Saturday 25 August 2018

WikenDrive Challenge 2018: KL-HatYai Day 1 & 2

Hi, bertemu lagi setelah sekian lama Me tidak bersiaran. Kali ni Me nak bercerita pasal "WikenDrive Challenge 2018" yang telah Me dan keluarga sahut dan berjaya melakukannya.

Ramai akan tertanya2 bagaimana hendak ke negara Siam dengan menaiki kereta sendiri?
Me akan berkongsi pengalaman kepada anda semua...

Segala itinerary sudah pon Me share dalam Google Drive 

Day 1:Khamis 16 Ogos 2018

17:00: Ambil wife habis kerja di Putrajaya, terus drive non-stop ke Changlun (500km = 5.5jam)
22:30: Changlun - Perhati di sepanjang jalan, banyak kedai menawarkan khidmat insurans thailand. Berhenti ja mana2 kedai. Beli car insurance, rm16, white form TM6 = RM2 seorang, TM2/3 form = RM10 dan simcard thai, DTaC, Unlimited data for 5 days = RM29


23:30: Dah selesai urusan terus bergerak ke rumah Apau dan Dr Mahyun, Taman Pauh Indah, kawan lama masa kat sekolah dulu2.  

Day 2: Jumaat 17 Ogos 2018 (Beza masa Malaysia dengan Thai ialah sejam) *Waktu Malaysia

*06:00: Setelah solat Subuh, terus bergegas keluar dari rumah Apau. Singgah beli tapau nasi lemak kat area depan taman tu. Nasi lemak RM1.
*07:00: Isi petrol kat BHP, stesyen minyak paling last sebelum masuk sempadan sambil2 makan dulu nasi lemak yang tapau tadi.
*07:45: Melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok / Sadao – Mula2 cuak nak melepasi sempadan. Pertama akan jumpe Kompleks Imigresen Malaysia (macam baru juga la) untuk cop passport. Tak perlu keluar dari kereta. Kemudian terus menuju jalan agak berbukit dan melihat Kompleks Bebas Cukai di sebelah kiri. Betul2 depan kompleks tu ade roadblocks AKSEM (Agensi Kawalan Sempadan Malaysia). Perkara pertama dia tanya ialah Nak pi mana? kedua ialah Dari mana? ketiga ialah boleh tengok lesen memandu? Senang kan soklan dia. Jawab dengan tenang, tak buat salah kan.
Lepas tu akan nampak le gerbang sempadan Thai macam gambar kat bawah ni.


Lepas je kawasan tu akan nampak juga kawasan imigresen Thai yang baru. Kat sana tak macam Malaysia, setiap pemilik passport dikehendaki turun kereta dan beratur di kaunter. kat kaunter tu ade kamera nak tengok muka sorang2. Sampai baby pon kene la dukung bagi nampak. Dan jangan lupe, sekarang tak perlulah selit2 duit RM2 kat setiap passport. Mereka akan mintak bayaran terus yang dikenali sebagai Overtime Fees. Kami kene la 60baht sebabkan 6 orang.


Apa yang perlu ada semasa di Imigresen Thai?
1) Passport
2) White Form (arrival and departure) TM6 - imigresen akan amik arrival. departure di'staple' dalam passport (jangan bagi hilang)
3) TM2/TM3 (inbound dan outbound) - imigresen akan cop tarikh kat form tu. salinan TM2/TM3 (INBOUND) akan diambil. TM2/TM3 (OUTBOUND) (mesti diserahkan semasa kita keluar Thai)
4) Bayaran Overtime Fees (dia akan mintak)


Apa yang perlu buat semasa di Kastam Thai?
1) Park kenderaan di tempat yang disediakan (betul2 lepas kaunter Imigresen) 
2) Pemilik kenderaan perlu bawa passport, geran kenderaan dan borang TM2/TM3.
3) Ada dua kaunter, kaunter pertama akan semak geran dan passport pemilik, lepas tu, mereka akan sediakan 'Simplified Customs Declaration Form' yang sah laku hanya 30 hari. Pemilik kena ke kaunter kedua disebelah kaunter pertama untuk tandatangan dua tempat. (dia dah tampal contoh, kalau salah kene sound tepek kat situ juga) 

