Friday 17 June 2016

Cuti Skolah Drive Edition : Moh kome ke Perak (sambungan Pi Pineng Baq Ang Chapter 2)

Chapter 3 (Day Three)

♥Dalam tidak sedar, perjalanan ke Pulau Pinang bagi keluarga Me telah berakhir. Pagi Ahad yang indah ini, sejuk akibat hujan lebat malam semalam. Me dah keluarga bangun agak lewat. Perut Me juga telah berbunyi sejak awal pagi. 

"Sayang nak makan ape harini?" tanya Me kepada isterinya.
"Rase nak masak jela, ikan semalam beli pon ade, sayur kemeren pon ade" jawab Miem kepada suaminya.
"Perlukan bantuan Chef Sous? I kan ade..." dengan muka yang selamba Me berseloroh.

Masakan pertama mereka adalah nasi putih. "Siapalah yang tak reti masak nasi kan? Kerja mudah dan senang." Me menolong isterinya menyiang ikan yang dibeli mereka di Pasar Nelayan Pulau Betong semalam. 

"Sayang keluarkan la sekor kerapu, tiga senangin, sekor caru dan dua kembong" kata Miem kepada suaminya. 
"Yes, Chef!" pantas Me menjawab.
"Yang lain² ni letak balik dalam freezer ke? Bagi kat MakCik?" tanya Me kepada isterinya.
"Simpan la, bagi MakCik" jawab Miem.

♥Bermulalah aktiviti menyiang ikan oleh Chef Sous tidak terlatih tersebut. Berselerak habis dapur MakCik yang kemas itu. Ikan² yang segar tersebut terus digoreng kesemuanya. Goreng pon sodap! Macam dalam iklan tu. Ikan masih segar dari lautan, terasa manis isinya jika dimakan goreng sahaja. Si isteri pula, menyediakan sayur goreng serta lauk remis untuk hidangan sarapan pagi mereka sekeluarga. 

Remis masak macam ni ja pun sedap
Inilah hasil masakan daripada Chef Miem
♥Setelah menikmati sarapan pagi yang enak, keluarga Me bersiap² untuk bergerak ke Lumut. Lebih kurang jam 11 pagi jugalah mereka keluar dari rumah Makcik dan terus ke rumah MakNgah untuk memulangkan kunci. Setibanya ke rumah MakNgah, mereka dijemput masuk oleh MakNgah ke dalam rumah sambil dihidangkan dengan kuewtiaw goreng pula. Mereka menjamah sedikit seorang makanan itu kerana ingin bergegas ke Lumut. Al-maklumlah, Cuti sekolah, Hari Ahad pula, ramai yang akan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga Me kemudiannya meneruskan perjalanan tanpa henti ke Lumut melalui Tol Changkat Jering, terus ke Terong, kemudian ke Pantai Remis dan akhirnya sampai ke Lumut. 
Pokok durian belakang rumah sepupu Me
Bye² Penang, See you Again!

Semasa melalui Pekan Pantai Remis, terlihat ramai orang menjual hasil tangkapan laut mereka di tepi jalan. Memang agak menghairankan juga bagi keluarga Me kerana mereka tidak dapat melihat pantai atau laut di pekan Pantai Remis tersebut.

"Mana lautnya? Nampak orang jual ikan je?" tanya Me kepada isterinya.
"Dah nama pon Pantai Remis, kompem la ade laut" jawab Miem sambil menujukkan kawasan yang berkemungkinan laut.

Masjid Pantai Remis
Setelah melepasi kawasan berkenaan, Me baru tersedar yang mereka sekeluarga pernah berkunjung ke kawasan Pantai Remis ini. Mereka pernah mencuba menikmati keenakan udang lipan di Razak Restoren Rasaria (3R) di sini. Restoren ini terletak di kawasan Kampung Ujung Pasir Jika bertanyakan kepada orang Manjung atau Lumut, ini lah restoren yang menyediakan masakan udang lipan. (Kisah makan kat di 3R, akan diceritakan pada cerita yang lain pula).
♥Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di jalan menuju ke Teluk Senangin dan akhirnya tiba di pintu masuk Swiss Garden Beach Resort. Di hotel ini lah akan menjadi penginapan keluarga Me semalaman. Jalan masuk ke SGBR ni agak sunyi. Monyet banyaklah. Sewaktu ketika dahulu, jalan ke hotel berkenaan sangat kecil dan tidak mempunyai lampu jalan. Tetapi sekarang sudah di perluaskan dan terang disinari lampu jalan. Menyusuri jalan ke SGBR ini, mereka melalui kebun buah naga.
"Cer tengok, Sayang. Kot² la ade orang jual dragon fruit" berkata Me kepada isterinya.
"Takde buah pon kat pokok, belum musim lagi la" berkata Miem pula kepada suaminya sambil menunjukkan gerai penjualan buah naga tesebut. 

