Dataran Belanda dan Bangunan Stadthuys

Jonker Walk ni akan bertemu dengan dengan bulatan depan Dutch Square di mana Stadthuys yang pernah menjadi Dewan Bandaraya zaman Belanda dahulu kala. Di sini di bina sebuah cafe terkenal iaitu Hard Rock Cafe, Melaka. Di sini juga la banyak beca² berlampu² berwarna warni, siap dengan tema masing² macam spiderman, frozen, hello kitty, doremon dan lain². Pilih ja mana berkenan. Harga lebih kurang RM25 sampai ke area Afamosa dan patah balik ke Jonker Street tu. Belakang bangunan Stadthuys tu juga menempatkan gereja Saint Paul dan bukit Saint Paul.

 Abang² Beca sedang menunggu pelanggan
 Hard Rock Cafe Melaka
 Sungai Melaka di malam hari
 Dataran Belanda
 Feri menyusuri sungai depan Hard Rock Cafe
Bangunan Stadthuys
AFamosa dikala malam

Ramai juga yang melepak kat area Dataran Belanda ni tak kira siang atau malam. Ade juga busker yang buat persembahan free kat area depan air pancut bersejarah tu. Malam masa Me sekeluarga melepak sana... adelah sorang pakcik ni main instrument sorang² sambil menyanyi..terbaik

Asam Pedas Claypot

Kalau ke Melaka, tak singgah menjamu masak asam maka tak sah. So.. Me dan keluarga bercadang nak ke Asam Pedas Hajjah Mona yang terletak di Kota Laksamana. Namun, masih cuti beraya seminggu. Jadi terpaksa la Me mencube buat kali pertama Asam Pedas Claypot dekat Kota Laksamana juga. Memang pelanggan waktu malam tersangat ramai. Siap tutup jalan taruk meja la. Nasib masa Me datang, ada meja dan bangku kosong. Tunggu tak berapa lama, asam pedas yang di'order' sampai. Cume nampak dia hidang asam pedas tu dalam mangkuk besi? Mana claypot nya? Ntah ler, maybe dekat belakang dapur kot. Nama la tak namakan Asam Pedas Mangkuk Besi ja. Anyway, Me makan asam pedas tetel dan wife Me makan asam pedas telur ikan jenahak. Pendapat Me la... "asam pedas tetel dia agak keras dan liat klau Me bandingkan dengan Hajjah Mona punye. Asam pedasnya juga tak sehebat Hajjah Mona punyer". Tapi..kalau tengok rating dan populariti.. Asam Pedas Claypot ni better ler memang ramai orang kate sedap... Tengok² la gambar di bawah tu. Owner kedai ni ramai kate orang Cina sebab nampak orang Cina lagak tokei kat situ. tapi bile dibaca semula sejarah kedai yang dibuka taun 2000 tu, pemilik dia seorang wanita bernama Suhana Mahad dan husbandnya bernama Affandy Chan Abdullah. No wonder la macam Cina. Tapi jangan was2 pasal halalnya. Kisah ni Me ceduk dari suratkabar :- Asam Pedas Claypot

 Asam pedas tetel dan telur ikan jenahak dalam mangkuk besi
 Asam Pedas Claypot
set biasa, nasi + sayur + telur masin dengan asam pedas

Dataran 1 Malaysia

Bila orang kate Dataran 1 Malaysia, memang sumer orang taw la. Kat Klebang. Actually tempat tu kawasan yang telah ditambak. Kalau tak dedulu laut tu. Penah la Me dan wife dating² makan² kat tepi laut Klebang tu. Gerai tempat kami berdating tu pon masih ade lagik. Ape yang menariknya kat sini. Dataran tempat melepak. Ade tempat untuk beriadah. Ade Muzium Kapal Selam. Ade Tempat pancutan air. Malam² banyak bebudak, bapak budak, mak budak main besikal letrik, main roller blade kat sini. Ade juga Bustel (Bus + Hotel) iaitu bas² Melaka lama² dijadikan hotel untuk penginapan. Dengar bulan October ni nak ditutup. Me dan famili datang sini pagi² untuk ber'jogging'. Al maklumlah, dekat ja dengan rumah wife Me. Kat Klebang ni juga ade port minum yang memang selalu gi "Coconut Shake Klebang Original"

  Dataran 1 Malaysia
 Ni la Bustel
 Anak Me berlari sebelah deretan bas lama dijadikan warung
 Boleh la main Gym free
 Ade taman permainan kanak²
 Don't Mess with Me!
Wife Me memang betul² orang Melaka... jangan main²

Tu je la Me nak citer kali ni. Banyak lagik mende yang ada kat Melaka ni. Maybe lain kali la citer...

No comments:

Post a Comment