P/S: Sebelum mulakan perjalanan, aktifkan la simcard thai tu. Beli kalau tak pakai camana nak buka Waze. Jangan lupa berkongsi data tu. buat la Hotspot leh kongsi 3-4 orang. Internet laju kan kat sini.
P/S: kalau nak murah lagi beli kat Danok. Murah lagi, 200baht leh dapat

**Nota tambahan: Ada banyak pintu masuk ke Siam tu dari Malaysia.

Bukit Kayu Hitam - Sadao/Danok : 6:00am to 12:00am
Padang Besar : 6:00am to 10:00pm
Wang Kelian - Wang Prachan: 7:00am to 7:00pm
Durian Burung Kota Putra: 8:00am to 6:00pm

waktu thai
07:30: Teruskan perjalanan semula ke Hatyai City Centre (lebih kurang 1jam 5 mins = 58km) tapi kami terus ke Chanapol Mansion (Ratana Uthit Soi 15 Rd) untuk tempah bilik bagi 2 malam berikutnya. Kat Chanapol Mansion ni memang kelakar la. semua perkataan ditulis dalam Thai. Susah nak kesan, nasib baik ade Waze. Boleh tau lokasi sebenar. Pergi ke kaunter terus nak tanya bilik kosong? masing2 terngaga.. tak paham English. Dah terpaksa panggil sorang Otai ni yang paham sikit2 la english. Tu pon masih tak paham2. Terpaksalah gune aplikasi Google Translate. Akhirnya berjaya juga tempah bilik = 500baht semalam. Tapi, syarat kat sana pula satu bilik hanya 2 dewasa 1 kanak2. Pulak dah... Disebabkan bawa Mak Mertua, kene la tambah satu lagi bilik 2 katil = 550baht semalam. 
Ade sape leh baca??

09:40: Teruskan balik perjalanan ke Hatyai Golden Crown Hotel (est. drive from Chanapol Mansion: 15 mins)
Malam pertama dah booked siap2 dari Agoda, takut hotel penuh punya pasal. Kami booked hotel yang ada cop halal thai,nak terai merasa buffet breakfast hotel sana. Sekali rupanya Me tak amik pun pakej breakfast sekali,tak perasan 🙄 (tulah selalu wife yang dok sibuk buat booking). Kami sampai pukul 10 pagi, saja usha dah boleh check in atau belum, alhamdulillah diterima masuk sebab ada bilik available katanya. Passport kami berenam disimpan dan kami diberi resit menandakan passports ada di hotel (kami 1st timer menginap di thailand,tidak tahu prosedur itu legal atau sebaliknya). Kami hanya booked 1 bilik dalam lingkungan harga rm120, walaupun biliknya luas tapi kami diberitahu dalam 1 bilik cuma dibenarkan 3 orang sahaja. Booked pula dari pihak hotel 1 lagi bilik,bertuah bawa mak, jika anak3 kena pisah bilik alone tak ke naya. Harga dikenakan 900bath (rm110)..huhu lebih murah dari tempah di Agoda.

Hotel ini agak strategik,boleh berjalan kaki dalam 500 meter ke Pasar Malam Lee Garden dan juga 500meter ke pasar pagi Kim Yong dan Santisuk Market. Nak lebih dekat ke pasar malam rate hotel agak mahal dan cepat habis ditempah. Tuk-tuk banyak melepak di hotel ini sebabnya di sini juga bersebelahan restoran Khaled yang halal. Mungkin dilain kali kami akan menginap lagi di sini,senang park kereta dan senang juga beli makanan. Biliknya sangat luas,ada bath tub dan connecting doors. Memang seronok anak3 berlarian pergi dan balik antara 2 bilik.