Udang lipan tu ape?
©Info©


Udang lipan, udang mentadak, udang ketak atau udang ronggeng kalau Bahasa Inggeris dipanggil Mantis Shrimp merupakan spesis udang laut yang boleh dimakan dan ramai peminatnya. Sebenarnya dia bukanlah udang atau lipan, tetapi diberi nama berkenaan kerana bentuk fizikal menyerupai makhluk berkenaan. Ia merupakan keluarga Crustacea yang hidup di kawasan batu karang yang dasar berpasir. Pada zaman 80-90-an, udang lipan ini harganya murah sahaja. Tiada nilai pun. Di Melaka dahulu, nelayan hanya membuangnya sahaja kerana merosakkan jaring (citer dari FIL Me la, dia dulu nelayan). Kini, harganya sudah meningkat. Ramai orang sudah pandai menikmatinya. Malah di pasar, pasar malam di negeri Perak, banyak udang lipan didapati dijual dengan harga yang tinggi.  

♥Akhirnya mereka tiba di pintu gerbang utama masuk ke hotel berkenaan. Tetapi pintu gate post ditutup. Me memandu menghampiri pondok pengawal. Seorang pengawal berwarga negara Nepal keluar dari pondok pengawal berkenaan sambil melihat buku catatan. Seraya bertanya kepada Me.
"Stay in this hotel?"
"Yes, We want to check in" jawab Me sambil menunjukkan hotel di hadapan.
Pengawal keselamatan tersebut membuka pintu gate post berkenaan dan Me terus memandu masuk ke dalam. Sebenarnya lebih kurang 5km ke dalam hotel berkenaan melalui padang golf, apartment dan rumah² banglo. Setibanya di lobi hotel, kelihatan penuh tempat letak kereta di hotel itu. Rupa²nya, pada hari ini berlangsungnya Treasure Hunt daripada NGO Kiwanis. Banyak kereta² berada di petak letak kereta penuh dengan sticker² company yang sponsor event tersebut. Keluarga Me kemudiannya, check-in bilik hotel berkenaan. Bilik 609 yang terletak di tingkat 6 (atas sekali). Setelah selesai solat, keluarga Me bergegas turun kerana hendak meneruskan aktiviti mereka di Perak ini.
Sampai sudah ke Swiss Garden Beach Resort
Permandangan indah ketika ingin sampai ke pintu masuk
Pintu masuk utama SGBR
Permandangan lobi hotel dan di tangga hotel
Permandangan dari lobi hotel
Selpi skit bilik hotel

♥Menurut perancangan asal yang tertulis di dalam buku catatan. Tujuan keluarga Me ke Lumut ini adalah untuk singgah ke Setiawan dan menikmati bufet durian. Tetapi, beribu² kali malang, langkah kiri bak kata orang lama². Setibanya keluarga Me ke tempat yang telah dinyatakan di dalam iklan tersebut jam 5 petang, khemah pun telah mula dikemas apatah lagi jika ingin mencari buah duriannya. Ramai juga pengunjung yang tiba bersama² keluarga Me di tempat kejadian tidak sempat menikmati durian yang disediakan. Maklumlah, RM10 satu kepala adalah yang termurah buat masa ini. Kekecewaan melanda kepada Miem yang memang merupakan seorang peminat tegar buah durian. Lantaran itu, keluarga Me terpaksa mengubah perancangan asal dan mereka berjumpa dengan seorang kawan yang juga merupakan agen insurans mereka di Lekir

Inilah dia iklan bufet durian yang diambil dari FB
Tempat baikpulih kapal
Pekan Setiawan