Hotel ni bilik luas... ada Halal cafe lagi
14:00: Drive to and Lunch at Kai Tod Decha (halal restaurant) (est. drive: 5 mins)
Lepas qada’ tidur sebentar di hotel kami terus ke kedai tumpuan rakyat Malaysia di Hatyai. Restoran Kai Tod Decha. Pelbagai menu tersenarai tapi semua dalam bahasa thai. Manalah kami faham.Waitress berbahasa Kelate memudahkan urusan order makanan. Kami tanya apa yang recommended disini,yang ramai orang Malaysia order? Katanya Tomyam Udang Galah Air Nyiur dan Ikan Goreng Asam Jawa. Selain tu kami tambah daging bakar,ayam goreng 2 ketul dan somtam tapi somtamnya sampai sudah tak mari. Besar sungguh udang galah,ada sebesar tapak tangan,kepalanya pun separuh pinggan,penuh lemak berkrim. Mana taknya, 2 ekor udang galah tomyam itu sahaja 770bath (rm97). Huhu recommended food sangat kan? Air pula kami order teh tarik ais dan teh hijau ais.Total harga kena bayar untuk makanan kami tengahari itu 1725bath (rm216) untuk 3 dewasa dan 3 kanak-kanak. Oleh itu insaflah kami untuk menanya kepada pekedai apa yang recommended lagi selepas itu lebih2 lagi semasa nak basuh tangan di ruang belakangnya ternampak pula seekor tikus mondok yang besar di laluan air. Harga mahal bersama tikus membuatkan pengalaman makan di sini agak mengerikan. Saksikan dulu gambar2 di restoran Kai Tod Decha sebelum makanan tempat lain muncul di entri yang lain pula.






15:00: Drive to and tea break & photoshoot at Khlong Hae Floating Market (est. drive: 15 mins)

Kami bergerak ke Khlong Hae Floating market setelah makan tengahari di restoran Kai Tod Decha. Floating market di sini hanya di buka pada pukul 3pm-10pm setiap hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sahaja. Kami mengambil kesempatan pergi di petang Jumaat itu kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan kebanjiran pelancong Malaysia yang bakal datang esoknya disebabkan cuti sekolah yang baru bermula. Kami tiba pukul 3 petang,orang agak ramai tapi tidak sesak. Ramai rombongan sekolah dari selatan thai pula kali ni (sekolah muslim). Park keter kat area kuil. Kene bayar parking 20baht.

Disebabkan kekenyangan lagi kami hanya menyelusuri floating market itu tanpa membeli makanan yang tampak menarik di mata dan menarik juga di poket. Kami hanya membeli air minuman yang diisi dalam bekas buluh dan juga pasu pelbagai bentuk. Ianya hanya berharga 25bath (rm3) untuk bekas buluh dan 30bath (rm3.60) untuk bekas pasu ultraman.




Banyak jenis makanan dijual,kebanyakkannya halal. Ada telur dadar seafoods, lemang buluh kecil, kuih kelapa, pelbagai jenis tomyam, kuih lukchup, buah sentul celup sos, ayam goreng, ikan goreng dan banyakkk lagi.Senang sahaja menentukan mana yang halal disini,sama ada ia dijual oleh orang muslim bertudung atau di perahu mereka ada tanda bulan bintang. Cuma satu dua perahu sahaja bukan muslim yang menjual. Sayang perut kami penuh tika ini. Air sahaja yang boleh masuk di celah perut kami. Cuma selepas duduk beberapa ketika mak turun membeli telur dadar seafood dan anak2 membeli ikan goreng. Rasanya taklah berapa sedap atau perut kami tidak boleh menghargainya saat kenyang begini.









Tempat untuk makan juga disediakan. Ada pondok-pondok kecil bersama meja tapi kami lebih selesa melepak di ruang tangga yang luas dan redup sambil mengambil gambar. Di atas tebing sungai (atas tangga) pula banyak lagi pilihan makanan dan kedai menjual cenderamata. Kami berkeliling melihat2 apa yang menarik. Di atas sini tak banyak penjual muslim tapi nampak sahaja orang muslim thai membeli kami bergegas (percayalah,memang bergegas 🤣) membeli sama. Mak membeli sebungkus laksa disini. 30bath sahaja kalau tak silap. Laksanya berkuah kuning cair bersama segenggam ulam-ulaman. Sedap sungguh rupanya laksa makcik ini pabila kami makan di hotel pada malam hari. Sikit pun tak basi walaupun kuahnya bersantan.