♥Nama kawan kepada keluarga Me tersebut ialah, Solihin. Dia memang berasal daripada Lekir. Memang anak jati orang Perak la dia ini. Dia menjemput keluarga Me untuk singgah ke rumahnya sambil minum petang. Setelah selesai melepak di rumah Solihin di Lekir, Batu 7 tersebut. dia mengajak keluarga Me untuk pergi ke Tanjung Kepah untuk mencari remis. Dia telah melihat keluarga Me mencari remis di Pantai Teluk Bahang semalam di FB dan terus menyatakan hasratnya untuk membawa mereka ke sana. Tanjung Kepah terletak berhampiran dengan kawasan rumahnya iaitu di Lekir, Batu 9. Perjalanan ke Tanjung Kepah tersebut mengambil masa 5 minit juga untuk sampai betul² ke tepian pantai dengan melalui kawasan kampung.
mengekori kereta Solihin ke Tanjung Kepah
♥Setibanya di sana, keluarga Me melihat kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau berkenaan tidaklah besar. Tetapi cukuplah untuk menjadi benteng kepada hakisan ombak laut. Solihin membawa siap kelengkapan untuk mencari remis pantai itu sebagai contoh cangkul dan pongkes. Dia betul² komited hendak membawa keluarga Me melihat kawasan berkenaan. Solihin juga bercerita tentang kisah kehidupannya sewaktu dia kecil.
Kerang Bulu

"Dedulu, Mak saya bawak kitorang gi sini. Dia terus masuk dalam lumpur paya tu ke tengah. Kat situ la banyak siput dan kerang bulu. Lepas tu, Mak saya ikat tiub tayar kat pinggang supaya senang nak bawak balik hasil tu. Air dah pasang senang apung ja. Nak pikul guni tu mau sekilo masuk lumpur lagi" bercerita Solihin kepada keluarga Me.
"Saya dedulu pon dengan kengkawan, kitorang mase time air surut ni pegi tengah² tu. Lepas tu panjat pokok bakau. Lepas air naik, masing² pancinglah." sambungnya lagi.

  
Bersama Tuan Solihin mencari remis dan kerang bulu di pantai
Anak² Me dengan pongkes konon² nak carik remis



Siput sedut macam ni banyak 

Sampai ke pukul 7 malam mereka melepak di Pantai Tanjung Kepah ini. Tiada hasil tangkapan pun sebenarnya yang mereka dapat hari ini. Air laut dah mulai pasang. Memang tidak selamat untuk mereka pergi ke kawasan paya yang berlumpur itu. Sangat bahaya untuk kanak². Masuk ke dalam lumpur itu sahaja dah sampai ke paras lutut orang dewasa. Kelihatan beberapa orang ingin memancing mulai pergi ke tengah kawasan bakau tersebut. Berkemungkinan besar pada masa ini, ikan mulai pulang ke persisiran pantai mencari makanan. Tidak lama selepas itu, Keluarga Me dan Solihin beredar dan terus pulang ke destinasi masing².

Keluarga Me terus ke Teluk Batik. Sudah lama mereka tidak ke sana. Kawasan Teluk Batik inilah yang menjadi lokasi beristirehat mereka semua semasa mereka tinggal di Ipoh sewaktu ketika dahulu. Suasana di Teluk Batik tidak seindah dahulu. Kawasannya seolah² tidak terjaga. Ketika keluarga Me datang ke sana, kelihatan ramai pengunjung pantai hujung minggu ini mulai meninggalkan pantai. Me hanya memandu melalui kawasan tempat letak kereta sambil berkata kepada isterinya, Miem.
"Dulu, tempat ni cantik lagi, sekarang ni macam dah takde orang jaga je"
"Ingat dedulu, geng gen2 selalu buat gathering kat sini. Lepak² mandi manda.." tambahnya lagi.

Lepas buat drive thru jalan Teluk Batik ini, keluarga Me terus ke Aeon Manjung untuk menikmati makan malam. Makan malam kat Aeon? Nampak seperti tidak logik pada akalnya. Kebiasaan pelancong yang datang ke daerah Manjung ini pasti mencari makanan laut, ikan bakar, kerang bakar tetapi bagi keluarga Me, mereka lebih gemar makan di restoren Wing Zone di dalam Aeon Manjung ini. Di Kuala Lumpur pun masih belum dibuka cawangan restoren ini.
wing zone yang sememangnya halal
Lepas makan malam di sana sambil window shopping, keluarga Me pun pulang semula ke hotel penginapan mereka. 

Ok,.... sambung Chapter 4 (Last Day) pula.



No comments:

Post a Comment