18:00: Drive to ASEAN Night Bazaar (est. drive: 20 mins)
18:30: ASEAN Night Bazaar – Sightseeing & Shopping
Balik dari Khlong Hae Floating Market singgah plak ke ASEAN Night Bazaar kira2 20 minit perjalanan. Saja usha di mana terletaknya Asean Night Market. Kebetulan nampak parking berdekatan kosong,plan asal nak pergi keesokkan harinya. Di sini kami cuma singgah sebentar,tak sempat naik ke tingkat atas di tempat makanan pun,hanya berkeliling di tempat bag dan pakaian. Sangkut membeli dua helai seluar baggy yang berharga 100bath (rm12) sepasang.Mak pula hanya duduk di bangku menanti kami tawaf di tempat pakaian. Kat sini juga ade disediakan surau untuk muslim bersolat. 








Lepas merayap window shopping, tekak dah haus. Singgah jap la kat 7E, beli air. Memang tak paham la cashier cakap ape. Belasah je la bayar.



20:00: Drive to Hatyai Golden Crown Hotel – park car (est. drive: 15mins)

Balik dari ASEAN Night Bazaar, mak dan anak3 nampak keletihan. Lepas mandi mereka berehat sahaja dalam bilik. Kami berdua turun bawah sekejap ke restoran Khaled untuk tapau nasi goreng daging merah,nasi goreng pattaya dan nasi goreng Padkapao,semuanya berharga 50bath tiap satu dan bak kata anak3 sedap sangat semua nasi itu. Minuman pula seperti biasa kami bungkus teh tarik ais dan juga teh hijau. Minuman cuma berharga 20bath (rm2.40) secawan. Kami berdua pula masih panjang kaki ke pasar malam selepas itu. Kami berjalan kaki sahaja ke pasar malam yang terletak dalam lingkungan 500 dari hotel kami.


20:30: Walk around Lee Garden Plaza night market – Sightseeing & shopping
Sesampainya kami di pasar malam,setiap pelusuk pasar malam Lee Garden Hotel itu kami telusuri. Macam2 jualan ada. Makanan, pakaian, cenderamata dan kelakarnya pasaraya ala Parkson (Central Plaza Hatyai)di situ turut membuka booth jualan mereka di pasar malam itu. Dari coklat tanpa gula pelbagai corak,aiskrim kelapa pemurah macam2 bahan,nenas madu potong dan air kelapa penuh ditangan, dimakan sambil berjalan. Perut yang penuh siang tadi tak memungkinkan kami mengisi dengan makanan berat lagi. Ayam goreng dan udang galah pelbagai saiz hanya dipandang sebelah mata oleh kami. Harga makanan di sini agak mahal juga antara 300bath hingga 500bath (rm 36-rm60)sepinggan yang kecil atau seekor bagi saiz udang yang besar. Selamat sedikit poket kami malam ini.









22:30: Walk back to Hatyai Golden Crown Hotel (est. walk: 10 mins = 500 meter)
Rupa-rupanya belum betul-betul selamat juga poket kami kerana dalam perjalanan balik terjumpa pula gerai menjual minuman sarang burung lai chi kang. 100bath (rm12)untuk bekas yang kecil. Takpelah tolong ekonomi peniaga muslim di situ. Tak terasa penat pun kami berjalan kaki berdating berdua. Sampai di hotel anak3 telah tertidur keletihan tinggal mak yang masih menunggu kepulangan kami. Boleh sambung borak lagi sambil menghabiskan laksa mabeles dan buah berangan yang dibeli siang tadi.

23:00: Sleep

Bersambung Day 3... tunggu....!!!!

No comments:

Post a Comment